KUALA LUMPUR: Keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mendesak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini merupakan satu tindakan tergesa-gesa, kata penganalisis politik, Mohammad Tawfik Yaakub.
Menurutnya, beberapa pemimpin UMNO yang bukan ahli MKT namun memegang jawatan menteri dan timbalan menteri akan teragak-agak untuk menerima keputusan tersebut.
Begitupun, tegasnya keputusan MKT UMNO itu bukanlah bermakna PRU15 akan tetap diadakan tahun ini kerana keputusan muktamad terletak pada budi bicara Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
BACA: MKT UMNO mahu Parlimen dibubarkan tahun ini - Ahmad Maslan
“Maka kalau dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, belum tentu lagi pembubaran Parlimen itu akan dilaksana atau diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.
“Kita perlu menunggu langkah seharusnya dilakukan Perdana Menteri, dan UMNO kena ingat, kerajaan yang mentadbir Kerajaan Persekutuan sekarang bukanlah kerajaan UMNO sepenuhnya tapi kerajaan gabungan antara Pas bersama Bersatu dan GPS.
“Maka sudah semestinya keputusan konsensus perlu diambil daripada Kabinet dan tidak semestinya keputusan MKT itu satu keputusan mutlak yang perlu diperkenankan (Yang di-Pertuan Agong) dengan segera,” katanya ketika bersiaran langsung dalam Buletin AWANI pada Sabtu.
Tegasnya, keputusan satu parti tidak mewakili keputusan semua memandangkan negara masih berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan, dengan setiap keputusan parti perlu berlandaskannya.
Tambahnya, beliau tidak nampak keperluan PRU15 diadakan segera kerana kerajaan perlu bersiap sedia berhadapan bencana banjir dan pada masa sama memastikan kebajikan rakyat ketika bencana sentiasa terjaga.
Astro AWANI pada Jumaat melaporkan mesyuarat MKT UMNO bersetuju untuk Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, bagi membolehkan PRU15 diadakan tahun ini juga.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, berdasarkan keputusan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertuan Agong selaras Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata, keputusan itu berasaskan pendirian konsisten UMNO sejak awal untuk memulangkan mandat rakyat yang tertangguh akibat COVID-19, selepas kerajaan Pakatan Harapan ‘runtuh’ akibat persengketaan dalaman.
Ridauddin Daud
Sat Oct 01 2022

Astro AWANI pada Jumaat melaporkan mesyuarat MKT UMNO bersetuju untuk Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, bagi membolehkan PRU15 diadakan tahun ini juga. - Gambar/ Shahir Omar

Rakyat Palestin tunaikan solat tarawih di celah runtuhan masjid
Penduduk Palestin menghamparkan permaidani dan tikar di sebelah runtuhan masjid yang musnah untuk menunaikan solat Tarawih.

Komposer Zul Mahat meninggal dunia akibat jangkitan kuman
Difahamkan, Allahyarham dimasukkan ke PPUM sejak penghujung Disember lalu selepas terjatuh ketika menjalani rawatan dialisis.
#AWANIRingkas 1 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 1 Mac 2025
1️⃣ Kukuh pertahan kestabilan kerajaan
2️⃣ Dijangka lebih 6 peratus
3️⃣ Isu Rusia-Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kukuh pertahan kestabilan kerajaan
2️⃣ Dijangka lebih 6 peratus
3️⃣ Isu Rusia-Ukraine
#awaniringkas

Kebajikan, pendidikan anak veteran tentera akan terus terbela - Adly
Kerajaan memahami keadaan mereka yang tidak mampu lagi bekerja selepas bersara bagi menampung perbelanjaan keluarga.
AWANI Pagi: Gaya hidup sibuk? Amalkan sahur "meal prep"
Sempena 1 Ramadan esok, ikuti diskusi eksklusif #AWANIPagi bersama Dr. Muhammad Rezza Zainal Abidin, Pensyarah Kanan, Jabatan Pengurusan & Khidmat Makananan, Fakulti Sains & Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang akan berkongsi beberapa panduan bagaimana menyediakan sahur yang sihat dan menyelerakan khususnya bagi mereka yang gaya hidupnya sibuk dengan tugasan seharian.

Dua maut dalam kebakaran di Penampang
Dua maut dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kampung Limbanak di sini pada awal pagi tadi.

Azeem Fahmi cipta sensasi lagi, layak ke final acara 60m di Texas
Azeem berjaya layak ke saingan akhir Southeastern Conference Indoor Track and Field Championships selepas menamatkan larian di tempat kedua.

Mangsa banjir di Sabah kekal 413 orang
Sebanyak 350 orang daripada 102 keluarga masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara di Telupid.

Dakap 13 piala bersama, JDT hilang khidmat graduan Real Madrid juga pembantu Hector Bidoglio
Jurulatih kelahiran Argentina itu turut berterima kasih kepada Pemangku Sultan Johor atas peluang yang diberikan.

Vinicius enggan layan spekulasi ke Arab Saudi
Kemenangan 1-0 ke atas Real Sociedad dalam separuh akhir Copa del Rey pada Khamis merupakan penampilan ke-299 Vinicius untuk Real.

Stoking kalimah Allah: UMNO arah Dr Akmal henti keluar kenyataan
UMNO sudah meminta Ketua Pemuda, Dr Muhamad Akmal Saleh berhenti daripada mengeluarkan kenyataan berhubung isu stoking kalimah Allah.

Pengampunan Najib: UMNO hormati keputusan YDPA, teruskan usaha dapatkan pembelaan
Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) hari ini bersetuju meneruskan usaha mendapatkan pembelaan terhadap bekas presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak.

Pengampunan Najib: Mesyuarat Khas MKT UMNO bermula
Antara pemimpin yang hadir ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta Datuk Seri Ahmad Said.

MKT UMNO pecat Isham Jalil
Keputusan pemecatan itu dibuat setelah parti mendapati Isham melakukan pelbagai kesalahan terhadap UMNO.

UMNO adakan Konvesyen Bahagian-bahagian, perkukuh Kerajaan Perpaduan
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat ketetapan untuk mengadakan Konvensyen UMNO Bahagian-bahagian.

Mesyuarat MKT UMNO dijangka buat keputusan besar malam ini?
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) menjadi tumpuan malam ini.

PAU2023: Lembaga Disiplin UMNO teliti rayuan ahli dikenakan tindakan disiplin
Lembaga Disiplin UMNO akan meneliti kesemua rayuan yang dikemukakan oleh ahli-ahli parti itu yang dikenakan tindakan disiplin.

Pengampunan Najib: "Kita tak boleh paksa-paksa, biarlah Yang di-Pertuan Agong buat keputusan..."
Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi itu berkata, isu tersebut kini bukan lagi di bawah urusan kementeriannya.

Perhimpunan Agung UMNO 2023 dari 7 hingga 10 Jun
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hari ini menetapkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO 2023 dari 7 hingga 10 Jun depan, kata Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

MKT UMNO mohon Agong beri pengampunan penuh kepada Najib
Pertimbangan tersebut selaras dengan kuasa Seri Paduka Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.