KUCHING: Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bersedia mengemukakan calon daripada kalangan ahli sayap itu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua Pemuda PBB Miro Simuh berkata sayap itu mempunyai ramai pemimpin berkaliber dan layak yang boleh diketengahkan sebagai calon.
"Jika diberi kesempatan oleh pimpinan parti untuk kita kemukakan calon baharu yang lebih muda kita Pemuda bersedia (kemukakan).
"Kita bersedia untuk tampilkan calon-calon baharu yang lebih bertenaga dan muda untuk menjadi calon pada PRU15," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PBB di sini hari ini.
Miro berkata Pemuda PBB juga menyokong penuh agar Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni dikekalkan sebagai calon di kerusi itu pada PRU15.
PBB bersama-sama Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) merupakan anggota yang membentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS).
GPS kini memiliki 18 kerusi di peringkat Parlimen.
Sementara itu, Miro yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu menolak cadangan untuk dirinya bertanding di Parlimen Puncak Borneo pada PRU15.
"Bagi saya cukup setakat jadi ADUN, tidak perlu tamak sangat. Banyak lagi calon berkaliber yang layak untuk berada di sana," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 16 2022

Ketua Pemuda PBB Miro Simuh berkata sayap itu mempunyai ramai pemimpin berkaliber dan layak yang boleh diketengahkan sebagai calon. - Gambar fail

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Tindakan tegas terhadap sesiapa saja cuba timbul perpecahan dalam negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Bina Semula Gaza: Negara Arab mungkin bertegas kerana bimbang rakyat memberontak – Pengarah IEIJS
Bimbang dengan risiko pemberontakan rakyat sendiri mungkin menjadi faktor yang menyebabkan negara-negara Arab bertegas dalam isu bina semula Gaza.

KPDN Selangor serbu stor haram, rampas minyak masak paket, LPG di Kapar
KPDN Selangor menumpaskan aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi LPG dan minyak masak paket satu kg dengan nilai rampasan keseluruhan RM200,000 menerusi serbuan di Rantau Panjang.

E-Sepakat pantau isu-isu perpaduan termasuk yang dibangkitkan ahli politik - TKSU KPN
Sistem e-Sepakat digunakan Kementerian Perpaduan Negara untuk memantau sebarang isu-isu perpaduan yang dibangkitkan di setiap peringkat masyarakat.

PRU15: Pemuda PBB sedia kemukakan calon
Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bersedia mengemukakan calon daripada kalangan ahli sayap itu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perhimpunan PBB: Pertahan dan lindungi parti seperti sebuah keluarga - Gerald Jabu
Beliau mengingatkan agar barisan Pemuda untuk terus melakukan penambahbaikan, menerima kekuatan dan kekurangan setiap ahli dalam parti.

PRN Sarawak: Pemuda PBB ada metodologi khas berkempen
Miro Simuh berkata penggunaan media sosial diyakini mampu digunakan sebaiknya untuk menyampaikan manifesto parti.