KUALA LUMPUR: Tumpuan kini terarah kepada mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang diadakan di Ibu Pejabat UMNO, Pusat Dagangan Dunia (WTC) bermula 2.30 petang tadi.
Mesyuarat berkenaan dilihat penting untuk merangka keputusan sama ada memilih Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan atau menjadi pembangkang bagi penggal ini.
Difahamkan Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan mesyuarat tersebut.
Terdahulu, beberapa pemimpin BN dilihat tiba di Menara Dato’ Onn bagi menghadiri mesyuarat itu, antaranya Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan; Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong; Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan serta Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sebelum ini menjelaskan Dewan Tertinggi BN akan buat keputusan berhubung sokongan mereka kepada mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
Setakat petang ini, PN mendakwa sudah cukup bilangan untuk membentuk kerajaan, sementara PH belum mencukupi bilangan kerusi diperlukan.
Manakala PH melalui Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengesahkan membentuk kerjasama bersama BN dan mempunyai majoriti untuk ke Putrajaya.
Afiezy Azaman
Mon Nov 21 2022

Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Asyraf Wajdi Dusuki berkongsi foto beliau bersama pemimpin-pemimpin lain dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang sedang berlangsung di Menara Dato' Onn, WTC, Kuala Lumpur. - Gambar Facebook Asyraf Wajdi
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Dewan Tertinggi BN hormat keputusan Lembaga Pengampunan
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pasca PRU15: Hanya Dewan Tertinggi BN boleh muktamad usul desak Zahid berundur
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, perkara itu menurut peraturan dan Perlembagaan BN.

PRU15: Mesyuarat Dewan Tertinggi BN belum ada keputusan, bersambung esok
Masih jadi tanda tanya...

PRU15: Mesyuarat Dewan Tertinggi BN dijangka 'panas'
Mesyuarat dijangka capai kata putus sama ada BN akan bekerjasama bentuk kerajaan atau menjadi pembangkang.

Permohonan enam parti sertai BN diperhalusi, Puteri BN ditubuh - Zambry
Permohonan enam buah parti untuk menjadi komponen Barisan Nasional (BN) sedang diperhalusi oleh pihak urusetia gabungan itu.

Dewan Tertinggi BN belum putuskan permohonan PBM
Permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan beberapa lagi parti politik yang memohon untuk menyertai Barisan Nasional (BN) masih lagi dalam pertimbangan.

Ismail Sabri dapat perkasakan kembali BN - Zambry
Zambry berkata, sokongan kepada Ismail Sabri penting bagi memastikan BN dapat terus memberikan khidmat bakti yang terbaik untuk rakyat.

Politik Perak: Sebarang keputusan bergantung kepada pemimpin setiap parti - Hishammuddin
Hishammuddin berkata Mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam tadi ada menyentuh mengenai pemilihan Menteri Besar baharu negeri itu.

Najib dilantik Pengerusi Lembaga Penasihat BN, tugas kembalikan sokongan rakyat
Najib akan menjalankan tugas membantu BN dalam usaha untuk mengembalikan semula sokongan rakyat kepada parti.

BN sedia kenal pasti individu berbakat sebagai calon PRU14 - Najib
Barisan Nasional (BN) sedang mengenal pasti individu berbakat yang berpotensi menjadi calonnya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.