PONTIAN: UMNO sebenarnya telah bersedia untuk bergerak tanpa Pas pada pilihan raya akan datang, dengan melihat kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN (Melaka) dan PRN Johor sebelum ini, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ahmad Maslan.
"Saya bukan hendak mendabik dada, tapi saya tidak mahu jentera kita ada rasa macam lemah semangat apabila tiada lagi Muafakat Nasional (MN) bersama Pas pada pilihan raya nanti. Kita kena sentiasa merujuk dengan apa yang berlaku, kita menang 21 daripada 28 kerusi pada PRN Melaka dan menang 40 daripada 56 kerusi pada PRN Johor tanpa apa kita panggil sebagai gabungan MN," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Pontian di Bangunan UMNO Pontian di sini hari ini, katanya beliau berharap penyokong BN dapat menjadikan PRN Melaka dan Johor sebagai penanda aras kemenangan dua pertiga yang boleh diulangi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini tanpa Pas di sisi.
Justeru Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pontian itu menasihati jentera BN dan UMNO supaya tidak berdukacita dan meneruskan segala gerak kerja yang telah dilakukan selama ini.
"Jadi untuk jentera, walaupun tiada MN dalam bentuk bersama Pas, selalulah ingat bahawa kita boleh melakukan sebagaimana yang kita lakukan pada PRN Melaka dan PRN Johor," katanya.
Merujuk kepada penyertaan beliau pada PRU15 ini, Ahmad yang merupakan Ahli Parlimen Pontian selama tiga penggal berkata beliau berharap agar dapat kekal diletakkan bertanding di kerusi Parlimen Pontian nanti, namun beliau tetap menyerahkan soal pencalonan sepenuhnya kepada keputusan pucuk pimpinan parti.
"Saya harap dapat bertanding di Parlimen Pontian kerana saya orang tempatan dan telah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen dengan sepenuh jiwa. Jika tidak diberikan peluang (bertanding), saya tetap akan menyokong dengan penuh gigih sebagai ahli parti dan pimpinan utama di peringkat pusat. Sebagaimana saya sebut, jadi ahli politik ini penuh dengan risiko," kata
Sementara itu Pengarah Pilihan Raya Umum BN Johor Datuk Hasni Mohammad pula ketika ditemui di majlis sama berkata pemimpin UMNO sering kali mengambil sikap "forgive and forget", walaupun beliau melihat macam-macam yang dikatakan Pas mengenai UMNO.
"Saya juga menggunakan pendekatan yang sama, lebih kepada soal penyatuan ummah, bukan Pas sahaja yang gunakan. Orang lain juga berhasrat untuk memastikan penyatuan orang Melayu, juga penting dalam kestabilan dan kemakmuran negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 15 2022

Ahmad Maslan menasihati jentera BN dan UMNO supaya tidak berdukacita dan meneruskan segala gerak kerja yang telah dilakukan selama ini. - Gambar fail/BERNAMA
Polis Johor rampas beras seludup bernilai hampir RM20,000
Dalam operasi di Kawasan Perindustrian Kota Puteri, Masai, Polis Johor berjaya merampas beras seludup dari India bernilai kira-kira RM19,975. Operasi ini melibatkan Cawangan Khas IPK Johor dan pegawai Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Johor.
Sebanyak 81 unit beras super import disita, dan seorang lelaki warga India berusia 48 tahun telah diperiksa.
Kes disiasat di bawah Peraturan 10(1)(a) P.U (A) 624/96 Kawalan Padi dan Beras.
Sebanyak 81 unit beras super import disita, dan seorang lelaki warga India berusia 48 tahun telah diperiksa.
Kes disiasat di bawah Peraturan 10(1)(a) P.U (A) 624/96 Kawalan Padi dan Beras.

Api kuali musnahkan khemah peniaga bazar Ramadan
Individu tersebut sedang merakam video di gerai jualan itu, tiba-tiba berlaku percikan api dari kuali memasak menyebabkan dia terkejut.
Protes pemotongan pencen di Argentina: Kumpulan pesara bertempur dengan pasukan keselamatan
Pasukan keselamatan Argentina dan gabungan kumpulan pesara bertempur pada Rabu di hadapan Kongres semasa protes kumpulan berkenaan terhadap pemotongan pencen yang diumumkan presiden Javier Milei.
Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan AS
Tarif timbal balas sebanyak 25% ke atas import tambahan bernilai US$29.8 bilion dari Amerika Syarikat, termasuk komputer, peralatan sukan, dan produk besi tuang diumum akan dikenakan kerajaan Kanada.
Langkah ini adalah tindak balas terhadap tarif AS dan akan berkuat kuasa mulai 13 Mac 2025.
Langkah ini adalah tindak balas terhadap tarif AS dan akan berkuat kuasa mulai 13 Mac 2025.
Pasukan Khas Tentera Pakistan tumpaskan 33 militan, akhiri krisis tebusan kereta api
Pasukan Khas Tentera Pakistan berjaya menumpaskan 33 militan pemisah Baloch dan menamatkan krisis tebusan kereta api yang berlangsung selama sehari. Insiden ini bermula apabila militan meletupkan landasan kereta api dan menyerang Jaffar Express yang membawa 440 penumpang. Serangan ini mengakibatkan 21 tebusan dan empat anggota keselamatan terkorban. Ketua Menteri Balochistan, Sarfraz Bugti, memuji keberanian pasukan keselamatan yang berjaya menyelamatkan 68 tebusan.
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tiba di The Hague
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague menyaksikan kehadiran Rodrigo Duterte untuk perbicaraan atas dakwaan jenayah kemanusiaan berkaitan "perang dadah" yang dilancarkannya.
Anak perempuannya, Sara Duterte, turut serta dalam usaha guaman untuk membela bapanya.
Anak perempuannya, Sara Duterte, turut serta dalam usaha guaman untuk membela bapanya.
PM mahu program Kampung Angkat MADANI diperluas
Perdana Menteri berkata, beliau gembira dengan kemajuan Program Kampung Angkat MADANI, yang dimulakan di peringkat kementerian-kementerian, sehingga mencecah angka 44 buah kampung pada tahun 2024, dan akan diperluaskan kepada 200 buah dengan bantuan korporat dan GLC.
Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Seorang lelaki warga emas terima padah apabila ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) selepas bergurau bahawa bagasi rakannya mengandungi bom.
Kedua-dua mereka kini direman untuk siasatan lanjut.
Kedua-dua mereka kini direman untuk siasatan lanjut.

Manchester United rancang bina stadium baharu berkapasiti 100,000 tempat duduk
Firma seni bina yang berpangkalan di London, Fosters Partners dipilih untuk mengetuai projek tersebut.
[TERKINI] Rasuah: Ismail Sabri dijangka beri keterangan 10 pagi ini
Ahli Parlimen Bera itu dijangka hadir ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya untuk memberi keterangan pada 10 pagi susulan siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

PRU15: UMNO tanpa Pas sudah bersedia, PRN Melaka, Johor jadi penanda aras - Ahmad Maslan
Ahmad Maslan menasihati jentera BN dan UMNO supaya tidak berdukacita dan meneruskan segala gerak kerja yang telah dilakukan selama ini.