SHAH ALAM: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengesahkan Datuk Larry Sng Wei Shien masih lagi Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) berdasarkan rekod yang ada di jabatan itu.
Ketua Pengarah RoS, Mohd Nawardi Saad berkata, berdasarkan rekod Larry masih presiden dan jika ada pertikaian mengenai jawatan itu, ia perlu diselesaikan di peringkat parti tersebut.
Beliau berkata, pertikaian mengenai jawatan presiden itu adalah hal dalaman parti dan tidak membabitkan RoS.
"Itu hal dalaman parti mereka, jika ada pertikaian, mereka kena selesaikan sendiri dan ini tidak membabitkan RoS," katanya lapor sebuah portal berita pada Ahad.
Sebelum ini, Larry yang mendakwa masih Presiden PBM yang sah, menggantung Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai ahli parti itu.
Dalam kenyataan di akaun Facebooknya, Larry juga menggantung 12 ahli Majlis Tertinggi PBM.
12 individu itu ialah Haniza Mohamad Taha, Dr Daroyah Alwi, Rahimah Majid, Dr Sathiskumar Govindaraju, Muhammad Saiful Bahari Sahari, Na'im Brundage, Abdul Aziz Abdul Kadir, Zakaria Abdul Rahim, Muniraa Abu Bakar, Datuk Chua Lian Chye, Datuk Roger Tan Seng Huat dan Albakri Salim.
Sementara itu, Haniza turut dilaporkan berkata, pada pertemuan kelmarin RoS tidak menyatakan apa-apa mengenai kedudukan Larry.
Beliau juga berasa terkejut dengan perkembangan itu kerana tidak dimaklumkan secara rasmi mengenainya.
"Kelmarin kami mengadakan pertemuan dengan RoS dan perkara ini (Larry sebagai presiden parti) tidak ditimbulkan dan mengapa orang luar parti lebih tahu perkara ini," ujarnya.
Haniza juga menyatakan bahawa semua 12 ahli Majlis Tertinggi PBM yang kini digantung parti itu masih ahli parti dan tidak timbul isu mahu bertanding atas tiket bebas.
"Kami semua masih ahli PBM, mengapa pula nak bertanding atas tiket bebas," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 30 2022
PBM berdepan kemelut dalaman melibatkan Larry Sng dan Zuraida Kamaruddin. - Foto Sinar Harian
Pengurus projek didakwa tiga pertuduhan rasuah
Seorang pengurus projek sebuah anak syarikat konsesi lebuh raya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, atas tiga pertuduhan menerima rasuah bernilai RM50,000 membabitkan projek pembinaan lebuh raya.
Tol musim perayaan: Kerajaan teliti mekanisme untuk B40, M40 - PM Anwar
Kerajaan sedang meneliti mekanisme terbaik bagi pemberian tol percuma pada musim perayaan kepada golongan B40 dan M40.
Hanya kes tertentu, JPJ boleh batal lesen memandu OKU
JPJ tidak boleh sewenang-wenangnya membatalkan lesen memandu individu hanya disebabkan OKU
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
PBM sahkan akan bertanding pada PRN Sabah
Parti Bangsa Malaysia (PBM) mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) akan datang.
Malaysia berminat menjadi pengeluar utama WPC
Negara memiliki sumber dan kepakaran mencukupi untuk menghasilkan produk WPC berkualiti tinggi bagi memenuhi permintaan pasaran.
Zuraida dakwa dipecat PBM kerana kecuaian RoS
Zuraida mendakwa pemecatan itu tidak sah dan percaya RoS sebagai responden mendaftarkan beliau sebagai Presiden PBM selepas menerima surat pada 27 Oktober tahun lalu.
Idea kasino di Borneo Highlands, Kuching kontroversial tapi berani - Larry Sng
Idea pembukaan kasino di Borneo Highlands, Kuching boleh membantu memacu pertumbuhan ekonomi negeri Sarawak.
PBM Pahang umum bubar jawatankuasa negeri, hilang kepercayaan kepada presiden
Parti Bangsa Malaysia (PBM) Pahang mengumumkan pembubaran jawatankuasa negeri dan lapan bahagian yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.
PBM pecat Zuraida, 10 pemimpin lain
Parti Bangsa Malaysia (PBM) memecat 11 pemimpinnya termasuk Datuk Zuraida Kamaruddin yang dicanangkan sebagai bakal presiden parti itu.
PBM tarik balik penggantungan dua Ahli Majlis Tertinggi
Penetapkan untuk menarik balik penggantungan keahlian serta mengembalikan jawatan dua ahli AMT berkenaan telah dipersetujui jawatankuasa disiplin parti.
RoS sahkan Larry masih Presiden PBM
Berdasarkan rekod Larry masih presiden dan jika ada pertikaian mengenai jawatan itu, ia perlu diselesaikan di peringkat parti tersebut.
Kemelut PBM: Sng gantung jawatan 12 Ahli Majlis Tertinggi termasuk Zuraida
Sng berkata keputusan itu dibuat selaras dengan perlembagaan parti Fasal 60 (iii).
Larry dakwa masih Presiden PBM, gantung tugas dua Ahli Majlis Tertinggi
Larry menegaskan, keputusan dibuat berdasarkan Perlembagaan PBM susulan Mesyuarat Majlis Tertinggi parti bertarikh 7 Oktober 2022 yang telah dilaksanakan melampaui arahannya sebagai Presiden parti.