KUALA LUMPUR: Meskipun mengumumkan kekal bertanding di kesemua sembilan kerusi Parlimen tradisinya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), MIC dijangka melepaskan satu kerusi tradisinya dan mencuba nasib di dua Parlimen baharu.
Menurut sumber dalaman parti, MIC dijangka bertanding kerusi Parlimen Teluk Intan (Perak) bagi menggantikan kerusi Cameron Highlands (Pahang) yang diberikan kepada UMNO ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 2019.
Perkara tersebut dikatakan telah dibincang bersama UMNO dengan syarat parti kaum India itu diberikan kerusi alternatif iaitu Teluk Intan dan Naib Presiden MIC Datuk T. Murugiah dilantik sebagai penyelaras di kawasan berkenaan.
Sebelum ini PRK Cameron Highlands diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Nov 2018 mengisytharkan kemenangan Datuk C. Sivarraajh daripada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) terbatal dan tidak sah apabila didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.
Bagaimanapun, BN mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands selepas calonnya, Ramli Mohd Nor daripada suku Orang Asli Semai memenangi PRK tersebut dengan majoriti 3,238 undi.
Pada PRU14, MIC bertanding di sembilan kerusi Parlimen iaitu Sungai Siput dan Tapah di Perak; Sungai Buloh, Hulu Selangor, Kapar dan Kota Raja (Selangor); Port Dickson (Negeri Sembilan); Segamat (Johor) dan Cameron Highlands (Pahang).
Sementara itu, MIC juga dijangka bertanding di kerusi Parlimen Padang Serai (Kedah) buat julung kali pada PRU15 sebagai kerusi tambahan selepas mengambil alih daripada MCA dan Sivarraajh dilantik sebagai penyelaras Parlimen Padang Serai.
Sivarraajh yang juga bekas Naib Presiden MIC berkata beliau telah bekerja di kawasan berkenaan lebih dua tahun sejak 2019 selepas berjaya dalam rayuannya bagi membatalkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang melarang beliau bertanding atau mengundi dalam pilihan raya selama lima tahun pada 2020.
"Saya telah bekerja di Padang Serai lebih dua tahun dan telah membantu masyarakat di kawasan ini ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan pandemik COVID-19," kata bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands itu ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Beliau memfailkan semakan kehakiman pada 31 Dis 2018 bagi memohon satu perintah untuk membatalkan keputusan SPR, yang dimaklumkan kepadanya melalui surat bertarikh 28 Dis 2018, yang tidak membenarkan beliau bertanding atau mengundi dalam mana-mana pilihan raya selama lima tahun mulai 13 Dis 2018.
Susulan keputusan SPR itu, Sivarraajh tidak dapat bertanding dalam PRK Cameron Highlands.
Pada PRU14, Teluk Intan yang ditandingi Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong jatuh ke tangan DAP apabila Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming menang dengan majoriti 11,179 undi manakala calon MCA, Datuk Dr Leong Yong Kong di Padang Serai pula kecundang dengan calon PKR Karupaiya Mutusami yang menang dengan majoriti 8,813 undi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 13 2022

Pada PRU14, MIC bertanding di sembilan kerusi Parlimen. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Sambutan Thaipusam inspirasi perpaduan dan keharmonian - Naib Presiden MIC
Nilai pengorbanan, disiplin dan pengabdian dalam sambutan Thaipusam menjadi sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan dan bersama-sama membina negara yang lebih baik.

Bekas Presiden MIC Dr Subramaniam terima anugerah Pravasi Bhartiya Samman dari India
Bekas Presiden MIC yang juga bekas menteri Tan Sri Dr S. Subramaniam menerima Anugerah Pravasi Bharatiya Samman (PBSA) 2025 daripada kerajaan India, semalam.

Titah Adendum: Ratusan penyokong Najib memenuhi kawasan Kuil Murugan
Kehadiran mereka sebagai tanda solidariti terhadap Najib berhubung prosiding di Mahkamah Rayuan berkait Titah Adendum.

MIC akan hantar ribuan ahli berhimpun untuk Najib
Katanya, kehadiran wakil MIC sebagai penghormatan buat Najib yang disifatkan sebagai pemimpin yang banyak berjasa kepada masyarakat dan negara.

MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.

Putera MIC cadang kerajaan peruntuk lebih dana bagi perkhidmatan kesihatan mental
Ia perlu, antara lain bagi penyediaan lebih banyak pusat kesihatan mental berasaskan komuniti yang mudah diakses dengan kos berpatutan.

Kerajaan dicadang isytihar cuti tambahan sempena Deepavali
Datuk T. Murugiah mencadangkan kerajaan mengisytiharkan 1 Nov ini sebagai cuti umum tambahan bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia menikmati tempoh sambutan Deepavali yang lebih panjang.

MIC lakukan lantikan penting, Ramasamy kini Naib Presiden yang baharu
MIC hari ini melakukan beberapa lantikan penting bagi penggal 2024 hingga 2027 antaranya Bendahari Agung MIC Tan Sri M. Ramasamy dilantik sebagai Naib Presiden MIC yang baharu berkuat kuasa semalam.

PRK Mahkota: MIC yakin pengundi india berpihak kepada BN
Vigneswaran berkata ia berdasarkan maklum balas pengundi yang diterima semasa berkempen selain usaha kerajaan Johor jaga kebajikan kaum India.

MIC sedia kukuhkan parti, hadapi cabaran masa depan
MIC bertekad untuk berusaha mengukuhkan kerjasama sesama pemimpin dan kembali memartabatkan kedudukan parti berkenaan dalam kalangan masyarakat.