PUTRAJAYA: Menteri Kanan Pendidikan Datuk Mohd Radzi Md Jidin hari ini menafikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sebuah sekolah di Tanah Merah pada 2 Julai lepas, telah dibiayai kementeriannya.
Dalam catatan terbaharu di Facebooknya, beliau berkata, majlis tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Ahli Parlimen Tanah Merah Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.
Radzi berkata demikian sebagai respons kepada dakwaan kononnya majlis yang turut menyediakan cabutan bertuah dengan hadiah utama berupa sebuah kereta, adalah sebahagian kempen Perikatan Nasional (PN) untuk pilihan raya umum akan datang.
“Untuk makluman semua, semakan kementerian mendapati tiada sesen pun peruntukan Kementerian Pendidikan Malaysia sama ada di peringkat JPN, PPD atau sekolah digunakan untuk membiayai Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Secara Berkelompok Sekolah-sekolah di Tanah Merah.
“Sebaliknya, sumbangan dan perbelanjaan bagi program ini dibiayai oleh Ahli Parlimen Tanah Merah,” tegasnya lagi.
Dalam catatan di Facebooknya, Radzi turut melampirkan paparan kenyataan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Isham Jalil, yang cuba mengaitkan majlis tersebut sebagai kempen politik.
“Nampaknya sekolah-sekolah kebangsaan Malaysia sudah kaya-raya. Setiap kali diadakan mesyuarat PIBG, sekolah akan hidangkan 100 ekor kambing golek serta membuat cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah Perodua Axia. Lima buah motorsikal, 10 ekor lembu, 10 TV, 20 telefon bimbit dan 200 hamper.
“Jangan hanya dibuat di Tanah Merah. Buatlah juga di semua sekolah kebangsaan dalam negara. Ini baru adil. Betul tak, Dr Radzi Jidin?” tulis Najib dalam Facebooknya.
Turut membangkitkan persoalan yang sama ialah Isham Jalil, yang mempersoalkan tindakan mengadakan majlis mesyuarat PIBG serentak dengan pelancaran PN Kelantan.
“Saya ingin tanya Menteri Pendidikan, adakah surat yang tular untuk jemput mesyuarat PIBG di sebuah sekolah di Kelantan menawarkan hadiah kereta, motosikal, TV, lembu, dan hidangan 100 ekor kambing golek itu betul?
“Dan majlis ini diadakan bersamaan dengan pelancaran kempen politik PN?? Adakah kamu guna duit dan kemudahan kerajaan juga untuk majlis politik parti kamu tersebut?” tulis Isham dalam Facebooknya.
Susulan kenyataan terbaharu Radzi, Najib sekali lagi memuat naik persoalan di Facebooknya, tentang tindakan Ikmal Hisham.
“Maksudnya PPBM/PN serta timbalan menteri kamu yang sponsor dan salah gunakan nama sekolah kebangsaan untuk menipu ibu bapa hadir ke mesyuarat PIBG/pelancaran PN Kelantan dengan hidingan 100 kambing golek, hadiah sebuah Perodua, 5 buah motorsikal, 10 TV, 20 telefon bimbit dan 200 hamper? Betul ke tidak?” soalnya lagi.
Firdaus Azil
Wed Jul 06 2022

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Mohd Radzi Md Jidin hari ini menafikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sebuah sekolah di Tanah Merah pada 2 Julai lepas, telah dibiayai kementeriannya. - Gambar fail/BERNAMA
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16
Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Radzi Jidin telah memuktamadkan jawatankuasa BPN bagi penggal 2024-2027.

YB Putrajaya yang mansuh UPSR dan PT3, bukan saya - Fadhlina
Pihak yang mempertikai pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) perlu merujuk kepada bekas Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin.

PRK Nenggiri: Bersatu akui sukar pilih calon bertanding
Mohd Radzi berkata, setiap keputusan dilakukan dengan penuh cemerlang kerana Bersatu tidak mahu sejarah berulang kembali.

Urus niaga mencurigakan, tiada keperluan mendesak jual pegangan MAHB - Radzi Jidin
Beliau mempersoalkan tindakan kerajaan yang dilihat terlalu gelojoh untuk mengeluarkan MAHB daripada Bursa Malaysia.

'Saya tiada kuasa arah turunkan kandungan media sosial' - Fahmi
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tiada kuasa untuk mengarahkan penyedia platform media sosial termasuk TikTok menurunkan mana-mana kandungan.

Suhaili terima keputusan Bersatu gantikan beliau dengan Radzi
Datuk Suhaili Abdul Rahman menerima keputusan pucuk pimpinan Bersatu untuk menggantikan beliau dengan Datuk Radzi Jidin sebagai Ketua Bahagian Bersatu Wilayah Persekutuan dan Labuan.

Dakwaan rasuah, Radzi Jidin belum dipanggil - Azam Baki
SPRM belum memanggil bekas Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berhubung projek percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah.

"Tak dengar sepatah pun gaji progresif dalam Belanjawan 2024" - Radzi
Radzi menegaskan Belanjawan 2024 sepatutnya memberi gambaran yang jelas tentang hala serta dan dasar yang ingin dibawa oleh kerajaan.

Rasuah buku J-Qaf: Banyak bukti baharu dikumpulkan, kes masih disiasat - Azam Baki
Azam Baki berkata siasatan masih dijalankan ketika ini dan memerlukan masa untuk dilengkapkan.

SPRM tak tolak kemungkinan panggil Radzi Jidin - Azam
SPRM tidak menolak kemungkinan memanggil bekas Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin bagi membantu siasatan berkaitan projek percetakan buku bernilai kira-kira RM80 juta.