MARAN: Penyelaras Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Parlimen Temerloh, Datuk Mohd Rofaie Hamdan dipecat serta merta daripada parti itu susulan tindakannya menyokong calon Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen Temeroh.
Perkara itu dimaklumkan Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dalam satu kenyataan media lewat malam Jumaat.
Jelas Mukhriz, dakwaan Rofaie terhadap Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan meletakkan calon kerana diugut adalah tidak benar.
“Sama sekali tidak benar dakwaan bahawa Tun Mahathir Mohamad membuat keputusan kerana diugut oleh mana-mana pihak yang menuntut kerusi tertentu.
“Sebaliknya Datuk Rofaie sendiri yang mengugut akan bertindak sesuatu jika tidak dinamakan sebagai calon Pejuang di Temerloh.
“Terbukti beliau bertindak menyokong calon-calon Perikatan Nasional bila beliau tidak dipilih sebagai calon,” kata Mukhriz.
Justeru, kata Mukhriz, kenyataan yang dibuat Rofaie hanya dibuat selepas gagal menjadi calon.
“Pastinya kenyataan beliau bahawa kononnya wakil-wakil PN mempunyai rekod cemerlang berkhidmat di Temerloh hanyalah dibuat setelah beliau gagal menjadi calon.
“Tindakan Datuk Rofaie itu menyebabkan beliau dipecat sebagai ahli Pejuang Tanah Air berkuatkuasa serta merta,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, Mukhriz berkata, pemilihan calon dalam Gerakan Tanah Air (GTA) dibuat secara musyawarah di antara parti komponen.
“Wujudnya gerakan rakyat melalui Gerakan Tanah Air, yang dianggotai empat parti politik, NGO dan orang perseorangan, sudah tentu memerlukan sifat tolak ansur dan kompromi agar setiap anggota berkongsi kekuatan dengan yang lain.
“Semua keputusan termasuk berkenaan agihan kerusi didalam Pilihan Raya Umum ke-15 ini dibuat secara musyawarah," jelasnya lagi.
Terdahulu. Rofaie dalam sidang media pada Jumaat menyatakan akar umbi parti itu memberikan sokongan penuh kepada calon PN di Parlimen itu.
Jelasnya, ia selepas akar umbi Pejuang berasa kecewa susulan keputusan pimpinan memilih calon yang disifatkan sebagai calon ‘payung terjun’.
Fareez Azman
Fri Nov 04 2022
Jelas Mukhriz, dakwaan Rofaie terhadap Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan meletakkan calon kerana diugut adalah tidak benar. - Gambar fail/BERNAMA
Kemasukan UK buka akses ke pasaran utama eksport - PM
Anwar menegaskan langkah utama termasuk menyepadukan grid tenaga Thailand dan Laos dalam rangkaian ASEAN yang lebih luas serta mengeksport tenaga hidroelektrik Sarawak ke Singapura.
Polis siasat dua kes penipuan bernilai lebih RM2.3 juta
Polis sedang menyiasat dua kes penipuan membabitkan pembekalan produk kecantikan dan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
SEZ Johor-Singapura, eratkan integrasi dalam ASEAN
Anwar menegaskan langkah utama termasuk menyepadukan grid tenaga Thailand dan Laos dalam rangkaian ASEAN yang lebih luas serta mengeksport tenaga hidroelektrik Sarawak ke Singapura.
Syria benarkan PBB bentuk zon penampan dengan Israel
Syria bersedia untuk untuk menerima kemasukan pasukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi membentuk zon penampan dengan Israel.
Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia juga akan melakukan apa sahaja dalam mencapai hal tersebut termasuk melakukan libat urus secara langsung dengan wakil Amerika Syarikat (AS), selain memanfaatkan hubungan baik dengan Mesir dan Hamas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Januari 2025.
MyCC tumpaskan lima kes kartel libatkan penalti RM415.5 juta tahun lepas - Armizan
Sebanyak RM1.5 juta penalti kewangan turut dikenakan terhadap 15 syarikat kerana terlibat dalam kartel tipuan bida.
PM Anwar kunjungi Battersea Power Station, projek pembangunan semula terbesar di Eropah
Kunjungan tersebut antaranya untuk melihat projek pembangunan semula seluas 42 ekar yang berpusat di sekitar Battersea Power Station.
Penganiyaan haiwan: Jabatan Veterinar didakwa tidak siasat aduan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar didakwa tidak menyiasat atau mengambil sebarang tindakan yang dilaporkan oleh aktivis kebajikan haiwan.
PRU15: Sokong calon PN, Penyelaras Pejuang Temerloh dipecat serta-merta - Mukhriz
Penyelaras Pejuang Parlimen Temerloh, Datuk Mohd Rofaie Hamdan dipecat serta-merta daripada parti itu susulan tindakannya menyokong calon Perikatan Nasional.