GEORGE TOWN: Teka-teki Timbalan Ketua Menteri (TKM) Pulau Pinang I dan II akhirnya terjawab apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dan ADUN Datok Keramat, Jagdeep Singh Deo dilantik memegang jawatan itu hari ini.
Kedua-duanya mengangkat sumpah jawatan berkenaan di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan turut disaksikan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.
Turut hadir isteri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Toh Puan Khadijah Mohd Nor dan isteri Kon Yeow, Tan Lean Kee.
Pelantikan Mohammad, 49, sekali gus menamatkan spekulasi sebelum ini, bahawa ADUN Bertam yang juga bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican akan dilantik memegang jawatan berkenaan.
Selain Mohamad dan Jagdeep, turut mengangkat sumpah ialah tujuh muka baharu yang akan menggalas tanggungjawab dalam tempoh lima tahun.
Mohamad yang juga Rektor Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang juga memikul tanggungjawab mengetuai Jawatankuasa Pembangunan Agama Islam, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masyarakat.
Sementara Jagdeep pula selain dilantik sebagai TKM II juga turut mengetajui jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi.
Berikut adalah senarai Exco baharu yang dilantik:
1) Chow Kon Yeow ( ADUN Padang Kota)
* Ketua Menteri
* Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi
2) Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid ( ADUN Batu Maung)
* Timbalan Ketua Menteri I
* Pembangunan Agama Islam, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masyarakat
3) Jagdeep Singh Deo ( ADUN Datok Keramat)
* Timbalan Ketua Menteri II
* Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi
4) Rashidi Zinol ( ADUN Sungai Acheh)
* Perdagangan dan Pembangunan Keusahawanan & Luar Bandar
5) Zairil Khir Johari(ADUN Tanjong Bunga)
* Infrastruktur, Pengangkutan dan Pembangunan Digital
6) Wong Hon Wai (ADUN Paya Terubong)
* Pelancongan dan Ekonomi Kreatif
7) Lim Siew Khim (ADUN Sungai Pinang)
* Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam
8) H’ng Mooi Lye (ADUN Jawi)
* Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa
9) Gooi Zi Sen (ADUN Padang Lalang)
* Belia, Sukan dan Kesihatan
10) Datuk Seri S. Sundarajoo (ADUN Perai)
* Perumahan dan Alam Sekitar
11) Fahmi Zainol(ADUN Pantai Jerejak)
* Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi
Kesemua Barisan Exco Pulau Pinang bagi penggal baru ini terdiri daripada lapan ADUN dari DAP, dua (PKR) dan satu (BN).
Majlis istiadat angkat sumpah dilakukan di Dewan Sri Pinang, George Town kira - kira jam 10.20 pagi Rabu.
DUN Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 13 kerusi Parlimen.
Gabungan PH-BN berjaya membentuk kerajaan negeri dengan memenangi 29 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Negeri ( PRN) pada 12 Ogos lepas.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Aug 16 2023
![Pulau Pinang: Mohammad Abdul Hamid dilantik TKM I, Jagdeep Singh Deo TKM II Pulau Pinang: Mohammad Abdul Hamid dilantik TKM I, Jagdeep Singh Deo TKM II](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692155646_TKM.jpg)
ADUN Batu Maung, Mohamad Abdul Hamid (kiri) dan ADUN Datok Keramat, Jagdeep Singh Deo masing-masing dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan II Pulau Pinang.
Laksana tanggungjawab pastikan isu rakyat ditangani segera
Semua penjawat awam diminta melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan isu-isu berkaitan rakyat ditangani dengan baik dan segera.
Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
Proses pembersihan SK Selangau yang terjejas teruk akibat banjir giat dijalankan bagi mempersiapkannya menghadapi musim persekolahan yang akan bermula minggu hadapan.
![Tindakan Israel di Palestin adalah projek kolonisasi - Anwar Tindakan Israel di Palestin adalah projek kolonisasi - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739271972_AnwarIbrahim.jpg)
Tindakan Israel di Palestin adalah "projek kolonisasi" - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian tegas Malaysia mengenai isu Palestin, mengutuk tindakan Israel sebagai satu "projek kolonisasi".
Penduduk Segama giat bersihkan rumah dan buang barang rosak
Kru AWANI Borneo berkesempatan meninjau para penduduk yang giat membersihkan rumah masing-masing agar kembali selesa untuk didiami.
Pelancongan: Indonesia catat pertumbuhan ketara pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
![Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739270807_TBgari.jpg)
Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam
Seorang remaja Singapura berusia 18 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati ingin melakukan serangan terhadap masyarakat Melayu/Islam di Singapura.
![Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739269028_Handcuffedwomen.jpg)
Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan
Polis menahan tujuh individu termasuk seorang pegawai wanita sebuah institusi kewangan semalam kerana disyaki menipu untuk mendapatkan pembiayaan peribadi berjumlah RM1.325 juta.
![Presiden Senat Kemboja berkata plot serangan dron ke atas rumah agamnya digagalkan Presiden Senat Kemboja berkata plot serangan dron ke atas rumah agamnya digagalkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-11/81510921285_HunSen.jpg)
Presiden Senat Kemboja berkata plot serangan dron ke atas rumah agamnya digagalkan
Hun Sen, yang juga presiden Parti Rakyat Kemboja yang memerintah, berkata seorang daripada perancang ditangkap di wilayah selatan Takeo.
Projek SOGIP RM8.88 bilion pemangkin Sabah jadi hab tenaga Asia Tenggara
Sabah dijangka muncul sebagai hab tenaga utama di Asia Tenggara susulan pelancaran projek hab tenaga minyak dan gas (OG) bernilai RM8.88 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).
![Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739268563_PaperStraw.jpg)
Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump "mengisytiharkan perang" terhadap straw kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
!['Ayah sangat pentingkan pendidikan' - Anak sulung Allahyarham Tan Sri Ibrahim Saad 'Ayah sangat pentingkan pendidikan' - Anak sulung Allahyarham Tan Sri Ibrahim Saad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731733042_TanSriIbrahimSaad.jpg)
'Ayah sangat pentingkan pendidikan' - Anak sulung Allahyarham Tan Sri Ibrahim Saad
Zaiful, 53, berkata bapanya yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang disifatkan seorang yang sangat mementingkan pendidikan.
![Pulau Pinang: Mohammad Abdul Hamid dilantik TKM I, Jagdeep Singh Deo TKM II Pulau Pinang: Mohammad Abdul Hamid dilantik TKM I, Jagdeep Singh Deo TKM II](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692155646_TKM.jpg)
Pulau Pinang: Mohammad Abdul Hamid dilantik TKM I, Jagdeep Singh Deo TKM II
Pelantikan Mohammad tamatkan spekulasi sebelum ini bahawa ADUN Bertam, Reezal Merican akan dilantik ke jawatan itu.
![Siapa bakal TKM, barisan Exco Pulau Pinang diketahui Rabu ini Siapa bakal TKM, barisan Exco Pulau Pinang diketahui Rabu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692007951_ChowKonYeow.jpg)
Siapa bakal TKM, barisan Exco Pulau Pinang diketahui Rabu ini
Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang memaklumkan majlis mengangkat sumpah dijangka diadakan pada Rabu ini di Dewan Sri Pinang, George Town.
![Pulau Pinang benarkan ibadah korban dengan SOP ketat Pulau Pinang benarkan ibadah korban dengan SOP ketat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51614611966_AhmadZakiyuddinAbd.jpg)
Pulau Pinang benarkan ibadah korban dengan SOP ketat
Pulau Pinang membenarkan ibadah korban sempena Aidiladha dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan hanya boleh dilakukan di masjid, surau dan di pusat sembelihan.
![Biar orang ramai nilai pendirian kritikal kami - MPN Biar orang ramai nilai pendirian kritikal kami - MPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/41570700951_TBZAINALKLING.jpg)
Biar orang ramai nilai pendirian kritikal kami - MPN
Majlis Profesor Negara (MPN) berkata ia akan terus memperjuangkan dan memberi maklum balas yang relevan
![Selain LTTE, wujudkan juga kertas putih mengenai Zakir Naik, kata P Ramasamy kepada Pas Selain LTTE, wujudkan juga kertas putih mengenai Zakir Naik, kata P Ramasamy kepada Pas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/81570946845_LTTE.jpg)
Selain LTTE, wujudkan juga kertas putih mengenai Zakir Naik, kata P Ramasamy kepada Pas
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II Prof Dr P Ramasamy berkata beliau tiada masalah sekiranya kerajaan mahu mewujudkan Kertas Putih mengenai Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Malaysia.
![Bekas TKM Pulau Pinang, Abdul Rashid Abdullah meninggal dunia Bekas TKM Pulau Pinang, Abdul Rashid Abdullah meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/71537435402_ABDULRASHID.jpg)
Bekas TKM Pulau Pinang, Abdul Rashid Abdullah meninggal dunia
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru, tengah hari tadi.