KUCHING: Tiada jaminan kukuh untuk Datuk Willie Mongin dipilih sebagai calon pada PRU ke-15 walaupun diterima masuk menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Prof. Dr. Arnold Puyok berpendapat pelbagai aspek perlu diambil kira termasuk implikasi sekiranya pimpinan PBB menamakan Willie sebagai calon.
Jelasnya, parti tersebut sudah memiliki jentera yang kuat di kawasan tersebut malah telah bergerak secara aktif sejak sekian lama.
"Kita perlu lihat beliau selama ini bersama dengan parti pembangkang dan baru sekarang ini beliau ingin menyertai PBB.
"Jangan lupa di tempat beliau terdapat juga ramai tokoh ramai orang yang sudah bersusah payah berhempas pulas untuk menguatkan jentera parti PBB.
"Tidak adil kalau beliau dipilih sebagai calon kerana mungkin sudah ramai calon (ahli PBB) yang sudah bersedia yang sudah bergerak dibawah yang sudah berusaha untuk menguatkan jentera dan sebagainya", ujar Arnold semasa ditemui Astro Awani di pejabatnya di Unimas pada Selasa.
Mengulas lanjut Arnold berkata, PBB tidak akan berdepan risiko kerugian sama ada menerima permohonan Willie mahupun sebaliknya.
Sebelum ini Willie yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Dan Perladangan Komoditi memaklumkan telah mengemukakan permohonan untuk menyertai PBB.
Bagaimanapun, Presiden PBB Tan Sri Abang Johari Tun Openg masih enggan mengulas mengenai hasrat Willie itu.
BACA: Abang Jo enggan jawab mengenai permohonan Willie Mongin sertai PBB
Puncak Borneo sebelum ini merupakan kubu kuat PBB di bawah bekas penyandangnya, mendiang Datuk Seri Dr James Dawos Mamit sebelum kerusi itu dimenangi Willie yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Genot Sidet semasa PRU KE-14 pada 2018.
Willie bagaimanapun meninggalkan PKR pada awal 2020 menerusi Langkah Sheraton sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan dilantik sebagai anggota kabinet di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Astro Awani
Tue Jul 05 2022
Willie Mongin berhasrat mempertahankan kerusi Parlimen Puncak Borneo atas tiket PBB dalam PRU15 namun status permohonannya sehingga kini belum diketahui. - Foto Bernama
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.
AWANI Ringkas: 2.6 juta kenderaan guna lebuh raya setiap hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Manyin 'sentap' Willie mohon masuk PBB
Manyin terasa hati kerana Willie pernah memburuk-burukkan PBB dalam kempen nya ketika Manyin memegang jawatan pengarah operasi pilihan raya Barisan Nasional
PRU15: Tidak adil jika Willie Mongin pertahan Puncak Borneo atas tiket PBB - Penganalisis
Menurut Arnold tidak adil jika Willie dipilih sebagai calon kerana ramai ahli parti yang setia dan sudah lama bergerak untuk menguatkan jentera PBB di Puncak Borneo