KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu 'direhatkan' serta-merta daripada memegang jawatan penting dalam parti termasuk kerusi Presiden UMNO.
Bekas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menegaskan, kekosongan tersebut sewajarnya dipangku oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sesuai dengan kedudukannya sebagai Perdana Menteri sehinggalah pemilihan pucuk pimpinan parti diadakan.
"Saya berkongsi pandangan ini kerana bimbang UMNO dan Barisan Nasional (BN) khususnya akan berdepan dengan kesukaran untuk meraih kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
"Keputusan PRU14 sepatutnya menjadi pengajaran berguna kepada UMNO bahawa pemimpin yang berdepan dengan kes mahkamah dan bergelumang dengan isu penyalahgunaan kuasa akan menjadi beban kepada parti dan dicemuh serta ditolak pengundi.
"Saya juga berpendapat keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak mencerminkan kekuatan sebenar mana-mana parti kerana pengundi pada PRU memiliki tanggapan dan keyakinan yang berbeza," katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya pada Isnin.
BACA: Kes Zahid tidak akan jadi faktor dalam PRN Johor - Mohamad Hasan
BACA: Dana Yayasan Akalbudi: Zahid akur keputusan mahkamah, sedia untuk bela diri
Terdahulu, Ahmad Zahid akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengarahkan beliau membela diri terhadap 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.
Menurutnya, keputusan tersebut adalah hak mutlak hakim, namun pasukan guamannya akan melakukan proses seterusnya selepas ini.
Dalam pada itu Syed Ali berpandangan, Ismail Sabri perlu dipilih sebagai Presiden UMNO dan Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Timbalan Presiden bagi menjamin survival parti untuk menghadapi PRU15.
"Walaupun ada pihak berpendapat kes Ahmad Zahid tidak memberi kesan kepada UMNO, tetapi saya tetap percaya bahawa kes berkenaan akan menghakis keyakinan dan kepercayaan rakyat terbanyak terhadap UMNO dan mampu mempengaruhi keputusan PRU15.
"Tambahan, ahli-ahli UMNO peringkat akar umbi masih tertanya-tanya apakah keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO 2009 yang memutuskan mana-mana pemimpin parti itu terbabit kes mahkamah secara automatik akan digantung semua jawatan dalam parti, masih diguna pakai atau sebaliknya.
"Presiden UMNO pada ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO pada 30 Mei 2009 juga berkata: 'Sekiranya pemimpin itu berjaya dalam proses mahkamah, iaitu didapati tidak bersalah, maka jawatannya dikembalikan'," ujarnya.
Berdasarkan kepada keputusan MT UMNO pada tahun 2009, Syed Ali juga tidak menolak kemungkinan banyak pemimpin UMNO termasuk Ketua Bahagian yang terkait dengan kes mahkamah dan dikenakan tindakan disiplin tetapi masih lagi memegang jawatan dalam parti.
"Dalam hal ini, Setiausaha Agung UMNO perlu mengeluarkan kenyataan terbuka menjelaskan kepada ahli-ahli parti di peringkat akar umbi sama ada ketetapan itu telah dibatalkan atau masih lagi berkuatkuasa mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Perlembagaan parti.
"Jika secara rasmi ia telah dibatalkan, bermakna tindakan disiplin yang telah diambil ke atas pemimpin-pemimpin UMNO sebelum ini secara automatik turut terbatal dan tidak sah.
"Sebaliknya, jika keputusan MT UMNO 2009 masih lagi kekal sehingga ke hari ini, bagaimana pula dengan kedudukan pemimpin-pemimpin UMNO yang masih memegang jawatan dalam parti tetapi sedang disabitkan dengan kes mahkamah termasuk mereka yang dalam proses perbicaraan?" soalnya.
Astro Awani
Mon Jan 24 2022

Ismail Sabri Yaakob (kiri) sewajarnya memangku jawatan Presiden UMNO daripada Ahmad Zahid Hamidi sesuai dengan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, kata Syed Ali Alhabshee. - Gambar fail Astro AWANI
Iran adakan majlis berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

Apple akan integrasi modem dalam cip pemproses pada 2028
Modem keluaran Apple hanya akan diintegrasi dalam cip keluaran Apple menjelang 2028 kerana prestasi C1 masih tidak sebaik modem Snapdragon.
Pembuli juga akan berdepan dengan undang-undang Negara -Timbalan Menteri Pertahanan
Timbalan Menteri Pertahanan menegaskan pihak Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan tegas terhadap pembuli.
“Saya selalu ulang didalam dewan ini, pembulian bukan sahaja melibatkan tindakan tegas daripada kita. Pembuli juga harus menerima hakikat bahawa mereka juga akan berdepan dengan undang-undang negara”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Saya selalu ulang didalam dewan ini, pembulian bukan sahaja melibatkan tindakan tegas daripada kita. Pembuli juga harus menerima hakikat bahawa mereka juga akan berdepan dengan undang-undang negara”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

CDU/CSU mendahului pilihan raya Jerman dengan 26.8 peratus undi, AfD di tempat kedua
Parti sayap kanan AfD berada di tempat kedua dengan 20.8 peratus undi, SPD pimpinan Olaf Scholz di kedudukan ketiga dengan 16.4 peratus.

LKAN 1/2025: PTPTN perlu kaji semula mekanisme kutipan bayaran balik pinjaman, tingkat pemantaun
Sehingga 31 Dis 2023, tunggakan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN adalah berjumlah RM10.853 bilion melibatkan 1.20 juta peminjam.

LKAN 1/2025: 142 agensi Persekutuan miliki aset RM2.696 trilion, liabiliti RM0.871 trilion
Lima daripadanya menunjukkan jumlah liabiliti yang lebih tinggi berbanding jumlah aset.
#AWANIRingkas 24 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Februari 2025
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mohd Nakhaie tekad perkasa dakwah Islam di Malaysia, peringkat global
Beliau berkata tanggungjawab yang diberikan adalah satu amanah besar, sejajar dengan resolusi yang dipersetujui dalam Persidangan Dialog Intra-Islam.

Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Hakim memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan memberitahu mereka tidak bercadang untuk meneruskan satu kes dihadapi Sanusi itu.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.

Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.

Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.

Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.

Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.

Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.