KUALA LUMPUR: Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Bumi Kenyalang (PBK) akan menandatangani memorandum persefahamanan (MoU) bagi memberikan tumpuan kepada pembahagian kerusi di antara kedua-dua parti itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Menerusi satu kenyataan bersama pada Ahad, MoU tersebut bertujuan mengelakkan pertembungan berlaku di antara kedua-dua parti itu dalam pembahagian kerusi Parlimen pada PRU15.
‘’Pertemuan hari ini adalah bagi membincangkan tentang pembahagian kerusi kedua-dua parti yang akan bertanding pada PRU15 kelak.
‘’Kedua-dua parti akan menandatangani MOU bagi mengelakkan pertembungan kerusi yang akan ditandingi seterusnya memastikan representasi parti tempatan di Parlimen Malaysia lebih menyeluruh,’’ kata kenyataan itu.
Terdahulu, pertemuan di antara kedua-dua parti diwakili Presiden PSB, Datuk Seri Wong Soon Koh, Setiausaha Jawatankuasa Pilihanraya PSB Sibu, Wong Hie Ping, Setiausaha Agung PBK, Priscilla Lau dan Datuk Lawrence Lai yang merupakan Ketua Jawatankuasa Pilihanraya PSB Miri.
Tambah kenyataan itu, parti tempatan seperti PSB dan PBK mesti bertindak mewakili suara rakyat Sarawak di Parlimen seterusnya melaporkan kembali kepada rakyat negeri itu mengenai sebarang keputusan yang dicapai melibatkan negeri itu.
Ini kerana parti tempatan akan sentiasa memperjuangkan hak dan kedaulatan negeri Sarawak sebelum sebarang keputusan dicapai tanpa berbelah bahagi.
‘’Keterbukaan kedua-dua parti akan memastikan rakyat negeri Sarawak dapat menikmati sebarang faedah tanpa diskriminasi,’’ tambahnya.
Astro Awani
Sun May 08 2022

PSB dan PBK mesti bertindak mewakili suara rakyat Sarawak di Parlimen seterusnya melaporkan kembali kepada rakyat negeri itu mengenai sebarang keputusan yang dicapai melibatkan negeri itu.- Foto PBK media group
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

PSB dijangka dibubar sebelum Tahun Baharu Cina 2024 - Timbalan Presiden
Rayong berkata, mereka akan merujuk kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) terlebih dahulu bagi mengetahui prosedur pembubarannya.

MoU PDP-PSB tiada kaitan dengan GPS - Abang Johari
Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama antara Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) semalam tidak secara rasmi melibatkan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

PRU15: PSB sasar bertanding tidak lebih 10 kerusi
Parti Sarawak Bersatu (PSB) menyasarkan tidak lebih 10 kerusi parlimen yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

See Chee How keluar PSB, pembangkang DUN Sarawak kini tinggal lima orang
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How sah meninggalkan Parti Sarawak Bersatu (PSB) berkuat kuasa Jumaat lalu menjadikan beliau satu-satunya ADUN bebas di Sarawak.

Pembangkang Sarawak masih goyah berbanding GPS - Penganalisis Politik
Blok pembangkang di Sarawak dilihat masih goyah walaupun terdapat kerjasama antara Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Bumi Kenyalang (PBK).

PSB, PBK akan meterai MoU, fokus pembahagian kerusi menjelang PRU15
PSB dan PBK akan menandatangani memorandum persefahamanan (MOU) bagi memfokuskan pembahagian kerusi di antara kedua-dua parti itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRN Sarawak: Kesepakatan dengan PSB gagal, DAP umum dua lagi calon
Chong Chieng Jen sehingga ke saat ini, tiada kata putus daripada PSB untuk bekerjasama dalam agihan kerusi pada PRN12 Sarawak.

PRN Sarawak: 'Tiada parti politik mahu menjadi pembangkang selamanya' - Chieng Jen
Chong Chieng Jen berkata, tiada parti pembangkang mahu menjadi pembangkang selamanya, tetapi semua pihak perlu berpijak di bumi yang nyata.

PRN Sarawak: Bekas pemimpin dan anggota PSB bertanding atas tiket bebas
Dua bekas pemimpin dan seorang anggota Parti Sarawak Bersatu (PSB) hari ini memaklumkan, mereka akan bertanding atas tiket bebas pada pilihan raya negeri Sarawak ke-12 (PRN-12) pada 18 Dis depan.

PRN Sarawak: Perbincangan kerjasama PH-PSB tergendala - PKR Sarawak
Permintaan agihan kerusi yang bertindih jadi punca rundingan PH dan PSB di Sarawak tergendala buat masa ini.