KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Antilompat Parti yang akan dibentangkan di Parlimen nanti akan dapat menarik lebih ramai rakyat Malaysia keluar mengundi.
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menjelaskan dengan adanya RUU tersebut, rakyat Malaysia yang sudah bosan dengan kerenah ahli politik akan keluar menunaikan tanggungjawab mereka dalam pesta demokrasi.
Malah Mohamed Nazri yakin RUU Antilompat Parti itu juga akan mewujudkan kestabilan dan boleh menyakinkan pelabur-pelabur luar untuk datang ke negara ini.
"Saya rasa dengan adanya (RUU) antilompat ini, bukan hanya orang muda, malah rakyat Malaysia yang sudah benci dengan perangai ahli-ahli Parlimen yang melompat dan hanya mementingkan diri sendiri, akan keluar mengundi.
"Saya berpendapat RUU ini juga akan membuatkan pelabur luar akan cuba bercakap baik tentang Malaysia kerana mereka juga nak melabur.
"Pada pendapat saya dengan adanya anti-hopping law ini, sebahagian besar daripada rakyat Malaysia bukan hanya akan keluar mengundi tetapi juga akan beri sokongan kepada kerajaan kerana membentangkan akta ini," katanya kepada Astro AWANI.
Hujah Mohamed Nazri ini disokong oleh Felo Penyelidik Ilham Centre, Prof Hamidin Abd Hamid yang menjelaskan kesungguhan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyokong RUU Antilompat ini memberi gambaran bahawa parti itu benar-benar tidak menyokong lompat parti.
Hamidin menjelaskan RUU Antilompat Parti ini akan memberi kelebihan kepada UMNO dan BN kerana parti itu akan dilihat menjuarai isu yang sangat dikehendaki golongan muda dan masyarakat bukan Melayu.
"Kalau kita melihat mood dalam kalangan para pengundi terutama pengundi muda, kesangsian mereka terhadap BN ini menunjukkan mereka tidak mempercayai parti itu kepada tingkah laku yang berlaku sebelum ini.
"Sekiranya tingkah laku yang ditunjukkan BN itu menepati kehendak dan citarasa pengundi ketika ini terutama dalam konteks undang-undang yang menyekat lompat parti ini, saya kira UMNO dan BN akan berjaya menarik minat terutama golongan muda dan juga orang bukan Melayu kepada BN," katanya.
RUU Antilompat Parti dijangka dibentangkan di Parlimen tahun ini selepas pindaan perlembagaan bagi membolehkan ia bentangkan berjaya dilaksanakan.
BN dan Pakatan Harapan (PH) dilihat sebagai dua parti yang bersungguh-sungguh mahu RUU Antilompat Parti ini dibentang dan diluluskan.
Irwan Muhammad Zain
Wed May 04 2022

Mohamed Nazri yakin RUU Antilompat Parti itu juga akan mewujudkan kestabilan dan boleh menyakinkan pelabur-pelabur luar untuk datang ke negara ini. - Astro AWANI

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.

Pemilihan kepimpinan pusat PKR pada 24 Mei
Pemilihan bagi jawatan di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan Cabang pula ditetapkan pada 11 hingga 20 April.

'Kami yakin buat keputusan tepat berdasarkan undang-undang dan fakta' - Ketua Hakim Negara
Tengku Maimun berkata, tempoh enam tahun pentadbirannya di bawah empat Perdana Menteri, semuanya daripada gabungan politik berbeza.

'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.

Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.

Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.

Perpecahan dalaman boleh lemahkan PBB - Uggah
Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata keperluan untuk semua ahli parti berkenaan supaya bersatu semakin mendesak.

AS Memilih: Persepsi buruk terhadap imigran, mampu undang kekalahan Trump - Diaspora Malaysia
Persepsi buruk calon Presiden AS dari Parti Republikan, Donald Trump terhadap golongan pendatang di negara itu mampu menyumbang kepada kekalahannya pada Pilihanraya Presiden, Selasa ini.

AS Memilih: Sokongan pempengaruh dan selebriti popular main peranan besar
Sokongan daripada golongan selebriti dan pempengaruh media sosial memainkan peranan besar dalam mempengaruhi pengundi khususnya golongan muda membuat keputusan dalam memilih Presiden Amerika Syarikat.

Kabinet ‘gemuk’ Prabowo perlu buktikan prestasi, bukan sekadar berbahagi kuasa - Pakar
Anggota Kabinet baharu yang diumumkan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto perlu membuktikan prestasi kerja yang jelas kepada rakyat.

Tak salah berunding untuk tubuh kerajaan - Nazri
Mohamed Nazri menegaskan rundingan antara parti untuk membentuk kerajaan merupakan perkara biasa dalam amalan demokrasi.