KOTA KINABALU: Walaupun hanya berjaya merampas satu kerusi Parlimen di Tawau dan tewas di tiga tempat lain iaitu di Kota Marudu, Tuaran, dan Kota Kinabalu, Parti Bersatu Sabah (PBS), berikrar akan terus memperjuangkan nasib rakyat di negeri itu.
Presidennya, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, PBS akan terus bersama-sama menjadikan Dewan Rakyat sebagai platform untuk memajukan Sabah.
Ongkili dalam masa sama mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang berjaya memenangi serta mempertahankan kerusi Parlimen pada PRU15.
"PBS akan terus memainkan peranan dengan komitmen dan semangat yang lebih tinggi dalam memberi perkhidmatan kepada Sabah dan rakyatnya.
"Kami mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan dalam PN, BN, dan GRS yang berjaya memenangi atau pun mempertahankan kerusi mereka.
"Percayalah bahawa kami akan menggunakan Parlimen sebagai platform dalam usaha membangunkan Sabah yang lebih baik," ujar Ongkili dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Ongkili turut merakamkan penghargaan kepada penyokong dan pengundi Parlimen Kota Marudu atas peluang yang diberikan kepada dirinya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tandek, dan Langkon selain berharap agar tempoh perkhidmatan beliau selama 6 penggal berjaya membawa perubahan terhadap daerah itu.
"Untuk Parlimen Kota Marudu yang saya wakili selama 6 penggal sebagai Ahli Parlimen dan 3 penggal sebagai ADUN Langkon dan Tandek, saya berterima kasih di atas peluang untuk berkhidmat kepada mereka dan saya berharap agar saya telah menjadi ejen perubahan selama itu", Ongkili berkata.
Untuk rekod, empat calon PBS atas tiket GRS hanya berjaya meraih kerusi Parlimen Tawau melalui Lo Sui Fui yang berjaya menewaskan pesaing terdekat Datuk Christina Liew (PKR) setelah memperolehi 19,865 undi dengan kelebihan majoriti sebanyak 3,800 undi.
Tiga lagi calon , Datuk Joniston Bangkuai (Tuaran), dan Yee Tsai Yiew (Kota Kinabalu) turut tewas dalam persaingan merebut kerusi Parlimen tersebut termasuk Ongkili di Kota Marudu oleh calon Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (Parti KDM), Datuk Wetrom Bahanda.
Abdul Hafiz Mustadi
Sun Nov 20 2022

Pada PRU15, Ongkili tewas di Kota Marudu oleh calon Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (Parti KDM), Datuk Wetrom Bahanda.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Ongkili bercuti, Joachim pemangku Presiden PBS bermula 1 Jun
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili akan mula bercuti daripada memegang jawatan tertinggi parti itu bermula 1 Jun.

PBS tubuh jawatankuasa bincang gabungan parti - Joachim
Jawatankuasa itu akan diketuai Setiausaha Agung parti Datuk Julita Majungki.

Maximus Ongkili kekal sebagai Presiden PBS
Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini sebulat suara mengundi untuk mengekalkan Datuk Seri Maximus Ongkili bagi terus menerajui parti itu sebagai Presiden.

PRU15: PBS akan terus perjuang nasib rakyat, walau hanya menang satu kerusi
Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, PBS akan terus bersama-sama menjadikan Dewan Rakyat sebagai platform untuk memajukan Sabah.

PBS akan cadangkan tiga TPM sebagai agenda pertama MKMA63 selepas PRU15
Parti Bersatu Sabah (PBS) akan mencadangkan pelantikan tiga timbalan perdana menteri (TPM) untuk Malaysia, sebagai agenda pertama Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63).

PBS kekal bersama GRS - Joniston
Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini menegaskan bahawa ia kekal dengan pendirian untuk bersama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai jalinan kerjasama pemimpin dan rakyat yang tulen di Sabah.

PRU15: Warisan sedia ubah senarai calon jika PBS mahu kerjasama
Parti Warisan (Warisan) menyatakan kesediaanya untuk mengubah senarai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya kerjasama dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) menjadi kenyataan.

Pemilihan PBS pentas kenal pasti calon layak terajui parti tiga tahun akan datang
Pemilihan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang dijadual berlangsung esok, bakal menjadi pentas bagi mengenal pasti calon paling layak menggantikan Presiden parti.

PRU15: PBS setia bersama GRS - Maximus Ongkili
PBS kekal setia dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam berdepan pilihan raya umum akan datang.

Warisan terbuka bekerjasama dengan PBS - Shafie Apdal
Kesediaan itu kerana Sabah memerlukan satu gabungan parti tempatan yang kuat di peringkat akar umbi.