KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memberi bayangan dia akan kekal bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Nurul Izzah berkata dirinya secara peribadi mahu meneruskan khidmat kepada rakyat di Parlimen Permatang Pauh memandangkan ada beberapa perkara yang masih belum diselesaikannya.
"Kalau ikutkan hati, memanglah kita mahu menawarkan diri untuk mendapatkan 'kontrak' kerja lima tahun akan datang sebab saya masih ada beberapa projek yang masih berjalan.
"Jadi saya fikir (Permatang Pauh) menjadi pilihan yang paling ideal," katanya ketika ditemui Astro AWANI pada majlis makan malam Social and Economic Research Initiative di sini, pada Selasa.
Namun begitu Nurul Izzah berkata, beliau akur dan menghormati sebarang keputusan pimpinan atasan PKR.
"Kita semua adalah 'askar' dan perlu akur kepada keputusan dan arahan," tambahnya.
Nurul Izzah sebelum ini mengekalkan penguasaan PKR di Parlimen Permatang Pauh sejak 1998 apabila memenangi PRU14 dengan majoriti 15,668 undi.
Dia memperolehi 35,534 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohd Zaidi Mohd Said yang memperolehi 19,866 undi dan Afnan Hamimi Taib Azamudden dari Pas (14,428 undi).
Kerusi tersebut sebelum ini disandang sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim atau isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejak tahun 1982.
Umavathi Ramayah
Wed Sep 28 2022

Nurul Izzah berkata dirinya secara peribadi mahu meneruskan khidmat kepada rakyat di Parlimen Permatang Pauh memandangkan ada beberapa perkara yang masih belum diselesaikannya. - Foto fail/Astro AWANI

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

PRU15: Nurul Izzah terima kekalahan dengan hati terbuka, janji akan kembali
"Inilah demokrasi yang sentiasa kita pertahankan dalam mana-mana pilihan raya."

PRU15: Berakhirnya legasi kerusi keluarga Anwar di Permatang Pauh
Kawasan Parlimen tersebut yang menjadi kubu kuat PKR sejak 1982 kini bertukar tangan kepada Pas yang bertanding atas tiket PN.

PRU15: BN Permatang Pauh sedia lawan Nurul Izzah sekali lagi - Mohd Zaidi
Nurul Izzah Anwar diakui BN sebagai calon 'heavyweight' yang dipertaruhkan oleh Pakatan Harapan.

PRU15: Nurul Izzah beri bayangan bertanding di Permatang Pauh
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memberi bayangan beliau akan kekal bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU15 nanti.

Pertahan kerusi Permatang Pauh, Nurul Izzah serah pada pucuk pimpinan PKR
Nurul Izzah serah pada pucuk pimpinan parti untuk tentukan kedudukannya pada PRU15.

Mahkamah tolak rayuan Anwar berhubung hak sebagai pengundi
Hakim juga mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi 15 Julai tahun lepas yang menolak saman pemula Anwar yang memohon perisytiharan bahawa beliau mempunyai kelayakan sebagai pengundi pada PRK itu.

UMNO Permatang Pauh kemuka dua nama calon kepada pucuk pimpinan
UMNO Bahagian Permatang Pauh telah menyerahkan dua nama calon kepada pucuk pimpinan parti untuk dipertimbangkan pada PRK 25 April ini.