PADANG SERAI : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Umum P017 Parlimen Padang Serai pada 7 Disember depan, susulan kematian calon PKR, Karupaiya Mutusami tiga hari sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dengan ini, Pengerusi SPR,Tan Sri Abdul Ghani Salleh memberitahu, tiada pengundian dijalankan di Parlimen Padang Serai pada esok.
Menurutnya, penamaan calon pula ditetapkan pada 24 November ini manakala tarikh mengundi awal pada 3 Disember.
"Tempoh berkempen ditetapkan selama 13 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 24 November sehingga pukul 11.59 malam, 6 Disember ini (Selasa)," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Abdul Ghani turut memaklumkan, permohonan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara akan dibuka secara dalam talian dari 18 November hingga 22 November ini.
Katanya, ketetapan itu dibuat pada Mesyuarat Khas pada Jumaat yang memutuskan bahawa satu PRU Ke-15 Pilihan Raya Parlimen P.017 Padang Serai perlu diadakan semula.
Beliau memberitahu, pada hari penamaan calon, calon-calon yang layak yang sah dinamakan sebelum ini perlu hadir ke pusat penamaan calon bagi tujuan cabutan undi untuk menentukan giliran pada kertas undi.
"Sementara itu, bakal calon baharu yang ingin bertanding dalam Pilihan Raya Parlimen P.017 Padang Serai, hendaklah menyerahkan kertas penamaan calon yang lengkap diisi dan disemak oleh pejabat pegawai pengurus oleh calon atau penyokong atau pencadangnya semasa proses penamaan di pusat penamaan calon yang ditetapkan SPR," katanya.
Menurutnya, SPR akan meneruskan penyiaran secara langsung proses-proses pilihan raya menerusi live streaming bagi pusat atau saluran mengundi yang terpilih di laman Facebook SPR sebagaimana yang
dilaksanakan pada pilihan raya sebelum ini.
Beliau memberitahu, seramai 2,468 orang petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses pengundian dengan 46 buah pusat mengundi biasa yang mengandungi 230 tempat mengundi serta saluran dan satu satu pusat mengundi awal bagi pengundian yang mengandungi dua tempat mengundi atau saluran awal akan digunakan.
"Jadi keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 47 buah dengan 232 tempat mengundi atau saluran," jelasnya.
Tambah Abdul Ghani lagi, perjalanan pilihan raya ini dianggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM 1.6 juta.
Beliau memberitahu, daftar pemilih pilihan raya yang akan digunakan untuk PRU Ke-15 Pilihan Raya Parlimen P.017 Padang Serai adalah daftar pemilih terkini sehingga daftar pemilih tambahan
Ogos lalu yang dikemaskini sehingga 9 Oktober lalu.
"Parlimen Padang Serai mempunyai 133,867 pemilih termasuk 133,776 daripadanya adalah pengundi biasa, 76 orang polis dan 15 orang pengundi tidak hadir luar negara.
Pengundi boleh membuat semakan maklumat pengundian termasuk mengenai pusat, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka melalui portal semakan di pautan https://mysprsemak.spr.gov.my atau hubungi Hotline SPR di talian 03-88927018 / 03-88880040 atau melalui aplikasi MySPR Semak mulai 23 November depan.
Karupayia yang juga penyandang kerusi Parlimen Padang Serai meninggal dunia Rabu lalu akibat komplikasi jantung di Hospital Kulim di sini.
Pada PRU15 ini, mendiang sepatutnya menyaksikan persaingan enam penjuru dengan calon dari Barisan Nasional, Datuk Sivaraj Chandran; Hamzah Abd Rahman (Pejuang); Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional); Mohd Bakhri Hashim (Warisan); dan Amanda AK dari bebas
Umavathi Ramayah
Fri Nov 18 2022

SPR menetapkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi P017 Parlimen Padang Serai pada 7 Disember depan. - Gambar hiasan/Bernama

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Rakyat Malaysia di luar negara perlu punyai hak yang sama untuk mengundi - PM Anwar
SPR perlu memberi peluang kepada setiap rakyat Malaysia untuk mengundi, kata Perdana Menteri.

Daftar Pemilih Tambahan November 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan November Tahun 2024 (DPT BLN11/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 18 Jan 2025.

Daftar Pemilih Tambahan Oktober 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Oktober Tahun 2024 (DPT BLN10/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 20 Dis.

Pengerusi SPR, Timbalan Speaker sertai pemerhati antarabangsa pada pilihan raya Uzbekistan
Lebih 500 pemerhati antarabangsa dan 150 wakil media dari 50 negara akan menyertai sebagai pemerhati semasa pilihan raya Uzbekistan pada Ahad ini.

Pemimpin UMNO perlu berhenti serang PKR, hormati aspirasi Kerajaan Perpaduan - AMK
Pemimpin AMK menganggap tindakan segelintir pemimpin UMNO itu seolah-olah mahu menghancurkan kemurnian Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PRK Mahkota: 38.53 peratus mengundi setakat 2 petang - SPR
Sebanyak 38.53 peratus daripada 61,274 pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota selesai mengundi setakat 2 petang ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

PRK Mahkota: 29.08 peratus mengundi setakat 12 tengah hari - SPR
Proses pengundian di 20 pusat mengundi dengan 109 saluran akan berlangsung sehingga 6 petang ini, selepas dibuka pada 8 pagi tadi.

PRK Mahkota: Calon BN selesai mengundi, seru semua pengundi keluar tunai tanggungjawab
Syed Hussien tiba di pusat mengundi SMK Seri Perdana di Kluang pada 8.54 pagi dan selesai mengundi kira-kira 15 minit kemudian.

PRK Mahkota: 8.89 peratus sudah mengundi setakat 9 pagi
Semua 20 pusat mengundi melibatkan 109 saluran dibuka serentak jam 8 pagi, membolehkan 61,274 pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab.

PRK Mahkota: 20 pusat mengundi dibuka 8 pagi ini
Proses pengundian akan berlangsung sehingga 6 petang, sebelum proses penjumlahan undi dilakukan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di Kluang.