Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan beliau tidak mengetahui tentang usaha Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan.
Bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu menjelaskan, kali terakhir beliau bertemu dengan Anwar ialah ketika sidang Dewan Rakyat yang berlangsung dari bulan Julai hingga Ogos lalu.
Nazri juga menjelaskan, sepanjang lapan hari yang lalu beliau berada di Sabah dan tidak mengetahui tentang usaha Anwar ini.
"Saya berada di Sabah selama lapan hari dan pada masa itu saya tidak berkesempatan berjumpa dengan Anwar.
"Kali penghabisan saya berjumpa Anwar ialah ketika Parlimen bersidang pada Julai lalu, jadi saya tidak tahu menahu tentang langkah terakhir ini.
"Mungkin dia (Anwar) dapat menghubungi ahli-ahli UMNO yang lain tetapi sudah tentu dengan saya tidak ada apa langsung urusan, jadi saya tidak tahu menahu tentang perkara ini," katanya kepada Astro AWANI.
Selain Nazri, Naib Presiden UMNO dan ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid menafikan sekeras-kerasnya beliau menyokong gerakan penubuhan kerajaan baharu yang diterajui Anwar.
"Saya, Mahdzir Bin Khalid, Ahli Parlimen Padang Terap dan Naib Presiden UMNO, menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya pernah atau terlibat menyokong gerakan penubuhan kerajaan baharu yang diketuai oleh Ahli Parlimen Port Dickson, seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal berita dalam talian," katanya dalam satu kenyataan ringkas.
Pada Rabu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan mengumumkan bahawa beliau telah mendapat sokongan ahli Parlimen daripada pelbagai parti termasuk yang berpihak kerajaan sedia ada, namun enggan mendedahkan bilangan mereka.
Ahli Parlimen Port Dickson itu turut berkata, beliau sudah diperkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, namun ditangguhkan kerana baginda menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Irwan Muhammad Zain
Thu Sep 24 2020
Nazri menjelaskan, sepanjang lapan hari yang lalu beliau berada di Sabah dan tidak mengetahui tentang usaha Anwar ini. - Gambar Fail
Noh Omar antara lima dilantik ahli MPT Bersatu
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar merupakan antara lima yang dilantik menjadi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang baharu.
Puspakom jalankan siasatan dalaman isu video tular petugas ditampar
Puspakom telah menjalankan siasatan dalaman bagi mengetahui punca kejadian seorang pelanggan menampar petugas pemeriksa kenderaan.
Fasa tiga terima lebih 4,900 penyertaan secara sukarela - LHDN
Fasa tiga e-invois menerima lebih 4,900 penyertaan awal secara sukarela daripada pembayar cukai, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Caj PPUM: Parlimen Lembah Pantai kumpul dana RM5 juta bantu tampung kenaikan
Langkah itu diambil memandangkan PPUM menjadi antara tumpuan penduduk Parlimen Lembah Pantai untuk mendapatkan rawatan kesihatan.
MOT, JPJ bincang integrasi data aplikasi jual beli motosikal dan MySIKAP
Kementerian Pengangkutan akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membolehkan aplikasi jual beli motosikal terpakai diintegrasikan dengan sistem mySIKAP bagi urusan transaksi yang lebih mudah, pantas dan selamat.
Menterinya Anthony Loke berkata ia juga bagi mengelakkan sebarang kejadian melibatkan urusan pertukaran hak milik dan saman yang tertunggak.
Menterinya Anthony Loke berkata ia juga bagi mengelakkan sebarang kejadian melibatkan urusan pertukaran hak milik dan saman yang tertunggak.
Penilaian pihak ketiga bagi pastikan keberkesanan projek
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan penilaian oleh pihak ketiga bagi memastikan keberkesanan setiap inisiatif yang dijalankan oleh kementerian itu.
MOTAC teliti wajibkan syarikat pengendali punyai jaminan bank RM250,000
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang meneliti secara menyeluruh pelaksanaan mewajibkan syarikat pengendali umrah mempunyai jaminan bank sekurang-kurangnya RM250,000.
[TERKINI] Dua Hakim Mahkamah Agung Iran mati ditembak di Tehran
Dua hakim kanan Mahkamah Agung Iran, yang terlibat dalam pengurusan kes keganasan dan risikan, mati ditembak di Tehran pad Sabtu.
Menurut Jurucakap Institusi Kehakiman Iran, Asghar Jahangir, seorang lelaki menembak kedua-dua hakim yang sedang berada di dalam bangunan mahkamah, sebelum menembak dirinya sehingga mati.
Menurut Jurucakap Institusi Kehakiman Iran, Asghar Jahangir, seorang lelaki menembak kedua-dua hakim yang sedang berada di dalam bangunan mahkamah, sebelum menembak dirinya sehingga mati.
10 Berita Pilihan - (18 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 19 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pembinaan semula Gaza dijangka 1 trilion dolar - PM Anwar
Inisiatif Jepun untuk membantu pemulihan Gaza dibincangkan semasa lawatan Shigeru Ishiba ke Malaysia awal bulan ini.
Malaysia perlu adaptif, berdaya tahan dalam ketidaktentuan global - PM
Malaysia perlu bersifat adaptif, berdaya tahan, berprinsip, dan mempunyai pandangan yang jelas untuk memposisikan negara di tengah-tengah arus ketidaktentuan global.
Masyarakat antarabangsa perlu hormati gencatan senjata di Gaza - PM Anwar
Masyarakat antarabangsa mesti memastikan gencatan senjata antara Hamas dan Israel dihormati.
PM Anwar buat kemunculan semula di LSE, selepas 15 tahun
Selepas kali terakhir membuat kemunculan pada 2010, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hadir ke London School of Economics bagi menyampaikan syarahan umum.
Penerokaan TNB dalam RE beri manfaat kepada ekonomi Malaysia - PM
Kerajaan juga memberi galakan kepada TNB dan syarikat-syarikat lain untuk memberi tumpuan kepada pelaburan baharu di Malaysia.
PM Anwar adakan pertemuan dengan CEO GLIC, kapten industri UK
Pertemuan tersebut yang berlangsung selama sejam melibatkan 30 syarikat tempatan di United Kingdom dan 13 syarikat GLIC dari Malaysia.
Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia berharap perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza dapat diteruskan dalam usaha mengelakkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa rakyat Palestin.
PM Anwar bertemu 15 kapten industri UK, tarik pelaburan ke Malaysia
Sesi yang berlangsung selama kira-kira 45 minit itu melibatkan pelbagai sektor antaranya pelaburan, pakar pasaran baru muncul, pengurusan aset, dan kewangan.
Malaysia perlu jadi lokasi penting dalam radar pelabur dunia - PM
Anwar menekankan bahawa pentadbiran Malaysia ketika ini disifatkan sebagai stabil dan mempunyai satu dasar yang konkrit.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.