KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Rosni Sohar mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkuat kuasa semalam.
Rosni yang juga Setiausaha Wanita UMNO dalam kenyataan berkata keputusan itu selaras dengan peletakan jawatan Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Noraini Ahmad sebagai Menteri Pengajian Tinggi yang diputuskan dalam Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 3 Ogos lepas.
Pada 6 Ogos lepas Noraini mengumumkan peletakan jawatan itu berkuat kuasa serta-merta.
"Saya sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut setia dan patuh atas ketetapan yang telah dibuat oleh pihak parti," katanya.
Rosni turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh kakitangan PTPTN atas kerjasama yang baik.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 08 2021

Rosni yang juga Setiausaha Wanita UMNO berkata keputusan itu selaras dengan peletakan jawatan Noraini sebagai Menteri Pengajian Tinggi. - Gambar/ Facebook
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

Khairy setia dengan UMNO, akui ada masalah kepercayaan terhadap Zahid Hamidi
Khairy berkata, tiada sebab untuknya meninggalkan UMNO walaupun mengakui mempunyai masalah kepercayaan terhadap presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sokong Kerajaan PN: Azeez nafi khianati arahan MKT UMNO
Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan beliau mengkhianati arahan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO selepas dilaporkan menyokong kerajaan dan Perdana Menteri.