PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan seolah-olah wujud konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh beliau.
Perdana Menteri caretaker itu berkata, bagaimanapun beliau enggan membuat kenyataan yang boleh mengheretnya ke mahkamah.
Jelas Muhyiddin lagi, berdasarkan prestasi PN, kerajaan yang dipimpinnya itu tidak gagal.
Namun, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata segelintir pihak mengambil peluang dengan mempertikaikan keabsahan kerajaan.
"Saya rasa seperti seolah-olah ada konspirasi.. seolah-olah lah, pasal saya juga seorang (ahli) politik menilai, sewajarnya tidak begitu.
"Jadi, petanda-petanda yang saya fikir dilakukan pihak atau kumpulan tertentu untuk tujuan tertentu. Saya tak nak buat apa-apa kenyataan yang menyebabkan saya diheret ke mahkamah, ini fakta politk yang saya akui mungkin telah membuat kesan sebegitu rupa sehingga mungkin cita-cita mereka berhasil.
"Tetapi tak apa, kita terima... Mengikut Islam, ia ditakdirkan. Tetapi ini bukan bermakna tugas kita tidak ada lagi," katanya dalam sidang media selepas Perutusan Khas, di sini pada Isnin.
Muhyiddin berkata demikian ketika ditanya adakah beliau merasakan seperti dikhianati selepas bertungkus-lumus memulihkan negara akibat pandemik COVID-19.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Agong perkenan peletakan jawatan Muhyiddin, melantik beliau 'caretaker' PM
BACA: Sebagai Perdana Menteri Caretaker, peranan Muhyiddin berbeza, kuasa juga sangat terbatas
Pada Isnin, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi kenyataan Istana Negara memaklumkan, susulan peletakan jawatan tersebut, Baginda berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.
Sementara itu, Muhyiddin dalam Perutusan Khas mengakui bahawa beliau terpaksa meletak jawatan selepas hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat susulan penarikan sokongan 15 Ahli Parlimen UMNO.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata sekiranya wujud perkhianatan, ia bukan kepada dirinya, sebaliknya kepada negara dan rakyat yang sedang menderita.
"Fikir-fikir kan lah. Kalau seseorang itu ada kesedaran, dia tidak harus meraikan fasal menumbangkan kita sedangkan kita berusaha melakukan amal ibadah, untuk menyelamatkan nyawa," tambah beliau.
Tegas Muhyiddin lagi, beliau dan rakan-rakan dalam parti yang sehaluan akan tetap berpegang kepada prinsip Kerajaan Prihatin walaupun tidak lagi menerajui negara.
"Saya fikir akan turun ke bawah (padang), jadi jurubicara kepada rakyat supaya nasib terbela kerana saya faham sebagai Perdana Menteri dulu, ada data-data yang menunjukkan bahawa keadaan rakyat miskin bertambah ramai dan mereka yang tergolong dalam kumpulan miskin tegar juga telah bertambah," katanya.
Hasimi Muhamad
Tue Aug 17 2021

Muhyiddin dalam Perutusan Khas mengakui bahawa beliau terpaksa meletak jawatan selepas hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat susulan penarikan sokongan 15 Ahli Parlimen UMNO. - Foto BERNAMA

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Bicara kes salah guna jawatan, pengubahan wang haram Muhyiddin bermula 17 Sept
Perbicaraan kes menyalahgunakan kedudukan dan menerima wang daripada aktiviti haram dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bermula 17 Sept ini.

Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen
Ismail Sabri berkata dunia harus mengecam cadangan itu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak harus dibenarkan untuk direalisasikan.

Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.

Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.

Sebut perkataan menghasut: Muhyiddin kekal pengakuan tidak bersalah
Muhyiddin mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK Nenggiri.

Muhyiddin ingatkan pemimpin PN semak fakta sebelum buat kenyataan
Pemimpin Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya menyemak fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka.

Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.

Kes Muhyiddin: 4 salah guna kedudukan, 3 AMLA dibicarakan bersama
Hakim, Azura Alwi memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan permohonan pendakwaan selaku pemohon, untuk menggabung kes-kes itu.

Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.

Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.