JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor menyasarkan untuk memenangi 22 daripada 26 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi PH Johor Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata gabungan politik itu yakin sasaran berkenaan dapat dicapai berdasarkan momentum dan prestasi cemerlangnya pada PRU14 apabila PH berjaya menawan 18 kerusi kubu kuat Barisan Nasional (BN).
Beliau turut berkeyakinan PH mampu menawan kerusi Pengerang, Pontian, Tenggara dan Sembrong.
"Kita menyediakan barisan (calon) terbaik yang telah ditapis untuk PRU15, bukan sekadar sandar 18 kerusi pada PRU14 tetapi kita nampak kita punyai potensi yang lebih (untuk menang).
"Insya-Allah, Johor akan menjadi negeri yang akan menyumbang kepada kemenangan PH untuk menubuhkan kerajaan baharu di peringkat Persekutuan," katanya kepada pemberita pada sidang media pengenalan calon PH Johor di Hotel Thistle di sini hari ini.
Salahuddin, yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Pulai berkata demikian ketika ditanya mengenai sasaran kerusi yang mahu dimenangi PH.
Ketika ditanya mengenai kerusi Parlimen Tanjung Piai yang diberikan kepada MUDA serta pertukaran kerusi Parlimen Pontian daripada PKR kepada DAP, Salahuddin dan Timbalan Pengerusi PH Johor Syed Ibrahim Syed Noh senada berpendapat perkara tersebut telah selesai.
"Tiada pertikaian lagi. Itu disiplin kita dalam PH, kita boleh bincang. Bila sudah diputuskan kita akur walaupun ada ketidakpuasan hati, itu disiplin kita. Apa yang penting, satu musuh harus ditewaskan," kata Salahuddin.
Sementara itu, Syed Ibrahim mengakui agak terkejut dengan keputusan gabungan itu mengenai kedua-dua kerusi tersebut, namun yakin dengan apa yang diputuskan oleh kepimpinan tertinggi PH.
"Saya memohon agar akar umbi menerima dan beri sokongan. Mungkin semua ini ada hikmahnya, yang penting kita ada satu matlamat sama. Kalau kita tidak boleh sokong sesama parti, kita akan tewas kepada parti lawan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 03 2022

Barisan calon-calon Pakatan Harapan (PH) yang akan bertanding kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Majlis Memperkenalkan Calon PH di sebuah hotel hari ini. - Foto BERNAMA
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

PN Johor bincang PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram minggu depan
PN Johor akan mengadakan mesyuarat berhubung kekosongan kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada minggu depan.

PH Johor tidak akan tuntut jawatan Exco Kerajaan Negeri
PH Johor yakin dengan kepemimpinan dan kestabilan politik negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika ini.

PH Johor tidak akan cadangkan perubahan komposisi Eksekutif Kerajaan Negeri
Pakatan Harapan (PH) Johor tidak akan mencadangkan apa-apa perubahan dalam komposisi Eksekutif Kerajaan Negeri, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor diberitahu hari ini.

PRU15: Jentera PH Johor tidak terbabit isu khianat bendera parti - Salahuddin Ayub
Salahuddin berkata beliau juga yakin parti-parti politik lain turut mengamalkan politik yang matang.

PRU15: PH Johor sasar menang 22 daripada 26 kerusi Parlimen
Pakatan Harapan (PH) Johor menyasarkan untuk memenangi 22 daripada 26 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: PH Johor umum senarai calon 3 November
Pakatan Harapan (PH) Johor akan mengumumkan senarai calon yang bakal bertanding di 26 kerusi parlimen pada 3 November.

PH Johor, MUDA bincang kerjasama hadapi PRN
Pakatan Harapan (PH) Johor mengadakan perbincangan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bagi menjalin kerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beri laluan hingga akhir penggal, PRN Johor dalam masa terdekat tidak wajar
Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan menegaskan, kerajaan negeri yang dipimpin Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad itu disaran untuk terus mentadbir jentera kerajaan sehingga akhir penggal.

PH Johor tolak pelaksanaan PRN
Pakatan Harapan (PH) Johor menolak pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada waktu ini, kerana ia dilihat tidak sensitif memandangkan rakyat sedang mengalami krisis kesihatan COVID-19 dan ekonomi.

PH Johor akan mengadap Sultan Ibrahim
PH Johor akan memohon mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar secepat mungkin kerana mendakwa mempunyai jumlah kerusi mencukupi bagi menerajui kerajaan negeri.