SUBANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjadi Perdana Menteri telah memberikan keutamaan kepada perkara yang salah.
Perdana Menteri berkata, antara tindakan yang diambil oleh Muhyiddin adalah membaiki Kompleks Seri Perdana di Putrajaya, walaupun kediaman rasmi Perdana Menteri itu didakwa masih dalam keadaan cantik.
Susulan proses tersebut, Anwar berkata, dianggarkan RM38 juta dibelanjakan, yang sepatutnya peruntukan tersebut boleh digunakan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan.
"Seri Perdana ini memang macam istana. Tahu tak berapa dia (kos) perbaiki? RM38 juta... Sekarang diam, di mana ustaz-ustaz Pas?
"Cuba beritahu saya, antara orang tak cukup makan, orang tak ada kerja, Orang Kurang Upaya (OKU), orang miskin, kamu pilih RM38 juta untuk buat rumah. Allahu Akbar apa jenis manusia? Bercakap bukan main," katanya ketika berucap semasa program Ceramah Arus Merah Kuning di Subang Bestari pada Sabtu malam.
Jelas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu lagi, beliau bersedia membawa anak-anak muda untuk melihat sendiri keadaan Kompleks Seri Perdana itu, jika ada yang masih tidak faham.
"Kamu (anak muda) kerja pun tidak. Orang bagi RM1, kerja kamu maki orang, buat apa? Kerja pun tak ada.
"RM38 juta baiki rumah Perdana Menteri yang memang dah cantik. Tukar karpet... RM80,000. Tukar lukisan... lukisan cantik-cantik, tukar lagi. Syarikat, tahu lah anak pinak pun campur...
"Tukar lagi lampu... dah cantik, tukar lagi. Tukar-tukar dah berapa, RM38 juta...," tambah Anwar.
Pada 30 September 2021, Muhyiddin dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa RM38.5 juta yang diluluskan di bawah pentadbirannya untuk kerja-kerja ke atas Seri Perdana adalah BAGI membaik pulih kerosakan fizikal bangunan itu, bukannya sekadar pengubahsuaian.
Katanya, selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada Mac 2020, pihaknya menerima laporan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) berhubung kerosakan fizikal Seri Perdana.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menambah, jika tidak dibaik pulih segera, bangunan warisan kerajaan itu akan mengalami kerosakan yang lebih teruk pada masa hadapan dan kos membaik pulih dijangka meningkat.
Sementara itu, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang pada 28 September 2021 berkata, pengubahsuaian Seri Perdana dibuat selepas mengambil kira faktor keselamatan, selain memastikan imej negara dalam menyambut tetamu utama negara.
Hasimi Muhamad
Sat Jul 29 2023

Anwar berkata, dianggarkan RM38 juta dibelanjakan untuk membaiki kediaman Perdana Menteri, yang sepatutnya peruntukan tersebut boleh digunakan untuk membantu golongan kurang berkemampuan. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia.

Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petros.

PM Anwar mahu sekolah jadi tempat selamat, selesa
Beliau menekankan pentingnya tanggungjawab bersama oleh pemimpin, guru, pendidik, dan ibu bapa demi kejayaan anak bangsa, serta mengimbau peranan besar seorang guru dan pendidik.

Thaksin sokong kepimpinan Malaysia terajui ASEAN tangani krisis Myanmar
Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra menyuarakan keyakinannya terhadap kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam menyelesaikan konflik Myanmar.

Petronas sumbang lebih RM600 juta dalam aspek pendidikan, modal insan di Sarawak - PM Anwar
Anwar juga mengiktiraf peranan Petros dalam menjana pertumbuhan ekonomi Sarawak, dengan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.