Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah menempelak cadangan pihak tertentu supaya calon parti itu bertanding menggunakan logo Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Ketua penerangannya, Razeef Rakimin berkata, cadangan yang dinyatakan oleh Amanah, baru-baru ini, seolah-olah menunjukkan Pakatan Harapan (PH) sudah tidak lagi berfungsi.
"Adalah lebih baik sekiranya logo PH diguna pakai atau sekurang-kurangnya calon bertanding menggunakan logo parti masing-masing.
"Saya sangat tidak bersetuju untuk menggunakan logo Warisan kerana ini hanya gabungan untuk membentuk kerajaan negeri dan bukan gabungan rasmi di bawah satu pakatan.
"Kita faham Amanah masih berharap diberi peluang oleh Warisan agar dapat bertanding, namun saya amat terkilan apabila serendah itu martabat Amanah sehingga membuat keputusan seolah-olah Pakatan Harapan tidak wujud," dakwanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Semalam, Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah, Khairuddin Daud dalam satu kenyataan mencadangkan supaya PH dan UPKO menggunakan logo Warisan untuk bertanding pada PRN Sabah.
Jelas Khairuddin, cadangan itu sebagai satu tanda kesatuan semua parti yang menyokong Warisan di negeri ini.
Dalam pada itu, Razeef berkata, kerjasama dengan Warisan bukan strategi politik yang baik kerana bukan sahaja menolak cadangan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.
"Mereka sanggup membentuk blok bebas Bersama Ahli Parlimen buangan Bersatu daripada bersama Pakatan Harapan yang juga jelas menunjukkan mereka tiada keikhlasan bersama Pakatan Harapan.
"Namun mengapa di Sabah kita perlu tunduk dan mengemis kepada mereka untuk mendapat kerusi atau jawatan tertentu?," katanya.
Ruzaini Zulkepli
Wed Aug 05 2020
Semalam, Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah, Khairuddin Daud dalam satu kenyataan mencadangkan supaya PH dan UPKO menggunakan logo Warisan untuk bertanding pada PRN Sabah.
Rumah kayu tradisional jadi tarikan pelancongan baharu di Kedah
Rumah kayu yang mempamerkan ciri-ciri seni bina tradisional Kedah itu bakal menarik minat pelancong yang datang ke Alor Setar.
Presiden Lubnan tegaskan komitmen Guterres terhadap pengunduran Israel mengikut tarikh akhir
Pendirian Lubnan bahawa pengunduran pasukan Israel dari wilayah yang diduduki di selatan negara itu mesti dilaksanakan seperti dipersetujui pada 27 Nov.
Mahkamah Korea Selatan perintah penahanan rasmi Presiden Yoon
Ini kali pertama dalam sejarah seorang Presiden Korea Selatan yang sedang berkhidmat ditahan.
Manfaat potensi 5G tingkat kualiti perkhidmatan kesihatan - Fahmi
Program rintis FH4A akan dilaksanakan di 20 lokasi terpilih di enam negeri, iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Johor.
Kabel lif ski putus, puluhan cedera di Sepanyol
Sebuah lif ski runtuh di resort di wilayah Aragon, Sepanyol, pada Sabtu.
ASEAN mesti sedia hadapi cabaran baharu kepada keselamatan, kesepaduan - Mohamad
ASEAN mesti bersatu menolak segala anasir luar yang berupaya mengganggu gugat identiti dan kesepaduan pertubuhan itu.
AWANI Ringkas: Selepas UK, PM ke Belgium
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 1,000 peminat campervan, motorhome berkampung di Melaka sempena WTC, WTD
Lebih 1,000 peminat campervan dan motorhome akan berhimpun di Melaka sempena program Jambori Karavan pada September depan.
#AWANIRingkas 19 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 19 Januari 2025
1️⃣ Selepas UK, PM ke Belgium
2️⃣ Pasaran pelancongan ASEAN
3️⃣ Banjir di Sabah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas UK, PM ke Belgium
2️⃣ Pasaran pelancongan ASEAN
3️⃣ Banjir di Sabah
#awaniringkas
Beberapa agenda penting pelancongan ASEAN melatari tentatif ATF 2025 hari ini
Ini merupakan kali kedua Malaysia menjadi tuan rumah ATF selepas yang pertama di Kuching, Sarawak pada 2014.
Sabah Memilih: AMK Sabah bantah guna logo Warisan, enggan 'mengemis'
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah menempelak cadangan pihak tertentu supaya calon parti itu bertanding menggunakan logo Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Pilihan Raya Negeri (PRN).