JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi merafak sembah menjunjung kasih ke atas perkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar untuk beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-19.
Dalam satu kenyataan hari ini, Onn Hafiz berkata, beliau berasa insaf dan kerdil dengan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.
Namun, beliau berkata tanggungjawab yang amat besar itu akan digalas dengan sepenuh hati dan dedikasi, serta dengan sedaya upaya demi kesejahteraan dan kemakmuran Negeri dan Bangsa Johor.
“Patik juga menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, yang turut berangkat bersama.
“Patik menjunjung kasih diatas segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan,” katanya lagi.
BACA: Onn Hafiz angkat sumpah MB Johor ke-19
Terdahulu dilaporkan, Onn Hafiz mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-19 di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Selasa.
Berangkat sama ke istiadat mengangkat sumpah Menteri Besar Johor yang baharu itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Hasni Mohammad.
Onn Hafiz menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor, yang berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru.
KEPUTUSAN PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR 2022
SEGALANYA MENGENAI PRN JOHOR DI SINI
Dalam pada itu beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Hasni atas kepimpinan beliau selama ini.
“Pengorbanan yang dilakukan YB Dato’ Haji Hasni bin Mohammad untuk memberi ruang kepada orang muda bagi memimpin Negeri Johor sesungguhnya bukan sahaja menunjukkan betapa besarnya hati dan jiwa Negarawan beliau, tetapi juga membuktikan bahawa beliau meyakini peranan dan kemampuan orang muda dalam mengemudi Negeri Johor.
“InsyaAllah, saya akan sentiasa memohon khidmat nasihat daripada beliau yang jauh lebih berpengalaman daripada saya,” katanya lagi.
Onn Hafiz berkata, beliau memohon semua Bangsa Johor tidak kira bangsa, agama dan latar belakang untuk bersama dengannya - bersatu hati, minda dan tenaga untuk terus membangunkan negeri yang dicintai.
“Saya juga ingin memohon doa daripada semua agar segala langkah yang akan kita atur bersama selepas ini akan mendapat keberkatan Allah SWT serta mencapai segala matlamat yang disasarkan demi kemaslahatan Negeri ini dan setiap dari rakyatnya.
“Saya percaya bahawa sesuatu itu hanya akan terjadi dengan izin dan kehendak-Nya jua.
“Justeru, saya terima mandat ini dengan tekad dan keazaman untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberi dengan segala tenaga, kudrat dan kemampuan yang saya ada,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Tue Mar 15 2022

Onn Hafiz mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-19 di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sebentar tadi. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Ukraine sedia terima gencatan senjata 30 hari dengan Rusia
Ukraine menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata selama 30 hari dengan Rusia, ketika delegasi dari Kyiv dan Washington bertemu di Arab Saudi.

Perdagangan borong, runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Perdagangan runcit mencatatkan jualan sebanyak RM66.1 bilion, meningkat 8.2 peratus atau RM5.0 bilion berbanding tahun lalu.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.

Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.

Gelombang kedua banjir di Johor diramal hingga Sabtu - MB
Gelombang kedua banjir yang melanda Johor dijangka berlarutan hingga Sabtu depan, kata Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Koridor Ekonomi Anjung Selatan medium terbaik selaras projek pembangunan berimpak tinggi
Koridor Ekonomi Anjung Selatan menjadi medium terbaik bagi penyelarasan projek-projek pembangunan berimpak tinggi yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi mampan.

Khabib Nurmagomedov bakal buka gim di Johor
Pembukaan gim itu merupakan tanda komited Kerajaan Negeri Johor dalam pembangunan fasiliti sukan bertaraf dunia.

Kluang bakal jadi hab logistik Johor - Menteri Besar
Kluang bakal menjadi hab logistik bagi negeri Johor berikutan pembangunan beberapa projek infrastruktur di daerah itu.

'Ada pihak kurang ajar, cuba kaitkan TMJ dengan kes rasuah Pengarah SPRM' - MB Johor
Onn Hafiz berkata, ia satu cubaan menjatuhkan institusi raja dan merupakan sikap yang tidak bertanggungjawab, biadap serta kurang ajar.

KPISM sanjung keprihatinan MB Johor
KPISM sentiasa berhubung rapat dengan pegawai yang bertugas di pintu masuk utama negara terutamanya BSI yang juga merupakan antara pintu masuk tersibuk di dunia.

Johor bakal rombak portfolio Exco - Onn Hafiz
Onn Hafiz mengesahkan perkara itu dan ia akan diumumkan pada minggu depan.

RM5 juta untuk Jualan Kasih Johor - Onn Hafiz
Johor memperuntukkan RM5 juta bagi program Jualan Kasih Johor (KASIH) di 300 lokasi di seluruh negeri sepanjang tahun ini.

Johor bentang Belanjawan 2024 dengan lebihan RM4.21 juta
Kerajaan negeri hari membentangkan Belanjawan Johor 2024 yang merupakan belanjawan lebihan sebanyak RM4.21 juta pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di sini, hari ini.