KUALA LUMPUR: Tidak mungkin berlaku penggabungan antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH).
Itu penegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang berpendapat, keputusan yang dicapai dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) dan Majlis Tertinggi (MT) sebagai jelas dan tidak boleh diragui.
"Bagi saya tak mungkin berlaku, sebab di dalam PAU, dalam MT, keputusan telah dibuat. No Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim), No DAP, No PKR. Dan keputusan tersebut adalah keputusan, saya kata PAU tu adalah autoriti tertinggi.
"Kalau nak reverse (patah balik) keputusan tersebut, bawalah balik ke MT dan bawa balik ke mesyuarat agung luar biasa untuk putuskan sebaliknya. Selagi tidak ada keputusan seperti itu, maka keputusan yang asal akan terus kekal.
"Dan saya percaya tidak ada sesiapa pun di kalangan UMNO, kepimpinan tertinggi mana sekalipun yang boleh mengubah keputusan MT dan boleh ubah keputusan PAU dengan cara bersendirian. Ia mesti diputuskan oleh parti," katanya dalam program Bual Bicara Khas Bersama Perdana Menteri: Kestabilan & Kemakmuran, yang disiarkan malam ini.
Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas bayangan yang digambarkan oleh pemerhati politik bahawa BN dan PH akan bergabung untuk membentuk kerajaan Persekutuan selepas PRU15 sekiranya kedua-dua parti tidak memperoleh majoriti mudah.
Tegas Ismail Sabri lagi, UMNO dan BN merupakan parti yang konsisten berprinsip dan itu adalah perbezaan utama mereka dengan pembangkang.
"Saya sendiri, konsisten dengan pendirian kita, bahawa kita tidak campur dalam urusan mahkamah.
"Bayangkan, pemimpin besar kita Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Perdana Menteri, bekas Pengerusi BN, bekas Presiden UMNO, tetapi apabila berhadapan kes di mahkamah, keputusan kerajaan ialah tidak campur tangan dalam urusan mahkamah. Dan kita kotakan apa yang kita cakap.
"Inilah beza antara mereka dengan kita. Mereka cakap sahaja, menunjukkan seolah-olah merekalah pejuang hak asasi, merekalah yang menghormati kedaulatan undang-undang, tetapi merekalah yang melanggar segala apa yang mereka janjikan untuk mengangkat martabat sistem perundangan, kehakiman dan sebagainya, tetapi mereka yang melanggar semua perkara ini," kata Ismail Sabri.
Dalam masa sama, Ismail Sabri juga melihat pimpinan PH dulu dan kini masih sama, biarpun tanpa Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Bagi saya, sama sahaja. Yang tidak ada, Tun Dr Mahathir sahaja. Yang lain masih ada seperti biasa dan polisi parti sama juga, tidak berubah.
"Kalau dulu dengan sekarang, kerana ada perubahan sedikit daripada segi kepimpinan. Tetapi asasnya tetap sama. Serupa kitalah, UMNO. Walaupun banyak berlaku perubahan, tetapi prinsip perjuangan kita tetap sama," jelas beliau lagi.
Madiha Abdullah
Tue Nov 15 2022

Kata Ismail Sabri, UMNO dan BN merupakan parti yang konsisten berprinsip dan itu adalah perbezaan utama mereka dengan PH. - Gambar BERNAMA

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.

Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.

Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.

Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.

Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.

MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.

PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.

Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.