KUALA TERENGGANU: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan menjadi penggal terakhir buat beliau sebagai ahli politik.
Sebaik berakhir penggal itu, Muhyiddin mengumumkan, mahu bersara dari gelanggang politik untuk meluangkan masa bersama keluarga.
Justeru, kata bekas Perdana Menteri itu, beliau tidak menolak kemungkinan akan bertanding pada PRU15 sekiranya pucuk pimpinan parti memutuskan beliau layak dipilih sebagai calon.
“PRU15 Insya-Allah kalau pucuk pimpinan (benarkan bertanding)… saya untuk bertanding. Nampak daripada tepukan tadi mengesahkan boleh bertanding Insya-Allah, badan sihat, dulu kena kanser.
“Doa semua sekali makbul Allah bagi saya kesihatan. Kalau nak tendang bola boleh tending, tapi tak jauh. Kalau pukul golf untuk 200 meter sekali pukul boleh pergi maknanya itu masih (okey).
“Tapi tak apa, ini soal politik setakat itu sajalah. Mungkin penggal akhir (PRU15) lepas ini berehat dekat rumah, berehat dengan isteri, cucu-cucu seramai lapan orang, anak-anak saya. Saya fikir sudah sampai masa tapi kalau keadaan mendesak dan memerlukan nantilah Insya-Allah kita akan (fikirkan) perkara itu,” kata Muhyiddin.
Beliau berkata demikian dalam sesi Dialog Majlis Pemulihan Negara (MPN) bersama belia di sini, pada Sabtu.
Muhyiddin, 75, yang juga Pengerusi MPN mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac 2020 susulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang menerusi Langkah Sheraton.
Bagaimanapun, 17 bulan selepas itu iaitu pada 16 Ogos 2021, beliau terpaksa meletakkan jawatan selepas kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Parlimen.
Pada PRU14, Muhyiddin bertanding di kerusi Parlimen Pagoh atas tiket PH dan menang dengan majoriti 6,927 undi.
Astro Awani
Sat Jul 30 2022
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan menjadi penggal terakhir buat beliau sebagai ahli politik. - Gambar BERNAMA
Tumpuan Jumaat – 7 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MoU LHDN, Persekutuan Pengakap Malaysia inisiatif dekati generasi muda
MoU antara LHDN dan PPM merupakan inisiatif untuk mendekati generasi muda dalam menyebarkan maklumat dan meningkatkan kesedaran berkaitan cukai.
Kastam patahkan 7,215 kes penyeludupan libat nilai rampasan, cukai RM1.6 bilion sepanjang 2024
JKDM mematahkan 7,215 kes penyeludupan sepanjang tahun lepas dengan nilai rampasan dan cukai berjumlah RM1.644 bilion.
Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak semakin pulih
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat malam ini.
Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Talaud, Indonesia
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada 9.16 malam tadi.
PM Anwar lawat Batu Caves esok, tinjau persiapan Thaipusam - Ramanan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan ke Batu Caves, petang esok menjelang Thaipusam yang akan disambut penganut Hindu pada Selasa ini.
Polis kesan pemilik blog didakwa fitnah bekas Naib Canselor UKM
Polis sedang mengesan pemilik blog yang dipercayai memuat naik kandungan didakwa berunsur fitnah terhadap bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman.
KESUMA terus laksana inisiatif KESUMA MADANI sempena Thaipusam
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus melaksanakan inisiatif KESUMA MADANI sempena perayaan Thaipusam tahun ini.
Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM
Malaysia tidak menunjukkan trend peningkatan kes influenza dan tidak merekodkan sebarang kes selesema burung (avian influenza) dalam kalangan manusia, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Kes tipu isteri pelawak: Polis rakam keterangan 12 individu
Polis telah merakam keterangan 12 individu bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak.
Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.
Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.
Sebut perkataan menghasut: Muhyiddin kekal pengakuan tidak bersalah
Muhyiddin mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK Nenggiri.
Muhyiddin ingatkan pemimpin PN semak fakta sebelum buat kenyataan
Pemimpin Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya menyemak fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka.
Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.
Kes Muhyiddin: 4 salah guna kedudukan, 3 AMLA dibicarakan bersama
Hakim, Azura Alwi memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan permohonan pendakwaan selaku pemohon, untuk menggabung kes-kes itu.
Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.
Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.
Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.
Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.