Sebanyak 1,754 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN-11) dibuka pada 8 pagi ini.
Ia turut membabitkan 2,789 saluran mengundi.
Lebih 1.13 juta rakyat Sarawak layak mengundi dalam pilihan raya kali ini.
Pusat-pusat pengundian akan ditutup sepenuhnya pada 5 petang. Bagaimanapun beberapa pusat akan ditutup lebih awal bermula 9 pagi susulan lokasi dan jumlah pengundi.
Sementara itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sehingga jam 10 pagi tadi sejumlah 20 peratus pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka.
LAPOR LANGSUNG: Proses pengundian PRN Sarawak ke-11
PRN Sarawak diadakan susulan pembubaran DUN Sarawak pada 11 April lepas,.
Ia menyaksikan pertambahan 11 kerusi Dun baharu berikutan persempadanan semula kawasan, menjadikan jumlah kerusi bertambah kepada 82 daripada 71, sebelum ini.
Pada hari penamaan calon 25 April lalu, dua calon Barisan Nasional memperolehi kemenangan awal di dua kerusi DUN - Bukit Kota dan Bukit Sari.
Sejumlah 1,138,650 berdaftar sebagai pemilih dalam PRN Sarawak kali ini.
Pada 3 Mei lepas, 72 peratus daripada 24,604 pengundi awal terdiri daripada anggota pasukan keselamatan telah menunaikan tanggungjawab dalam pengundiaan awal.
Pada PRN 2011, BN memenangi 55 daripada 71 kerusi DUN, manakala DAP menguasai 12 kerusi, PKR (3) dan Bebas (1).
Astro Awani
Sat May 07 2016

Antara barisan awal pengundi yang tiba awal untuk laksanakan tanggungjawab pada PRN Sarawak kali ini. - Foto Bernama
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

PRN: 100 peratus anggota IPD Pasir Puteh keluar mengundi
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria menjadi pegawai pertama yang membuang undi seawal jam 8.05 pagi.

Pelajar IPT dapat pelepasan lima hari untuk pulang mengundi
Surat telah diedarkan kepada semua IPT awam dan swasta termasuk Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti untuk tindakan lanjut.

PRN Johor: KPM minta tidak jadikan sekolah menengah pusat mengundi - Radzi
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi saranan agar tidak menggunakan sekolah menengah sebagai pusat membuang undi semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

KOLUMNIS AWANI: Langkah tepat iktiraf suara anak muda
Langkah ini tepat dalam mengiktiraf suara anak muda dan selari dengan tuntutan semasa.

Iqram Dinzly teruja dalam dilema
Selebriti yang pernah mencetus kontroversi dalam talian itu membuang undi di Sekolah Agama Osmaniah, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi.

#Jomkitamengundi: Cara-cara mengundi
Esok lebih 14 juta rakyat Malaysia yang layak akan keluar mengundi menunaikan tanggungjawab memilih bakal pemimpin sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pulau Pinang akan pertimbang tarikh 9 Mei sebagai cuti umum
Lim Guan Eng sedang berbincang dengan pelbagai agensi berkaitan di negeri itu dan berharap kerajaan pusat juga dapat mengambil langkah sama.

Majikan dinasihat benar pekerja mengundi - Riot
Majikan diminta membenarkan para pekerja menunaikan hak sebagai warganegara untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini yang jatuh pada Rabu.

Pusat pengundian PRN Sarawak ke-11 dibuka jam 8 pagi
Pusat pengundian dibuka pada 8 pagi dan ditutup sepenuhnya pada 5 petang.