GEORGE TOWN: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berharap kekal bertanding mempertahankan kerusi disandangnya di Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, bagaimanapun beliau tetap menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan kerusi mana yang bakal ditandinginya kelak.
‘’Ya, saya bukanlah pemutus kata, sebagaimana saya sebutkan tadi, di hati ini memang teringin (kekal di Permatang Pauh) tetapi sebagai salah seorang askar dalam parti kita boleh berharaplah tidak digugurkan daripada untuk dicalon, dan kedua... diberikan kerusi sebagaimana dipohon di hati
“Tetapi kalau tidak, saya serahkan kepada pimpinan kerana akhirnya kita hendak menawarkan diri untuk menjalankan tugas dan amanah... ia bukanlah sesuatu yang dapat kita pegang selama-lamanya” kata Nurul Izzah hari ini.
Beliau berkata demikian selepas hadir pada majlis pertemuan dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bersama Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Seri Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada Ahad.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang , Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik.
Dalam pada itu, Nurul Izzah yang juga Pengerusi Pimpinan Negeri (MPN) bagi Zon Utara (Kedah, Pulau Pinang dan Perlis) berkata mempunyai tugas penting untuk membantu jentera pilihan raya di ketiga-tiga negeri tersebut dan berharap semua pihak memberi peluang kepadanya untuk menjalankan tanggungjawab tersebut.
“Ketika ini, saya pun perlu menjaga tiga buah negeri utara dan semalam saya telah membantu di Simpang Renggam dan Johor Bahru, tetapi saya juga merancang untuk membantu di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang juga cumanya nak lari ke sana ke sini susah sikitlah, tetapi berikanlah peluang ya,” katanya.
Nurul Izzah berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau akan kekal mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang menjadi kubu kuat PKR pada PRU15.
Sebelum ini, tular spekulasi mendakwa Nurul Izzah akan bertanding di Parlimen Ampang, sementara Datuk Husam Musa pula akan diturunkan di kawasan Gombak mewakili PKR pada PRU15.
Sementara itu, ditanya mengenai persiapan PKR menghadapi PRU15 dan pembahagian kerusi Pakatan Harapan (PH) di Pulau Pinang, Nurul Izzah memaklumkan perbincangan mengenainya akan dibuat pada 20 September ini.
Isu pembahagian kerusi dijangka diselesaikan secepat mungkin sebelum Oktober, katanya.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun Sep 18 2022

Nuzul Izzah tetap menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan kerusi mana yang bakal ditandinginya kelak. - Gambar fail/ Shahir Omar
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.

Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta

Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Saari berkuat kuasa 26 Ogos.

Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut
Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri.

Ramanan serah elaun, gaji kepada rumah ibadat sekitar Sungai Buloh
Ramanan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyerahkan gaji dan elaun kedua-dua jawatan itu untuk rumah ibadat sekitar Parlimen diwakilnya, hari ini.

"Kita guna logo Pas pada PRU15" - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi
Mohd Azizi yang juga penyandang kerusi DUN Nenggiri berkata dari segi undang-undang, beliau berpandangan Akta Anti Lompat Parti tidak terpakai untuknya.

Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).