Bekas Anggota Majlis Tertinggi UMNO Tan Sri Dr Rais Yatim kini menjadi anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Simbolik penyertaan beliau ke parti berkenaan dibuat dalam satu majlis Iftar PPBM apabila Pengerusi PPBM merangkap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan kad keahlian PPBM kepadanya.
Penyerahan kad kepada bekas Penasihat Sosio Budaya Kerajaan itu dibuat sejurus Dr Mahathir selesai menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.
Hadir sama pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Presiden PPBM merangkap Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Turut hadir, Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir merangkap Menteri Besar Kedah, Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu dan Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian.
Rais sebelum ini menyatakan beliau sedia menerima apa jua keputusan UMNO walaupun perlu berhadapan pemecatan sekiranya isu berkaitan disiplin dan melanggar etika dapat dibuktikan.
Ia ekoran kelantangan beliau mengkritik kepimpinan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 04 2018

Penyerahan kad kepada bekas Penasihat Sosio Budaya Kerajaan itu dibuat sejurus Dr Mahathir selesai menyampaikan ucapan pada majlis tersebut. - Gambar fail
#AWANIRingkas 9 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 9 Mac 2025
1️⃣ Bukan eksklusif untuk rakyat China
2️⃣ Bantu mangsa keganasan rumah tangga
3️⃣ Polis: Tiada rakyat Malaysia terlibat
#awaniringkas
1️⃣ Bukan eksklusif untuk rakyat China
2️⃣ Bantu mangsa keganasan rumah tangga
3️⃣ Polis: Tiada rakyat Malaysia terlibat
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Program Malaysia Rumah Keduaku
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Lelaki maut kereta kemalangan dengan treler muatan besi
Seorang lelaki berusia 23 tahun didapati tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

11 terbunuh dalam serangan Rusia di timur Ukraine
Pasukan Rusia menyerang Dobropillia menggunakan peluru berpandu balistik, roket pelbagai laras dan dron.
![[KOLUMNIS] “Childfree” di Malaysia: Kebebasan memilih atau krisis sosial yang semakin hampir? [KOLUMNIS] “Childfree” di Malaysia: Kebebasan memilih atau krisis sosial yang semakin hampir?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716537874_ParentsHandKids.jpg)
[KOLUMNIS] “Childfree” di Malaysia: Kebebasan memilih atau krisis sosial yang semakin hampir?
Fenomena childfree bukan sekadar trend moden, tetapi ia adalah isyarat kepada perubahan sosial yang lebih besar.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama GeeGee Ahmad & Farhan Hakimi
Dasar Wanita Negara 2025-2030 tumpu bantu mangsa keganasan.
Kelibat buaya sekali lagi dikesan di Sungai Klang.
Malaysia bantah cadangan 'ambil alih' Gaza.
Dasar Wanita Negara 2025-2030 tumpu bantu mangsa keganasan.
Kelibat buaya sekali lagi dikesan di Sungai Klang.
Malaysia bantah cadangan 'ambil alih' Gaza.

Ribuan wanita berkumpul dan berarak di Dataran Taksim
Peserta percaya perarakan 8 Mac adalah tempat terbaik untuk wanita menuntut hak mereka.

Kerjasama Planworth, PKMM tawar manfaat kepada 60,000 ahli kontraktor
Kerjasama ini membantu menyelesaikan cabaran modal pusingan yang dihadapi oleh kontraktor, khususnya dalam kalangan kontraktor kecil dan sederhana.

Dua wanita termasuk pelancong warga Israel dirogol di India
Polis telah menahan dua suspek yang dipercayai terlibat dalam serangan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

PRN Sabah: Warisan akan bergerak solo, tanpa gabungan dan kerjasama
Sejarah pernah membuktikan parti politik seperti Berjaya dan Parti Bersatu Sabah (PBS) pernah memerintah Sabah tanpa sebarang gabungan.

Rais Yatim sertai PPBM
Bekas Anggota Majlis Tertinggi UMNO Tan Sri Dr Rais Yatim kini menjadi anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).