TEMERLOH: Gerakan Tanah Air (GTA) menyatakan pendirian meletakkan calon mereka di kesemua 13 kerusi Melayu kawasan Parlimen di Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, GTA masih dalam peringkat rundingan berkaitan calon-calon yang bersesuaian bagi setiap kerusi Parlimen itu, termasuk Parlimen Bentong.
Katanya, calon-calon itu termasuk calon dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bersama GTA pada PRU kali ini.
"Kita (GTA) akan bertanding di kerusi Melayu, Parlimen Melayu di Pahang. Kalau ada yang nak bertanding di kerusi bukan Melayu, calon bukan Melayu yang akan bertanding.
"Dari segi pembahagian kerusi, ini juga termasuk NGO-NGO, terpulang kepada mereka untuk kemukakan calon. Tetapi sudah tentu, kita yang akan pilih calon yang bersesuaian," katanya selepas Program Himpunan Gerakan Tanah Air Negeri Pahang, di Dataran Tok Gajah, di sini, semalam.
Dr Mahathir berkata, bagi NGO yang ingin kemukakan calon, mereka perlu bersidang antara mereka, dan memilih siapa yang akan menjadi calon pilihanraya mewakili mereka.
Ujarnya, kaedah yang sama digunakan bagi menentukan calon bagi kerusi Parlimen lain di seluruh negara, namun GTA akan menentukan hanya ada satu calon sahaja yang akan bertanding bagi setiap kerusi.
Bercakap mengenai kerjasama dari parti politik lain, Dr Mahathir menegaskan GTA sedia bekerjasama sekiranya parti terbabit bersetuju untuk berpegang kepada dasar perjuangan GTA.
"Kita sedia kerjasama tetapi bukan sebagai gabungan. Kalau kita (GTA) bertanding di kawasan itu, mereka tidak akan bertanding. Begitu juga sebaliknya," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir mengakui menghadapi masalah untuk meraih sokongan pengundi muda kerana kebanyakan mereka tidak berminat mendalami berkenaan politik negara dan hanya mengundi mengikut ibu bapa mereka sahaja.
"Tetapi, selepas kita jumpa dengan orang muda dan kita menjelaskan perjuangan kita, mereka semakin jelas mengenai hala tuju perjuangan GTA.
"Dan pentingnya GTA mendapat kemenangan dalam PRU akan datang ini kerana dasar kita yang akan memperjuangkan orang Melayu," katanya.
Azee Shafy
Sun Oct 16 2022

Dr Mahathir bercakap kepada media selepas Program Himpunan Gerakan Tanah Air Negeri Pahang, di Dataran Tok Gajah, di Temerloh malam tadi. - Astro AWANI

'Saya bukan proksi Najib' - Bekas Pengerusi 1MDB
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu tidak dilantik dalam syarikat pelaburan strategik negara itu semata-mata untuk memastikan semua keputusan Najib dilaksanakan.

Tangguh waktu kerja jururawat: Tempoh sesuai semua pihak beri pandangan - Cuepacs
Cuepacs yakin kerajaan akan menangani perkara itu dengan baik, sekali gus memastikan sistem penyampaian kesihatan kepada rakyat tidak terjejas.
Peter Anthony kekal dipenjara tiga tahun, denda RM50,000
Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony hari ini kekal dipenjara tiga tahun serta didenda RM50,000 kerana memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS), 11 tahun lepas.
PM beri teguran agar tidak sentuh isu 3R
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah memberitahu bahawa Perdana Menteri menegaskan tindakan atau pertuturan yang menyentuh isu 3R hanya akan mengugat keharmonian negara.
RM22.28 juta disedia bangunkan infrastruktur jelapang padi di Sabah
Sebanyak RM22.28 juta diperuntukkan bagi pembangunan infrastruktur di kawasan jelapang padi di Sabah pada tahun ini.
RM51.5 juta diperuntuk kurangkan risiko banjir di Sarawak - Fadillah
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyenaraikan dua projek melibatkan kos RM51.5 juta di bawah Rolling Plan Pertama (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) sebagai langkah mengurangkan banjir di Sarawak.

PM arah pemantauan harga makanan di Bazar Ramadan
Perdana Menteri sendiri akan melawat beberapa Bazar Ramadan bagi melihat sendiri harga dan kualiti makanan secara langsung.

Pakej 2 Jalan Pintasan dijangka siap 2026
Projek bernilai RM851.04 juta ini akan mengurangkan masa perjalanan dari Bandar Baru Ayer Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu daripada 40 minit kepada 10 minit.

AirBorneo akan muktamad penjenamaan, adakan pertandingan cipta logo
AirBorneo, syarikat penerbangan milik negeri Sarawak sedang memuktamadkan penjenamaannya, termasuk mengadakan pertandingan mencipta logo yang akan dibuka kepada orang ramai.

Rompakan kedai emas: Polis teliti rakaman CCTV, empat saksi beri keterangan setakat ini
Tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan tersebut, dengan dua memasuki premis dan seorang menunggu dalam kereta.

Pejuang umum berundur daripada GTA
Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan parti itu secara rasmi menarik diri daripada Gerakan Tanah Air (GTA).

Pendirian kerjasama dengan GTA punca Tun M letak jawatan
Pendirian kerjasama dengan GTA punca Tun M letak jawatan

Anwar PM ke-10: Tahniah, selamat maju jaya - Tun Mahathir
Kenyataan ringkas itu dimuat naik melalui akaun laman media sosial miliknya, pada Jumaat.

PRU15: GTA tidak akan kerjasama dengan BN, PN - Tun M
Pilihan kerjasama GTA ialah dengan parti lain di Sabah dan Sarawak, bukannya parti tebuk atap dan Bossku.

PRU15: GTA ikrar kayakan orang Melayu, rakyat Malaysia jika menang
Tun Dr Mahathir pertaruhkan rekod pemimpin GTA yang mana dikatakan mewarisi sebuah negara miskin selepas Merdeka dan penjajahan British.

GTA perlu menang PRU15, baru fikir soal calon PM - Dr Mahathir
Pengerusi Penaja GTA Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perkara itu bukanlah keutamaan buat masa ini.

Masyarakat Cina diharap beri sokongan kepada GTA - Dr Mahathir
Pengerusi Penaja GTA Tun Dr Mahathir Mohamad berharap akan mendapat banyak sokongan daripada masyarakat Cina agar parti itu dapat bersaing dengan parti lain terutama UMNO dalam PRU15 pada 19 Nov ini.

PRU15: GTA akui kesilapan letak Ketua Hakim di bawah Parlimen dalam manifesto
GTA kesal atas kekeliruan berhubung ikrar itu yang menimbulkan tanda-tanya dalam kalangan anggota badan kehakiman.

GTA tidak bekerjasama dengan BN, PN, PH selepas PRU15 - Dr Mahathir
Katanya, GTA ada pilihan lain jika hendak jalinkan kerjasama iaitu dengan parti-parti di Sabah, Sarawak serta wakil rakyat Bebas.

PRU15: GTA umum manifesto hari ini, tak janji bukan-bukan
Dr Mahathir turut menyindir manifesto parti Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan BN yang dikatakan tidak mampu menunaikan janji seperti ditawarkan.