KUALA KEDAH: Sesiapa sahaja boleh menjadi Perdana Menteri sekiranya menang bertanding kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), termasuk Khairy Jamaluddin.
Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sama ada seseorang itu layak diangkat sebagai Perdana Menteri atau sebaliknya, bergantung kepada kemenangan individu tersebut di kerusi yang ditandinginya.
Menurutnya, jawatan berkenaan sememangnya menjadi cita-cita ramai pemimpin sama ada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang.
“Layak atau tidak (Khairy) tak tahulah... ramai orang yang layak tetapi sama ada dia menang atau tidak belum tentu. Bila sudah menang, cakaplah,” katanya pada sidang akhbar selepas program santai petang bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan calon GTA bagi Parlimen Kuala Kedah, Ulya Husamudin di Taman Bersatu pada Sabtu.
Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berkata demikian ketika diminta mengulas kesediaan Khairy yang juga calon BN Parlimen Sungai Buloh, berhasrat untuk memimpin UMNO, seterusnya bercita-cita menjadi Perdana Menteri satu hari nanti.
Dalam pada itu, Dr Mahathir tegaskan, dirinya yang sudah berusia pun dilantik menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali, menunjukkan sesiapa sahaja boleh memimpin negara apabila mendapat sokongan sepenuhnya.
“Ramai orang bercita-cita (jadi PM) sekarang ini, apa kalut, Dr Mahathir boleh jadi PM, sesiapa pun boleh, dua kali pula tu,” ujarnya.
“Kita tak letak nama, kita nak tunggu menang dahulu. Saya harap pengundi bagi kemenangan kepada GTA, apabila kami dapat lebih 112 kerusi Parlimen, ketika itu boleh cadang siapa layak jadi PM.
“Bila menang kita boleh cakap, belum menang tak usahlah cakap lagi,” katanya.
Mengulas mengenai pemimpin muda Pejuang yang wajar diketengahkan sebagai Perdana Menteri, beliau berkata, parti itu memiliki ramai calon muda yang berkelayakan.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Nov 12 2022
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sama ada seseorang itu layak diangkat sebagai Perdana Menteri atau sebaliknya, bergantung kepada kemenangan individu tersebut di kerusi yang ditandinginya. - Gambar fail/BERNAMA
Pihak berkuasa Korea Selatan siasat punca kebakaran pesawat Air Busan
Kebakaran berlaku ketika pesawat bersiap untuk berlepas ke Hong Kong, dipercayai berpunca daripada bateri mudah alih dalam ruang penyimpanan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 18 terkorban
18 dilaporkan terkorban dalam satu nahas melibatkan sebuah pesawat di Selatan Sudan. Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat logistik Light Air Services itu dilaporkan sedang membawa jurutera dari telaga minyak Unity ke ibu negara, Juba.
Miki sedia sahut cabaran Jojo untuk beraksi di Sukan SEA Thailand
Miki, 16, bercita-cita untuk beraksi di ONE Championship dan akan menyertai Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025 di Dataran Merdeka pada 22 Feb.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga Jumaat.
48 PPS diaktifkan di Sarawak
Laporan terkini situasi banjir di Sarawak bersama Wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman yang berada di Miri.
Anggota tambahan JBPM digerak ke Bintulu bantu operasi banjir
Anggota tambahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Miri, Labuan dan Kota Kinabalu (Sabah) telah digerakkan bagi membantu dalam kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana banjir di Bintulu.
Wanita dirogol, dituang asid depan dua anak
Mangsa dalam keadaan kritikal di hospital dan suspek masih diburu pihak berkuasa.
Wujudkan kelab e-sukan bermula di sekolah rendah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) menaikkan jumlah dana kepada RM1 juta berbanding RM250,000 sebelum ini bagi Peruntukan e-sukan negara.
[TERKINI] Empat ditahan bantu siasatan kes rempuh, cubaan bunuh
Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sebuah trak pikap dan sebuah kereta sedan yang dilihat merempuh sekumpulan individu di luar sebuah kelab malam di Brickfields, ibu negara.
Selisih faham ketika berhibur punca kejadian Hilux, Vios langgar lari - Polis
Empat lelaki warga tempatan berumur antara 20-an hingga 30-an ditahan di sekitar Banting, Selangor pada Khamis.
PRU15: 'Ramai orang bercita-cita nak jadi PM' - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata, jawatan berkenaan sememangnya menjadi cita-cita ramai pemimpin sama ada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang.