BATU GAJAH: Pas Perak tidak mempunyai masalah sekiranya berdepan dengan Gerakan Tanah Air (GTA) dalam merebut kerusi majoriti pengundi Melayu dan pinggir bandar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata malah gabungan itu bakal menghadapi kesukaran untuk memperoleh jumlah undi yang banyak apabila berhadapan dengan mana-mana parti Melayu terbesar seperti Pas.
“Parti Melayu yang terbesar ini termasuk UMNO, Pas, Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia). Parti lain seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) pun tidak akan dapat ramai (pengundi Melayu).
“Tambahan pula GTA ini yang mana mereka cuba nak menggabungkan beberapa parti kecil yang mana mereka terpaksa berbuat demikian (untuk bertanding dalam PRU15).
“Malah saya berpandangan, mereka tidak akan dapat lebih daripada 10 peratus undi pun daripada pengundi Melayu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Pengukuhan Keselamatan di Air Komuniti Perikanan (myKP) Negeri di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara, Tronoh, di sini, pada Khamis.
Razman sebelum itu diminta mengulas berkenaan hasrat GTA yang menyasarkan kerusi majoriti Melayu dan pinggir bandar untuk ditandingi pada PRU15.
Timbalan Pengerusi Penaja GTA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilaporkan berkata sasaran awal adalah untuk meletakkan calon berpotensi boleh menang di 120 kerusi terpilih bagi Parlimen, manakala jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masih dalam perbincangan.
Pada PRU14, daripada 58 kawasan DUN yang dipertandingkan di Perak, Pas memenangi tiga kerusi iaitu Gunung Semanggol, Selama dan Kubu Gajah yang kesemuanya majoriti besar pengundi Melayu.
Sementara itu, daripada 21 kawasan Parlimen yang dipertandingkan di negeri sama pula, tiada satu kerusi yang berjaya dimenangi.
Amirrul Rabbani
Thu Sep 29 2022
Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata malah gabungan itu bakal menghadapi kesukaran untuk memperoleh jumlah undi yang banyak apabila berhadapan dengan mana-mana parti Melayu terbesar seperti Pas. - Gambar fail/BERNAMA
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Malaysia terus perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama - Fahmi
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih di peringkat ujian pelbagai fasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Polis siasat himpunan kibar Jalur Gemilang di Menara Condong
Polis akan menyiasat penganjuran himpunan kibarkan Jalur Gemilang di Dataran Menara Condong, Teluk Intan pada Sabtu.
PRN: Pas Perak 'all out' tumpu bantu jentera di Selangor, Pulau Pinang
Pas Perak akan berjuang sehabis baik membantu dua negeri iaitu Pulau Pinang dan Selangor dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Tangkap pemimpin pembangkang tindakan politik tidak bertamadun - Razman
Pas Perak menyifatkan tindakan menangkap pemimpin politik pembangkang dan menghadapkan mereka atas tuduhan yang didakwa direka cipta sebagai tindakan politik yang tidak bertamadun.
PRU15: Pas, Bersatu masing-masing bertanding 20 kerusi DUN di Perak
Menurutnya, 40 kerusi DUN yang akan ditandingi Pas dan Bersatu itu adalah majoriti Melayu manakala 19 lagi, kerusi campuran.
PRU15: Pas Perak tidak ada masalah jika berdepan GTA
Pas Perak tidak mempunyai masalah sekiranya berdepan dengan Gerakan Tanah Air (GTA) dalam merebut kerusi majoriti pengundi Melayu dan pinggir bandar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
PRU15: Pelawa Tajuddin wakili Pas tidak pernah dibincangkan
Perkara itu di luar pengetahuan beliau dan memaklumkan pembahagian kerusi mahupun calon perlu mendapat persetujuan Pas Pusat.
PRU15: PN Perak tidak bincang calonkan Tajuddin - Ahmad Faizal
Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, segala urusan mengenai calon dan kerusi merupakan hak pucuk pimpinan untuk menentukannnya.
Pas Perak tawar Tajuddin bertanding atas tiket PN
Tawaran dibuka sekiranya kerusi Parlimen Pasir Salak jadi milik Pas dalam pembahagian kerusi bersama parti komponen PN.
Pas Perak sedia berdepan Anwar Ibrahim pada PRU15
Jentera Pas Perak siap sedia hadapi sebarang kemungkinan termasuk sekiranya Anwar mahu bertanding di negeri itu.
Duit beli tanah lesap, Pas Perak buat laporan polis
PAS Perak hari ini membuat laporan polis terhadap seorang peguam yang didakwa melarikan wang parti yang sepatutnya digunakan untuk pembelian sebidang tanah di Sri Iskandar.