SHAH ALAM: Datuk Rizam Ismail (UMNO-Sungai Tawar) masih belum menghantar surat letak jawatan sebagai ketua pembangkang di Selangor, kata Speaker Dewan Selangor Ng Suee Lim.
Beliau berkata demikian mengulas usul daripada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Bersatu-Bukit Antarabangsa), yang mencadangkan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (Pas-Sijangkang) menjadi ketua pembangkang di negeri tersebut, semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.
Ng bagaimanapun memaklumkan, Rizam perlu menghantar surat peletakan jawatan sebagai ketua pembangkang kepadanya, sebelum perlantikan jawatan tersebut dibuat olehnya.
"Dalam Dewan, tidak boleh dengar cakap-cakap dan ia tidak boleh dibawa (ke dalam DUN), kena fakta, ada surat (daripada Rizam) dan sebagainya.
"Malah beliau (Mohamed Azmin) tiba-tiba mewakili UMNO, saya pun terkejut, sepatutnya Rizam beri surat (peletakan jawatan) kepada saya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Bagaimanapun Ng memaklumkan, jawatan ketua pembangkang di negeri itu lebih sesuai disandang oleh Mohamed Azmin, atas faktor pengalaman dan jawatan yang pernah dipegang beliau, berbanding Ahmad Yunus.
Malah beliau berkata bekas Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa (MITI) itu yang kini bukan Ahli Parlimen, mempunyai lebih banyak masa terluang untuk menjadi Ketua Pembangkang di Selangor bagi memainkan peranan menimbal balik dasar kerajaan negeri.
Ng turut menjelaskan, sekiranya jawatan ketua pembangkang tersebut disahkan kosong, beliau akan meminta blok pembangkang terbesar di Selangor untuk mencadangkan satu nama kepadanya, sebelum keputusan lantikan dibuat.
"Mungkin hari ini Rizam sibuk ada urusan, tapi kita akan beri ruang kepada blok pembangkang untuk membahaskan dalam masa yang diberikan," katanya.
Terdahulu, Mohamed Azmin dalam Persidangan DUN Selangor bangun dan membacakan Peraturan Mesyuarat ke-87, meminta Ng mengeluarkan petua berkenaan kedudukan Ketua Pembangkang DUN Selangor yang disandang Rizam, berikutan situasi politik semasa dengan UMNO lebih selesa bersama Pakatan Harapan.
"Semalam saya ada berbincang dengan ADUN Sungai Air Tawar (berhubung jawatan itu) dan beliausedia untuk menyerahkan tugas dan tanggunjawab pihak pembangkang ini kepada pihak kami. Sudah tentu peranan Ketua Pembangkang itu penting dalam membahaskan (hal) rakyat Selangor. Jadi saya nak dapatkan petua dari Speaker berhubung keadaan ini.
"Penting untuk DUN Selangor ini mewujudkan suasana yang cukup sihat dengan adanya pembangkang yang efektif dan berkesan, jadi saya pohon Speaker dengan saya mencadangkan Yang Berhormat Sijangkang sebagai Ketua Pembangkang DUN Selangor," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 14 2023

Rizam (gambar) masih belum menghantar surat letak jawatan sebagai ketua pembangkang di Selangor, kata Speaker Dewan Selangor Ng Suee Lim.- Fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Selangor belum cadang warta mana-mana kampung tradisi sebagai tapak warisan - Exco
Kerajaan Selangor tidak bercadang mewartakan mana-mana kampung tradisi di negeri itu sebagai tapak warisan dan mendapatkan pengiktirafan UNESCO buat ketika ini.

Penguat kuasa serbu hospital gara-gara lembu berkeliaran
Haiwan ternakan itu dikesan berkeliaran di kawasan hospital itu pada waktu malam sejak sebulan lalu.

Bapa Exco Selangor meninggal dunia
Bapa Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Selangor Datuk Rizam Ismail meninggal dunia pagi tadi akibat angin ahmar dan beberapa komplikasi penyakit yang lain.

Rizam belum letak jawatan ketua pembangkang Selangor - Speaker
Datuk Rizam Ismail (UMNO-Sungai Tawar) masih belum menghantar surat letak jawatan sebagai ketua pembangkang di Selangor, kata Speaker Dewan Selangor Ng Suee Lim.

Kerajaan Selangor dicadang angkat semula projek terusan, atasi masalah banjir
Projek berkenaan adalah pembinaan satu terusan besar sepanjang 17 kilometer yang menghubungkan dua tasik di Daerah Petaling dan Kuala Langat.

Dua beradik tercicir pelajaran kembali semula ke sekolah
Dua beradik itu dalam masa sama diterima masuk untuk menyambung persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah.

Belanjawan 2021 Selangor: 'Ini bukan masa kerajaan negeri berjimat-cermat' - Rizam
Belanjawan 2021 Selangor seharusnya lebih tertumpu kepada usaha untuk mengembalikan kestabilan ekonomi negeri ini.

Kerajaan Selangor perlu agresif selesai masalah air - Rizam
Kerajaan Selangor perlu bertindak secara agresif dalam menyelesaikan masalah air yang sudah sekian lama membelenggu rakyat negeri itu.

Kemuka usul hadap Guan Eng ke Jawatankuasa Dewan Rakyat - Rizam
Satu usul baharu perlu dikemukakan kepada Dewan Rakyat agar Lim Guan Eng dibawa dan dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi mengembalikan kesucian Parlimen.

Belanjawan Selangor 2020: Tiada pengurangan perbelanjaan mengurus, pembangunan - Ketua Pembangkang
Kerajaan Selangor tidak mengurangkan perbelanjaan mengurus dan pembangunan walaupun negeri itu mencatat penurunan sebanyak RM230 juta berbanding tahun lepas.