KUALA LUMPUR: Masih terlalu awal untuk UMNO dan Barisan Nasional (BN) melihat mana-mana gabungan politik lain sebagai rakan kongsi, sekiranya gagal memperoleh majoriti untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), termasuk Pas.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO berkata, segala keputusan akan dibuat oleh pimpinan tertinggi BN bergantung kepada situasi selepas PRU15 kelak.
Menurut beliau, apa sahaja keputusan PRU15, ia seharusnya mempunyai tumpuan untuk memastikan kerajaan yang stabil demi kepentingan negara.
"Kita tunggu dulu keputusan (PRU15), lepas itu kita akan buat keputusan. Jadi kita cross the bridge dahulu baru kita buat keputusan (yang sewajarnya).
"Kita buat andaian terlalu awal pun susah juga, sebab tidak tahu apa akan berlaku dalam pilihan raya nanti. Lepas pilihan raya nanti keputusan sudah ada, Insya-Allah kita akan buat apa saja keputusan demi kepentingan negara dan penting kita nak sebuah kerajaan yang stabil," katanya lagi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai merasmikan Konvensyen Kontraktor Bumiputera 2.0 dan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-43 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Jawapan Perdana Menteri itu sebagai respons terhadap pandangan beberapa pihak bahawa tiada mana-mana gabungan politik yang dapat membentuk majoriti yang diperlukan, mengambil kira situasi dan dinamika politik semasa.
Mengulas mengenai pembahagian kerusi antara komponen BN pula, Ismail Sabri berkata, perkara itu akan ditentukan dalam masa yang terdekat.
"Dahulu (pembahagian) susah kerana komponen BN banyak. Sekarang ada empat komponen sahaja (UMNO, MCA, MIC, PBRS), jadi lebih mudah untuk kita bincang.
“Dalam waktu terdekat, pasti kita akan putuskan sebab lepas setuju pembahagian kerusi, kita akan setuju pula akan menilai dari segi calon pula.
"Dan perkara itu dah tak lama. Saya difahamkan, untuk penamaan claon dah tak lama. Kita pun tak tahu bila tapi saya yakin tak lama kerana Parlimen sudah dibubarkan… jadi perlu disegerakan," jelas Ismail Sabri lagi.
Firdaus Azil
Tue Oct 18 2022

Masih terlalu awal untuk UMNO dan BN melihat mana-mana gabungan politik lain sebagai rakan kongsi, sekiranya gagal memperoleh majoriti untuk membentuk kerajaan pada PRU15, kata Ismail Sabri Yaakob. - Gambar BERNAMA

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.

Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta

Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Saari berkuat kuasa 26 Ogos.

Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut
Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri.

Ramanan serah elaun, gaji kepada rumah ibadat sekitar Sungai Buloh
Ramanan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyerahkan gaji dan elaun kedua-dua jawatan itu untuk rumah ibadat sekitar Parlimen diwakilnya, hari ini.

"Kita guna logo Pas pada PRU15" - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi
Mohd Azizi yang juga penyandang kerusi DUN Nenggiri berkata dari segi undang-undang, beliau berpandangan Akta Anti Lompat Parti tidak terpakai untuknya.

Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).