Timah Anak Alo, 56, tidak sabar menunggu hari minggu untuk ke pasar tamu bagi menjual hasil tangkapan udang dari Sungai Pasainya.
"Di pasar tamu sini sajalah kami dapat berniaga dan ada ramai pelanggan dari jauh dan dekat ke sini untuk membeli sayur, buah-buahan tempatan serta barangan keperluan," katanya yang dibantu tiga anak perempuannya berniaga pada hari berkenaan.
Selepas kira-kira empat jam berniaga di pasar tamu di luar Pasar Central Sibu, akhirnya Timah habis menjual habis udangnya itu selepas diborong oleh pelanggan terakhirnya, seorang tauke Cina.
Namun menurut Timah, agak sukar baginya untuk berniaga susulan kawasan yang terhad selain pasar tamu yang hanya dibuka pada hujung minggu.
Turut senada Lucy Emboi, 61, yang mahu kemudahan untuk peniaga-peniaga kecil di bandar itu dipertingkat.
"Saya minta supaya ada kawasan lebih besar dijadikan tamu kerana tamu ini tidak cukup. Ramai peniaga mahu menjual barang pada hari minggu khususnya ramai yang datang dari rumah panjang, " katanya.
Tinjauan Astro AWANI ke pasar tamu itu mendapati lokasi berkenaan adalah tumpuan ramai bukan hanya pada hari minggu berikutan Pasar Central Sibu juga menempatkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sibu yang dilancarkan baru-baru ini.
"Sekarang di Pasar Sibu ada UTC. Sini ada balai polis, klinik 1Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen. Semuanya ada di sini," kata Wong Choon Yang, 51, seorang penduduk Sibu.
Menurut, penduduk, Nahar Bin Idi, 47, keadaan pasar antara lokasi ikon di bandar Sibu itu kini juga telah banyak berubah, sejajar dengan arus pembangunan.
"Dahulu pasar ini diperbuat daripada papan. Dulu nak ke pasar pun kena pakai perahu. Sekarang Sibu juga sudah banyak berubah, dulu orang tidak ada kerja, sekarang banyak kerja. Ada terlibat dalam bidang perikanan, peladangan dan pertanian," katanya.
Seperti mana-mana isu pengundi bandar, termasuk Sibu, isu kesejahteraan rakyat dan kos sara hidup bakal menjadi tumpuan pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini.
Namun lebih penting, rata-rata pengundi mahu supaya calon bakal mereka pilih nanti dapat mewakili hasrat dan aspirasi mereka.
Tan Su Lin
Mon Apr 25 2016
Pasar tamu di Sibu menjadi tumpuan ramai bukan hanya pada hari minggu sahaja, ia berikutan Pasar Central Sibu juga menempatkan Pusat Transformasi Bandar. - Foto Astro AWANI
Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza
Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir.
24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia
Perkhidmatan meteorologi Bolivia (Senamhi) mengeluarkan amaran jingga dari 7 hingga 22 Februari.
Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac
Mahkamah dijangka menamatkan prosiding pada penghujung Feb sebelum mengumumkan keputusan mengenai pemecatan Suk Yeol pada bulan berikutnya.
Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember
Kerajaan peralihan Bangladesh sedang berusaha untuk mengadakan pilihan raya umum menjelang Disember tahun ini.
Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu
Fokus Saifuddin di Kedah ialah melakukan persiapan sebagai 'kerajaan menanti' selain pastikan PH jadi pembangkang yang kredibel.
Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Dua wanita kerugian hampir RM50,000 selepas disamun di sebuah runcit di Bandar Parklands, Klang pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan pada Selasa berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila premis terbabit dimasuki seorang lelaki bersenjatakan parang dan meluru ke arah seorang pelanggan wanita berusia 59 tahun.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan pada Selasa berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila premis terbabit dimasuki seorang lelaki bersenjatakan parang dan meluru ke arah seorang pelanggan wanita berusia 59 tahun.
Gerai mercun terbakar, lima kenderaan musnah
Lima kenderaan musnah selepas sebuah gerai menjual mercun terbakar di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras, Selangor pada Selasa malam.
Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah
Usaha bangunkan semula Gaza tanpa memindahkan rakyat Palestin serta menangani krisis kemanusiaan harus menjadi keutamaan semua pihak, kata Raja Abdullah.
Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan
Lawatan Raja Abdullah ke Washington berlaku dalam saat genting bagi gencatan senjata di Gaza.
"Kami tetap akan ambil alih Gaza" - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sekali lagi menegaskan rancangannya untuk mengambil alih Gaza dalam pertemuan dengan Raja Jordan, Raja Abdullah, pada selasa.
60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa
Katanya, warisan kepimpinan harus diperkasakan agar negeri ini maju, aman dan makmur, serta dikenali masyarakat.
Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi Tok Nan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.
Mengenang Tok Nan: "Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!"
Tan Sri Adenan Satem pernah diingatkan kerja kuat boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadapnya, namun beliau tidak peduli, beliau masih gigih memilih untuk berbakti kepada negeri Sarawak.
Tok Nan terus dirindui ...
Hari ini, genap empat tahun pemergian pemimpin kesayangan Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan.
Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.
Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing
Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu rakyat negeri itu untuk terus beri mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pastikan usaha memacu pembangunan dan ekonomi tidak terhenti.
Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan
Betulkah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Tanggal 22 Julai diisytiharkan sebagai Hari Sarawak dan cuti umum mulai 2016 di sebalik sentimen nasionalisme negeri yang menggelegak ketika itu.
GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan agenda mendapatkan hak negeri itu, seperti mana termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963
Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi
Amat jarang dalam sejarah Sarawak, pemergian seorang pemimpin diratapi dan diruntuni. Namun tidak bagi Pehin Sri Adenan Satem, atau Tok Nan, negarawan 72 tahun yang menghembuskan nafas terahirnya.
Kelantangan Tok Nan dirindui
11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang Bumi Kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta.