PADANG SERAI : Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang M Karupaiya yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung, pada Rabu.
Pemergian calon PKR Padang Serai bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) itu, katanya, bukan sahaja dirasai rakyat di Kedah dan Pulau Pinang, sebaliknya seluruh keluarga PKR khususnya Ahli-Ahli Parlimen yang mengenali beliau secara rapat.
"Mendiang seorang yang sangat komited dan mengekalkan prestasi perkhidmatan yang cemerlang sepanjang penggal lalu menjadi Ahli Parlimen.
"Pemergian beliau amat memberi kesan kepada PKR dan kami juga telah meneliti dan menerusi peraturan pilihan raya, maka tanggungjawab sudah diambil sekretariat dan menghantar notis kepada pengurus pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya ketika ditemui selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Karupaiya di kediamannya di Lunas, di sini, pada Rabu.
Nurul Izzah turut berharap semua warga Padang Serai bukan sahaja mendoakan pemergian mendiang tetapi turut mendoakan kesejahteraan dan kesabaran keluarga mendiang atas pemergian beliau secara mengejut.
"Mendiang sangat bangga dengan pencalonan beliau untuk kali kedua di Parlimen ini dan ketika lawatan saya ke pejabat beliau baru-baru ini, beliau menyenaraikan pelbagai pihak yang dampinginya, serta dapat membantu rakyat dan bersama-sama dalam perjuangan PKR," tambahnya.
Nurul Izzah turut memberitahu, pada ketika ini, tumpuan akan diteruskan kepada perjalanan PRU15 dan keputusan mengenai kedudukan kerusi mendiang akan diputuskan oleh kepimpinan pusat PKR.
Mendiang Karupaiya, 69, meninggal dunia di Hospital Kulim, di sini, kira-kira pukul 2.27 petang ini.
Berita sedih mengenai pemergian mendiang yang juga penyandang kerusi Parlimen Padang Serai itu disahkan oleh anak perempuan beliau, Dippah Karupaiya ketika dihubungi ASTRO AWANI.
Difahamkan mendiang dimasukkan ke Hospital Kulim awal pagi Isnin lalu selepas mengadu sakit perut.
Pada PRU14, mendiang Karupaiya menang bergaya dengan majoriti 8,813 undi.
Pada PRU15 Sabtu ini, selain mendiang Karupaiya, kerusi Parlimen Padang Serai turut disertai oleh pesaing lain iaitu calon dari Barisan Nasional, Datuk Sivaraj Chandran, Hamzah Abd Rahman (Pejuang), Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional), Mohd Bakhri Hashim (Warisan) dan Amanda AK (calon Bebas).
Umavathi Ramayah
Wed Nov 16 2022

Nurul Izzah Anwar berkata, pemergian Karupaiya bukan sahaja dirasai rakyat di Kedah dan Pulau Pinang, sebaliknya seluruh keluarga PKR khususnya Ahli-Ahli Parlimen yang mengenali beliau secara rapat. - Gambar fail/Astro AWANI

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

Kerangka Ekonomi Madani: Masih banyak penambahbaikan perlu dilakukan - Polity
Masih banyak penambahbaikan yang digariskan dalam kerangka Ekonomi Madani termasuk usaha bantuan asas rakyat serta meningkatkan kekayaan dan kesejahteraan negara perlu dilakukan.

Pastikan DUN Mahkota dapat wakil rakyat mampu berkhidmat - Nurul Izzah
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu memastikan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota mendapat seorang wakil rakyat yang mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka.

PRK Sungai Bakap: PKR ambil kekalahan PH sebagai tekad bermuhasabah diri
PKR menyahut keputusan PRK Sungai Bakap malam tadi sebagai tekad untuk bermuhasabah diri.

Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.

Selepas 25 tahun, pastikan PKR kekal relevan dalam setiap generasi - Naib Presiden
PKR kini berdepan cabaran memastikan parti itu sentiasa relevan dalam setiap generasi khususnya golongan muda.

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI perkenalkan Kerajaan Perpaduan kepada rakyat
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI adalah titik tolak penting untuk memperkenal Kerajaan Perpaduan dan semua jentera agensi kerajaan untuk dikenali sebaiknya oleh rakyat.

Kekal kemenangan pada PRU akan datang, agenda dapat terus dilaksana - Nurul Izzah
Katanya, kemenangan itu harus bermula dengan Pilihan Raya Negeri Sabah yang dijangka diadakan tahun depan.

'Peratus keluar mengundi PRN rendah boleh dielak jika disekali dengan PRU15'
Nurul Izzah mengakui hakikat Pas telah berjaya menusuk kalbu anak-anak muda.

Nepostisme: Prinsip PM terhakis selepas tidur sebantal dengan UMNO dan BN? - Wan Saiful
Amalan nepotisme pernah ditentang Anwar Ibrahim dan rakan-rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan sebelum ini.

Hassan Marican pelawa Nurul Izzah ketuai Sekretariat Badan Penasihat Menteri Kewangan
Nurul Izzah Anwar dipelawa untuk mengetuai bersama sebuah sekretariat bagi menyokong Badan Penasihat Khas kepada Menteri Kewangan.