KOTA BHARU: Pas Kelantan akan mengadakan perbincangan melibatkan hala tuju masa depan parti itu dengan UMNO untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengesahkan telah menerima surat rasmi daripada Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub pada minggu lalu.
“Ya, kita sudah terima surat daripada mereka. Kita akan adakan mesyuarat pada minggu hadapan untuk melihat apa-apa perkara yang terbaik untuk kita,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas melakukan pelepasan Misi Pemulihan Bantuan Banjir Kelantan ke Pahang di Kompleks Kota Darulnaim, di sini.
Sebelum ini, media tempatan melaporkan, Ahmad Jazlan telah menghantar surat rasmi kepada Ahmad untuk mendapatkan jawapan segera daripada Pas Kelantan supaya mereka mempunyai hala tuju yang lebih jelas dalam kerjasama berkenaan.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Dec 24 2021

AHMAD: Kita akan adakan mesyuarat pada minggu hadapan untuk melihat apa-apa perkara yang terbaik untuk kita. - Gambar fail
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Pelancongan, mahu tarik minat generasi muda
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Dakwaan RUU PSB hapus Melayu, golongan M40, B40 tidak benar - KP PLANMalaysia
Alias berkata kerajaan memegang teguh 10 prinsip bagi memastikan ketelusan pentadbiran dan menjamin hak pemilik hartanah berdaftar.

PRU15: Pas Kelantan bincang hubungan dengan UMNO
Ahmad mengesahkan telah menerima surat rasmi daripada Ahmad Jazlan minggu lalu.