KOTA BELUD: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kota Belud akur dengan keputusan pimpinan tertinggi parti yang ingin menempatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick di Parlimen Penampang.
Pengerusi Tetap UPKO Kota Belud, Johnny Gilong berkata, parti itu di peringkat bahagian meletakkan harapan agar keputusan yang dibuat membuahkan kemenangan kepada UPKO, selain menyeru penduduk Penampang memberi sokongan kepada ADUN Kadamaian itu di parlimen terbabit.
“Kami mahu Ewon bukan hanya memimpin Kadamaian, kami mahu beliau juga akan memimpin Sabah dan Malaysia melalui Penampang.
"Kami berharap penduduk Penampang akan memberi sokongan kepada Ewon agar beliau dapat membuktikan perkhidmatan dan kepimpinannya kepada daerah tersebut selepas menang pilihan raya,” Johnny berkata.
Ewon sebelum ini mengesahkan akan bertanding di Parlimen Penampang mewakili Pakatan Harapan (PH) atas dasar justifikasi kekuatan dan sejarah UPKO yang ditubuhkan oleh Tan Sri Bernard Dompok di daerah tersebut.
Keputusan yang dibuat PH dan UPKO sekali gus akan menyaksikan pertembungan di antara Timbalan Presiden Warisan, Datuk Darell Leiking dan Ewon selaku bakal Presiden UPKO pada PRU-15.
Darell pada PRU14 memperolehi 32,470 undi, sekali gus berjaya menewaskan Ceaser Mandela Malakun daripada Barisan Nasional dengan kelebihan majoriti sebanyak 23,473 undi dalam persaingan empat penjuru membabitkan Warisan, BN, Star, dan Parti Kerjasama Anak Negeri.
Persaingan kali ini dijangka sengit dengan penyertaan Ewon mewakili UPKO berdasarkan persepsi awam terhadap parti itu yang dilahirkan di Penampang selain pernah dikemudi oleh bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Bernard Dompok sebelum ini.
Abdul Hafiz Mustadi
Sun Oct 23 2022
Parlimen Penampang bakal menyaksikan pertembungan antara bakal Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick (kiri) dan Timbalan Presiden Warisan, Datuk Darell Leiking dalam PRU15 nanti. -Gambar Astro AWANI
Lebih 400 pegawai, anggota polis ditugaskan pastikan Pemukimam AMM berjalan lancar
Kesemua mereka terdiri daripada polis trafik, polis tugasan am, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Bangkok laksanakan langkah bekerja dari rumah berikutan ramalan kemerosotan kualiti udara
Ramalan cuaca menunjukkan sekurang-kurangnya 35 daerah di Bangkok berpotensi alami peningkatan tahap PM2.5.
Remaja perempuan hilang sejak Rabu
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang di Semenyih, Selangor sejak Rabu lalu.
KDNK China tumbuh 5 peratus pada 2024, tepati unjuran
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat pertumbuhan sebanyak lima peratus pada 2024, sejajar dengan unjuran.
KKM perkenal dasar, program pencegahan kesihatan paru-paru
Inisiatif itu merupakan langkah penting dalam menangani risiko penyakit berkaitan paru-paru yang berkait rapat dengan tempat kerja.
Tumpuan Sabtu – 18 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (17 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
11 pendatang tanpa izin ditahan di Muallim
Jabatan Imigresen (JIM) Perak menahan 11 pendatang tanpa izin dalam serbuan di tujuh premis perniagaan berasingan di sekitar daerah Muallim, semalam.
Bekas Datuk Bandar disyaki lulus projek, 3 yang lain terima imbuhan
Bekas Datuk Bandar yang ditahan dalam Op Ragada bersama dua wanita dan seorang lelaki pada Rabu dan semalam disyaki antara individu yang bertanggungjawab meluluskan projek diselewengkan pegawai pengurusan tertinggi sebuah stesen penyiaran di Sarawak.
Dua lelaki terlibat pelbagai jenayah di empat negeri ditahan
Dua lelaki disyaki terlibat dalam 19 siri jenayah pecah kedai dobi layan diri, samun dan curi kenderaan yang berlaku di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, dan Perak, ditahan polis semalam.
Pantau Kerajaan Baharu: Kaji selidik mega 100 hari Kerajaan Perpaduan
Menjelang 100 hari Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, lima media arus perdana negara bergabung bagi melaksanakan kaji selidik mega bermula hari ini.
Keluar parti: Empat ahli Parlimen tidak terkesan dengan Akta Anti-Lompat Parti - Masidi
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yakin empat ahli Parlimen gabungan itu tidak terjejas dengan Akta Anti Lompat Parti.
PRU15: Calon 'hero' banjir di Selangor mula bersaing
Shah Alam, Klang dan Sungai Buloh adalah antara parlimen paling teruk terjejas dengan bencana banjir yang melanda negeri Selangor pada minggu ini.
PRU15: SPR didik pengundi cara undi pos
Menjelang hari pengundian PRU15 pada 19 Nov, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) giat menjalankan kempen mendidik pengundi mengenai proses pengundian termasuk kaedah mengisi kertas undi pos.
#SuaraMalaysia: YB kat mana? Majoriti tak pernah jumpa wakil rakyat kawasan mereka
Setakat jam 6 petang hari ini, kaji selidik "Anda bertemu YB-YB di kawasan anda?" menunjukkan 66 peratus menyatakan tidak pernah bertemu wakil rakyat tersebut.
#SuaraMalaysia: Majoriti responden jangka 12 Nov tarikh mengundi PRU15
Daripada keseluruhan 1,947 responden yang menyertai kaji selidik #SuaraMalaysia Astro AWANI, 38 peratus atau 739 responden menjangkakan 12 November 2022 sebagai tarikh pengundian PRU15.
PRU15: Pas pilih PN, tidak bubar DUN Kelantan, Terengganu, Kedah
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat juga memutuskan untuk Pas memuktamadkan perbincangan kerusi-kerusi di negeri dengan PN.
SPR akan tentukan tarikh penting berkaitan PRU15 - PM Ismail Sabri
Penetapan tarikh-tarikh hari penamaan calon, dan hari mengundi serta urusan-urusan lain yang berkaitan, adalah tertakluk kepada keputusan SPR, kata PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Khaled Nordin wajar diberi peluang bertanding PRU15 - BN Johor
Barisan Nasional (BN) Johor berharap agar bekas Ahli Parlimen Pasir Gudang Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dipilih semula sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
PM beredar dari Istana Negara selepas kurang sejam menghadap Agong
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan Istana Negara selepas kira-kira satu jam menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.