Dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bahawa majoriti ahli Dewan Rakyat tidak lagi bersama perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh mengakibatkan rakyat kecewa dan letih.
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Aminuddin Yahaya dalam satu kenyataan hari ini berkata sentimen itu akan timbul memandangkan dakwaan tersebut secara tidak langsung membuktikan wakil rakyat begitu gemar melompat parti demi kuasa.
“Apa yang pasti, negara akan menjadi tidak stabil, pelabur akan semakin bimbang dan ramai yang akan keluar dari melakukan perniagaan dan pelaburan di negara kita.
"Dalam keadaan pandemik yang menyebabkan ekonomi menjadi teruk ini, pastinya akan menyebabkan rakyat semakin menderita.
“Rakyat berharap agar Yang Di-pertuan Agong dapat berbuat sesuatu bagi mengembalikan ketenteraman dan kestabilan politik negara bagi mengelakkan pelbagai implikasi dan kekacauan,” katanya dalam kenyataan itu.
Semalam, Anwar, yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa beliau mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baharu dalam masa terdekat.
Dalam satu sidang media tergempar di Kuala Lumpur pada Rabu, beliau menegaskan pada saat itu, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin "telah jatuh".
BACA: Anwar dakwa ada majoriti kukuh
BACA: Kenyataan penuh Anwar Ibrahim pada sidang media khas
Bagaimanapun, Muhyiddin dalam kenyataan balas berkata ketika ini beliau masih lagi perdana menteri yang sah.
Ujar Ahli Parlimen Pagoh itu lagi, jika dakwaan Anwar berasas, maka ia harus dibuktikan mengikut lunas-lunas Perlembagaan.
BACA: 'Saya masih Perdana Menteri' - Muhyiddin Yassin
Dalam pada itu, Aminuddin berkata sekiranya Dewan Rakyat dibubar, rakyat diharap dapat membuat persiapan dan berani membuat perubahan untuk memilih calon yang paling berwibawa dan berprinsip tidak kira parti.
Firdaus Azil
Thu Sep 24 2020
![Rakyat kecewa, letih wakil rakyat senang lompat parti - ISMA Rakyat kecewa, letih wakil rakyat senang lompat parti - ISMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-09/61600847670_AnwarIbrahim.jpg)
Kekecewaan rakyat timbul memandangkan dakwaan Anwar membuktikan wakil rakyat begitu gemar melompat parti demi terus berkuasa.
![Anak bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah meninggal dunia Anak bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739273973_Zaquanartis.jpg)
Anak bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah meninggal dunia
Zaquan tidak memaklumkan berhubung punca kematian anak lelakinya itu.
Tiada pertandingan, Abang Johari dipilih semula Presiden PBB
Tan Sri Abang Johari Tun Openg kekal sebagai Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) selepas menang tanpa bertanding jawatan tertinggi parti itu.
![Mangsa kes tembak nekad kejar suspek untuk tengok nombor plat Mangsa kes tembak nekad kejar suspek untuk tengok nombor plat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739272475_SuamiIsteriSelama.jpg)
Mangsa kes tembak nekad kejar suspek untuk tengok nombor plat
Mangsa kejadian tembak di Simpang Renggam semalam, nekad mengejar suspek yang menaiki Perodua Bezza demi mendapatkan nombor pendaftaran.
ASEAN 2025 | 11 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pengambilan jawatan di Sarawak cecah 96 peratus
Pengambilan jawatan guru khas di Sarawak kini mencecah sebanyak 96 peratus.
![Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739272092_AnwarIbrahimErdog.jpg)
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia, selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai rakan dialog ASEAN.
Projek SOGIP RM8.88 bilion pemangkin sabah jadi hab tenaga Asia Tenggara
Sabah dijangka muncul sebagai hab tenaga utama di Asia Tenggara susulan pelancaran projek hab tenaga minyak dan gas (OG) bernilai RM8.88 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).
Laksana tanggungjawab pastikan isu rakyat ditangani segera
Semua penjawat awam diminta melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan isu-isu berkaitan rakyat ditangani dengan baik dan segera.
Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
Proses pembersihan SK Selangau yang terjejas teruk akibat banjir giat dijalankan bagi mempersiapkannya menghadapi musim persekolahan yang akan bermula minggu hadapan.
![Tindakan Israel di Palestin adalah projek kolonisasi - Anwar Tindakan Israel di Palestin adalah projek kolonisasi - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739271972_AnwarIbrahim.jpg)
Tindakan Israel di Palestin adalah "projek kolonisasi" - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian tegas Malaysia mengenai isu Palestin, mengutuk tindakan Israel sebagai satu "projek kolonisasi".
![PRU15: GTA 'underdog' yang mampu beri saingan pada parti gergasi - Aminuddin PRU15: GTA 'underdog' yang mampu beri saingan pada parti gergasi - Aminuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81667045524_PengerusiGTAPahang.jpg)
PRU15: GTA 'underdog' yang mampu beri saingan pada parti gergasi - Aminuddin
Calon-calon PRU15 GTA bersih daripada rasuah, memiliki integriti dan akhlak terpuji.
![Desak operasi Crackhouse Comedy Club ditutup terus Desak operasi Crackhouse Comedy Club ditutup terus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658182150_TutupCrackhouseCome.jpg)
Desak operasi Crackhouse Comedy Club ditutup terus
Aminuddin Yahaya berkata, lebih 30,000 sokongan diperoleh menerusi petisyen mendesak penutupan sepenuhnya kelab berkenaan.
![Keputusan Mahkamah Persekutuan buka ruang cabar peruntukan jenayah Islam - Pembela Keputusan Mahkamah Persekutuan buka ruang cabar peruntukan jenayah Islam - Pembela](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81614245994_sidangmedia.jpg)
Keputusan Mahkamah Persekutuan buka ruang cabar peruntukan jenayah Islam - Pembela
Pembela berkata Menteri Undang-undang perlu melihat balik perlembagaan dan mengemukakan pindaan supaya undang-undang ini tidak dicabar lagi pada masa depan.
![Rakyat kecewa, letih wakil rakyat senang lompat parti - ISMA Rakyat kecewa, letih wakil rakyat senang lompat parti - ISMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61600847670_AnwarIbrahim.jpg)
Rakyat kecewa, letih wakil rakyat senang lompat parti - ISMA
Negara akan menjadi tidak stabil, pelabur akan semakin bimbang dan ramai yang akan keluar dari melakukan perniagaan dan pelaburan di negara kita.
![Kenapa pembunuh Adib masih belum ditangkap? - Bapa Kenapa pembunuh Adib masih belum ditangkap? - Bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/71547548132_HARUSSABAR.jpg)
Kenapa pembunuh Adib masih belum ditangkap? - Bapa
Walaupun sedar keputusan inkues terhadap kes anaknya masih belum diterima, namun dia berharap siasatan itu berjalan dengan lancar.
![Sokong RUU 355 atau ditolak pada PRU14 - Sekretariat Ummat Sokong RUU 355 atau ditolak pada PRU14 - Sekretariat Ummat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/71479957997_RUUSekretariat.jpg)
Sokong RUU 355 atau ditolak pada PRU14 - Sekretariat Ummat
Aminuddin Yahaya berkata pihaknya akan berkempen menentang Ahli Parlimen Islam yang menolak pindaan tersebut menjelang PRU-14 nanti.
![Dalang Comango: Kes saman Marina selesai Dalang Comango: Kes saman Marina selesai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/51439815139_MARINAMAHATHIR.jpg)
Dalang Comango: Kes saman Marina selesai
Kes saman aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahathir terhadap presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan 12 lagi selesai selepas wakil ISMA melahirkan kekesalan.