BAGAN DATUK: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah mengarahkan setiausaha parti untuk mengeluarkan kenyataan berhubung beberapa pemimpin parti itu yang bertanding atas tiket parti lain.
Menurutnya, Datuk Seri Ahmad Maslan akan memperincikan tindakan diambil mengikut perlembagaan parti terhadap semua pemimpin tersebut.
"Saya dah arahkan Setiausaha Agung untuk keluarkan kenyataan media pada hari ini dan menyatakan fasal-fasal dalam Perlembagaan parti bagi pemecatan itu dilakukan secara automatik," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas penamaan calon di kediaman beliau di sini pada Sabtu.
Meskipun tidak menyebut nama sesiapa, namun ia dipercayai berkaitan dengan tindakan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Seri Zahidi Zainul Abidin dan beberapa pemimpin lain yang bertanding atas tiket parti lain dan juga sebagai calon Bebas.
Shahidan bertanding di Parlimen Arau menggunakan tiket Perikatan Nasional (PN) manakala Zahidi pula bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Padang Besar selepas nama kedua-duanya digugurkan daripada menjadi calon BN.
Dalam pada itu, mengulas tindakan BN mempertaruhkan ramai muka baharu dalam pilihan raya kali ini, Pengerusi BN itu berkata ia merupakan langkah parti untuk berubah kepada yang baharu.
“BN telah berubah dari kepimpinan lama kepada satu wajah baharu, menunjukkan bahawa kombinasi ini, merupakan tawaran terbaik kepada pengundi-pengundi untuk kita mewajahkan semula.
“Ia bukan sahaja BN tapi untuk kita menghidangkan... insya-Allah bila kerajaan baharu terbentuk di bawah BN nanti, maka wajah-wajah baharu ini akan turut dijadikan sebagai kumpulan pelapis, bukan saja di dalam parti tapi juga di dalam kerajaan,” ujarnya.
Perebutan kerusi Parlimen Bagan Datuk menyaksikan saingan empat penjuru dengan penyandang, Ahmad Zahid akan mempertahankan kerusi tersebut.
Pakatan Harapan (PH) pula mempertaruhkan Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin, 'giant killer' dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sebagai calon di kawasan tersebut.
Perikatan Nasional (PN) pula meletakkan calon muda dan baharu, Dr Muhammad Faiz Na'aman dan calon Bebas, bekas Ahli Parlimen Benut, Mohamed Tawfik Tun Dr Ismail melengkapkan senarai calon kerusi Parlimen Bagan Datuk.
Ridauddin Daud
Sat Nov 05 2022

Zahid berkata, Datuk Seri Ahmad Maslan akan memperincikan tindakan diambil mengikut perlembagaan parti terhadap semua pemimpin tersebut.
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

'Tommy Thomas bukan ahli, pemimpin PH' - Anthony Loke
Loke berkata PH tidak perlu menjawab bagi pihak Thomas yang merupakan bekas Peguam Negara dan bukannya 'orang PH'.