Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Hajiji Noor menafikan dakwaan kononnya beliau adalah boneka kepada bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman.
Hajiji menolak sekeras-kerasnya dakwaan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kononnya beliau (Hajiji) akan dikawal oleh Musa sekiranya menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman itu berkata, dakwaan itu tidak benar kerana beliau sendiri sudah lama berkecimpung dalam arena politik negeri.
"Saya dah matang dalam politik. Tidak ada satu orang pun boleh kawal apa yang tersirat dan apa perancangan saya," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sub Marks PN di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Kindu, di sini, hari ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini membayangkan kemungkinan Hajiji dilantik sebagai Ketua Menteri jika gabungan PN dan sekutunya berjaya membentuk kerajaan baharu Sabah.
Malam tadi, Mohd Shafie, yang juga Ketua Menteri Sabah, membuat dakwaan tersebut ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Bersama Rakyat di Kota Kinabalu.
Bagaimanapun, Hajiji meminta Mohd Shafie supaya tidak melibatkan orang lain seperti Musa dalam kempen ceramahnya kerana penyandang kerusi DUN Sungai Sibuga itu tidak bertanding dalam PRN Sabah kali ini.
"Beliau (Musa) tidak lagi menjadi calon. Walaupun mungkin beliau ada berkempen di beberapa kawasan, tetapi saya fikir, kenapa tumpuan diberi kepada beliau... Kutuk beliau, bermacam-macam. Tidak adil bagi beliau (kerana) ada yang keterlaluan sehingga fitnah dan sebagainya.
"Isu kita ialah untuk memulihkan ekonomi rakyat, membantu rakyat dan masa depan negeri Sabah. Kenapa pula kita hentam orang lain yang tidak terlibat dalam pilihan raya? Jadi, bagi saya itu tidak berapa manis didengar oleh rakyat," katanya.
Dalam perkembangan lain, Hajiji berkata, beliau mempunyai banyak perancangan bagi terus membangunkan DUN Sulaman, yang disandangnya sejak 1990, termasuk sektor pertanian, perikanan dan infrastruktur kemudahan asas diperlukan penduduk.
Beliau juga memberi jaminan untuk terus melakukan yang terbaik demi kesejahteraan penduduknya terutama dalam menjana semula ekonomi dan pendapatan sekiranya diberikan peluang menjadi wakil rakyat kawasan itu pada pilihan raya kali ini.
Hajiji akan bersaing dengan dua pencabar lain iaitu calon Warisan Datuk Aliasgar Basri dan Datuk Rekan Hussien (Parti Cinta Sabah) dalam pertarungan tiga penjuru bagi kerusi DUN Sulaman yang mempunyai 11,711 pengundi pada PRN Sabah ini, 26 September ini.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Hajiji memperoleh 12,966 undi mengalahkan dua pencabar lain iaitu Abdullah Sani Daud (Warisan) yang mendapat 5,192 undi dan calon Parti Harapan Rakyat Sabah Arifin Harith (467 undi). - BERNAMA
Bernama
Sat Sep 19 2020
![Saya bukan boneka Musa Aman - Hajiji Saya bukan boneka Musa Aman - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-09/81599742352_DatukSeriHajijiNo.jpg)
Hajiji menolak dakwaan Shafie Apdal kononnya beliau akan dikawal oleh Musa sekiranya menang pada Pilihan Raya Negeri Sabah kali ini. - Gambar fail
![Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739236340_SamAltman.jpg)
Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion
Reaksi Sam Altman kepada Musk: "Tidak, terima kasih. Tapi kami sudi beli Twitter dengan harga AS$9.74 bilion jika anda mahu."
![PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739236309_PLUS.jpg)
PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April
Melalui laporan TheEdge, PLUS dikatakan ingin memulakan ujian rintis untuk sistem tol tanpa palang mereka tersendiri menjelang April.
![Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731393622_garisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa
Polis terima laporan Hospital Sultan Idris Shah pada 2.40 petang, selepas seorang kanak-kanak dihantar dalam keadaan tidak sedarkan diri.
![Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739233803_massgrave.jpg)
Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya
IOM berkata, 19 mayat, sebahagiannya dengan kesan tembakan ditemui di Jikharra, kira-kira 440 kilometer tenggara Benghazi.
![Pemandu lori maut kemalangan di WCE Pemandu lori maut kemalangan di WCE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739233661_kemalangan.jpg)
Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Pemandu lori kontena itu maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan pada awal pagi.
![Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739231725_KedaiRuncitTerbakar.jpg)
Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar
JBPM Selangor menerima panggilan berkaitan insiden itu pada jam 11 malam.
![Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738922827_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan
Kunjungan itu juga mencerminkan penghormatan Anwar terhadap tradisi agama dan budaya sekali gus menangkis dakwaan mengena pengabaian kaum India.
Harga kopi di NY lonjak 6% akibat 'panic buying'
Harga kopi hadapan di Bursa ICE New York melonjak lebih 6% pada Isnin, mencatat rekod tertinggi baharu melebihi $4.30 (RM19.87) per paun.
Amerika Syarikat larang transgender sertai tentera
Tentera Amerika Syarikat kini melarang individu transgender daripada menyertai pasukan tentera serta menghentikan semua prosedur peralihan jantina bagi anggota yang sedang berkhidmat.
PBB bimbang keadaan tebusan Israel dan tahanan Palestin
Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan kebimbangan terhadap keadaan tebusan Israel serta tahanan Palestin yang dilepaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata Gaza.
!['Saya Syed Saddiq. Bukan boneka sesiapa' 'Saya Syed Saddiq. Bukan boneka sesiapa'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81664267682_SyedSaddiq.jpg)
'Saya Syed Saddiq. Bukan boneka sesiapa'
Syed Saddiq bidas dakwaan beliau adalah boneka Tun Dr Mahathir Mohamad susulan gesaannya kepada barisan kabinet untuk mengisytiharkan harta.
![Pemegang amanah Yayasan Akalbudi hanya 'boneka', dikawal Zahid - Pendakwaan Pemegang amanah Yayasan Akalbudi hanya 'boneka', dikawal Zahid - Pendakwaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51634034700_TBZAHIDHAMIDIjpg.jpg)
Pemegang amanah Yayasan Akalbudi hanya 'boneka', dikawal Zahid - Pendakwaan
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran berkata kesemua ahli lembaga pemegang amanah itu tidak membuat sebarang sumbangan dan semua arahan itu datang daripada Ahmad Zahid.
![Rayuan Najib: BOD SRC hanyalah boneka yang menari ikut rentak tuannya - Timbalan Pendakwa Raya Rayuan Najib: BOD SRC hanyalah boneka yang menari ikut rentak tuannya - Timbalan Pendakwa Raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61618809118_najib.jpg)
Rayuan Najib: BOD SRC hanyalah boneka yang menari ikut rentak tuannya - Timbalan Pendakwa Raya
Kawalan Najib ke atas SRC bukti beliau bertindak atas kapasiti peribadi, dan semua arahannya dilaksanakan oleh Lembaga Pengarah syarikat.
![Muhyiddin sebagai 'puppet' Tun M? Teori ini tidak benar - Marzuki Muhyiddin sebagai 'puppet' Tun M? Teori ini tidak benar - Marzuki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41607594894_MUHYIDDINYASSIN.jpg)
Muhyiddin sebagai 'puppet' Tun M? Teori ini tidak benar - Marzuki
Pendirian Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kes-kes mahkamah yang melibatkan pihak-pihak tertentu, pendirian beliau adalah jelas.
![Saya bukan boneka Musa Aman - Hajiji Saya bukan boneka Musa Aman - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81599742352_DatukSeriHajijiNo.jpg)
"Saya bukan boneka Musa Aman" - Hajiji
Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah, Hajiji Noor menafikan dakwaan kononnya beliau adalah boneka kepada bekas Ketua Menteri, Musa Aman.
![Camilla kagum saksi persembahan di Teochew Puppet and Opera House Camilla kagum saksi persembahan di Teochew Puppet and Opera House](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/51510050238_Camilla.jpg)
Camilla kagum saksi persembahan di Teochew Puppet and Opera House
Sejarah tercipta apabila Camilla, Duchess of Cornwall, menyaksikan buat pertama kali pertunjukan boneka dan opera yang dipersembahkan kumpulan Teochew Puppet and Opera House, di sini hari ini.
![Ya, memang dulu Gerakan lemah, kini tidak lagi - Mah Siew Keong Ya, memang dulu Gerakan lemah, kini tidak lagi - Mah Siew Keong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/81500631166_MahSiewKeong.jpg)
Ya, memang dulu Gerakan lemah, kini tidak lagi - Mah Siew Keong
Datuk Mah Siew Keong menegaskan parti itu telah bekerja keras dan akan memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang.