Pemilihan Cabang PKR Keningau pada Sabtu kecoh apabila penyokong seorang calon yang bertanding jawatan Ketua Cabang itu bertindak menceroboh pusat pemilihan selepas pusat berkenaan ditutup pada jam 4 petang.
Difahamkan, kumpulan berkenaan tidak berpuas hati apabila proses pengundian di Balai Raya Kampung Marampong itu ditutup walaupun masih ramai anggota parti yang belum mengundi.
Dalam kejadian tersebut, kumpulan yang tidak berpuas hati itu bertindak memecahkan pintu dan dinding balai raya berkenaan, selain mereka juga membaling kerusi dalam pusat pengundian itu.
Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tiba untuk meleraikan kekecohan tersebut.
Tiada kecederaan dilaporkan berikutan kekecohan selama 15 minit itu, namun banyak kerusi rosak selain kerosakan teruk pada pintu balai raya berkenaan.
Calon yang bertanding untuk Ketua Cabang PKR Keningau terdiri daripada Johari Tahir (penyandang jawatan), Datuk Dr Sangkar Rasam dan Haslina Abin Kassim.
Difahamkan, terdapat 6,000 pengundi bagi pemilihan parti itu di Keningau, namun hanya 30 peratus yang keluar mengundi.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Keningau, ASP Lee Nyuk Kim mengesahkan calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, yang berada di pusat pengundian semasa kekecohan itu berlaku, telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau pada jam 5.15 petang Sabtu.
BACA: Pemilihan PKR: Kecoh! Rafizi Ramli 'diserang' di Keningau
Bagaimanapun, Lee tidak memberikan butiran lanjut berkenaan kandungan laporan polis yang dibuat Rafizi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 03 2018

Difahamkan, terdapat 6,000 pengundi bagi pemilihan parti itu di Keningau, namun hanya 30 peratus yang keluar mengundi. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Ramai tidak dapat mengundi, punca pemilihan PKR Keningau kecoh
Difahamkan, kumpulan berkenaan tidak berpuas hati apabila proses pengundian di Balai Raya Kampung Marampong itu ditutup walaupun masih ramai anggota parti yang belum mengundi.

181 pusat pemindahan banjir berdaftar di N. Sembilan
Sebanyak 181 pusat pemindahan didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memastikan persiapan menghadapi banjir di beberapa daerah di negeri ini berjalan lancar di masa akan datang.