LABUAN: Parti Bangsa Malaysia (PBM) Labuan tidak menolak kemungkinan memberi sokongan dan kerjasama kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.
Ketua penaja PBM Labuan Raynie Datuk Mohd Din berkata hasrat untuk memberi sokongan dan kerjasama ini ada dibincangkan antara kepimpinan dalaman parti namun akan dimuktamadkan oleh pucuk pimpinan dalam masa terdekat.
"Kami tidak menolak kemungkinan akan memberi sokongan kepada BN dalam PRU15 ini dan ia telah dibincangkan.
"Saya yakin presiden parti akan membuat pengumuman berhubung hasrat ini sama ada sebelum atau selepas penamaan calon," katanya kepada Bernama hari ini.
Raynie berkata sokongan dan kerjasama ini adalah selari dengan perjuangan parti dalam memartabatkan bangsa Malaysia bersama BN, sekali gus mewujudkan kerajaan yang lebih stabil dan harmoni.
Katanya pada awalnya pucuk pimpinan PBM berhasrat untuk bertanding di kebanyakan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk di Labuan namun terpaksa ditangguhkan disebabkan PBM tidak mahu pertembungan calonnya dengan calon BN.
"Memang benar parti telah bersetuju untuk meletakkan calon di kebanyakan kerusi Parlimen dan DUN termasuk Labuan, memandangkan ada kesepakatan untuk bekerjasama dengan BN dalam PRU15 ini, maka hasrat PBM Labuan bertanding harus ditangguhkan," katanya.
Pada Ogos lalu, bakal Presiden PBM Datuk Zuraida Kamaruddin berkata telah menghantar permohonan rasmi untuk menyertai BN bagi membentuk sebuah gabungan parti baharu dalam menghadapi PRU15.
Pada Jun lepas, Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata BN sedia menerima mana-mana parti politik yang ingin bersama parti itu ketika beliau menjelaskan berhubung desas-desus PBM akan menyertai BN.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 19 2022
Hasrat PBM Labuan untuk memberi sokongan dan kerjasama ini ada dibincangkan antara kepimpinan dalaman parti namun akan dimuktamadkan oleh pucuk pimpinan dalam masa terdekat.
Datuk bandar China, ASEAN bincang keterbukaan bandar, kerjasama
Datuk Bandar, wakil dan pakar dari China dan negara-negara ASEAN berkumpul di Nanning, China untuk membincangkan mengenai keterbukaan dan kerjasama bandar pada satu dialog yang dirasmikan minggu lalu.
Malaysia gesa tubuh pasukan petugas mirip INTERPOL
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa penubuhan sebuah pasukan petugas jenayah siber bagi menangani ancaman siber di rantau ASEAN.
ASEAN tampil beberapa konsensus pertingkat pelancongan
Lintas langsung bersama Wartawan Syaff Shukri yang membawakan perkembangan dan rangkuman ASEAN Tourism Forum (ATF) 2025 dari Johor Bahru.
Pantau Agenda Reformasi: Trump angkat sumpah, apa nasib Palestin?
Ikuti ulasan Ketua Pegawai Eksekutif IRIS Institute, Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim mengenai jangkaan terhadap situasi di Gaza susulan Donald Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat.
Prabowo minta maaf kelembapan program makanan percuma
Presiden Indonesia, meminta maaf kepada penerima program makanan percuma di negara itu kerana kelembapan pengedaran makanan seperti yang dirancang.
Konsortium diterajui Khazanah, KWSP semakin hampir ambil alih MAHB
Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) mengurangkan syarat penerimaan tawarannya kepada 85 peratus daripada jumlah saham terbitan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Malaysia lakar perdagangan luar biasa capai RM2.88 trilion
Nilai perdagangan Malaysia meningkat 9.2 peratus kepada rekod tertinggi RM2.879 trilion pada 2024, melepasi paras RM2 trilion selama empat tahun berturut-turut.
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan berkata, eksport melebihi RM1 trilion selama empat tahun berturut-turut, meningkat 5.7 peratus kepada RM1.508 trilion.
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan berkata, eksport melebihi RM1 trilion selama empat tahun berturut-turut, meningkat 5.7 peratus kepada RM1.508 trilion.
Manfaat pelaburan kepada Malaysia dan UK melalui CPTPP
Tengku Zafrul berkata, CPTPP yang dianggotai 12 negara ketika ini, merupakan permulaan yang baik untuk syarikat Malaysia mendapat akses ke pasaran di setiap negara anggota termasuk UK.
Tawaran diskaun servis kereta di PETRONAS AutoExpert - KPDN
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) komited memperkenalkan Servis Ihsan MADANI@ Petronas AutoExpert atau SIM@PAX.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ia merupakan inisiatif kerjasama bersama Petronas bagi membantu golongan berpendapatan rendah mengurangkan kos penyelenggaran kereta.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ia merupakan inisiatif kerjasama bersama Petronas bagi membantu golongan berpendapatan rendah mengurangkan kos penyelenggaran kereta.
Jualan kereta di Malaysia pada 2024 cecah 800,000 unit
Buat kali pertama dalam sejarah, rekod jualan kereta di Malaysia pada 2024 melepasi paras 800,000 unit.
CIMB Securities menerusi data awal memaklumkan, jumlah keseluruhan industri (TIV) mencecah pada tahun lalu mencatatkan kira-kira 814,000 unit
CIMB Securities menerusi data awal memaklumkan, jumlah keseluruhan industri (TIV) mencecah pada tahun lalu mencatatkan kira-kira 814,000 unit
PBM sahkan akan bertanding pada PRN Sabah
Parti Bangsa Malaysia (PBM) mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) akan datang.
Zuraida dakwa dipecat PBM kerana kecuaian RoS
Zuraida mendakwa pemecatan itu tidak sah dan percaya RoS sebagai responden mendaftarkan beliau sebagai Presiden PBM selepas menerima surat pada 27 Oktober tahun lalu.
Tahun penuh kejutan, ini rentetan peristiwa menarik sepanjang 2022!
Untuk sampai ke penghujung 2022, kejutan demi kejutan terjadi sepanjang tahun ini yang menyaksikan beberapa peristiwa menarik berlaku.
Zuraida, 12 lagi ahli berhadapan dengan lembaga disiplin PBM - Laporan
Larry Sgn berkata beliau hairan dengan tindakan Zuraida, sedangkan bekas MP Ampang itu sendiri tandatangani surat sokongan.
PBM tarik balik penggantungan dua Ahli Majlis Tertinggi
Penetapkan untuk menarik balik penggantungan keahlian serta mengembalikan jawatan dua ahli AMT berkenaan telah dipersetujui jawatankuasa disiplin parti.
Annuar dedah Zuraida sertai Muafakat Nasional
Pemimpin Parti Bangsa Malaysia (PBM), Datuk Zuraida Kamaruddin dilaporkan telah menyertai Muafakat Nasional (MN).
PRU15: Santhara Kumar pertahan kerusi Segamat atas tiket PBM
Perkara itu diumumkan menerusi Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya PBM yang diadakan di Ampang pada Khamis.
Kemelut PBM: Sng gantung jawatan 12 Ahli Majlis Tertinggi termasuk Zuraida
Sng berkata keputusan itu dibuat selaras dengan perlembagaan parti Fasal 60 (iii).
Larry dakwa masih Presiden PBM, gantung tugas dua Ahli Majlis Tertinggi
Larry menegaskan, keputusan dibuat berdasarkan Perlembagaan PBM susulan Mesyuarat Majlis Tertinggi parti bertarikh 7 Oktober 2022 yang telah dilaksanakan melampaui arahannya sebagai Presiden parti.
PRU15: PBM tanding di enam kerusi penyandang termasuk Lahad Datu dan Ampang
Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan mempertahankan enam kerusi parlimen yang disandang oleh ahli parlimen parti itu sebelum ini pada PRU15.