BENTONG: Ketua Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai memberikan kemenangan untuk PN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai pada 7 Oktober depan.
"Jadi saya minta orang Pelangai, jangan buat perangai. Jangan bagi kalah, bagi menang.
"Saya yakin kemenangan akan berpihak kepada PN kali ini, ia bukan kerana ramalan ahli nujum tapi berdasarkan pengalaman di tempat lain kalau sambutan di Felda macam ini, memang PN akan menang," kata beliau di sini pada Jumaat.
Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah itu ditemui selepas ceramah sempena Program Sanusi Mai Pelangai di Felda Kemasul di sini yang dihadiri penyokong PN.
Hadir sama, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dan Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah,
Ujar Sanusi, beliau yakin 100 peratus dengan sokongan pengundi untuk memilih PN di kubu tradisi Barisan Nasional (BN) tersebut.
Mengulas program tersebut yang dijalankan hingga 24 September, Sanusi memberitahu kemungkinan beliau kembali semula ke Pelangai selepas ini. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Sep 23 2023

Sanusi ketika berucap di Felda Kemasul, Bentong sempena program Sanusi Mai Pelangai di sini pada Jumaat. - Foto Sinar Harian

LRT3 dijadual mula beroperasi pada 30 September 2025
Ujian pengoperasian tren tanpa penumpang akan dilakukan dalam dua peringkat bagi memastikan

Jenazah Hud Aryan selamat dikebumikan di Tanah Merah
Suasana pilu menyelubungi pekarangan tanah perkuburan apabila hampir 100 orang termasuk ahli keluarga dan penduduk kampung mengiringi perjalanan terakhir anak tunggal itu.

Caj kesesakan, inisiatif angkat martabat penghibur jalanan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Soalan berhubung inisiatif DBKL mengangkat martabat penghibur jalanan di ibu negara diajukan Prabakaran kepada Perdana Menteri.

EPL: Liverpool makin hampir pahat nama selaku juara!
Jaringan Dominik Szoboszlai dan Alexis Mac Allister memberi kemenangan terbaru Liverpool, manakala Arsenal hanya mampu seri di Nottingham Forest.

RUU MMM 2024: Pencapaian bersejarah untuk kebebasan media, etika - MPI
RUU Majlis Media Malaysia 2024 yang diluluskan pada Rabu merupakan satu pencapaian penting dalam landskap media Malaysia, selepas lebih 50 tahun perbincangan dan rundingan.

Kerana cinta ditolak, lelaki serang dan ugut bunuh pengawal keselamatan wanita
Suspek datang ke pondok pengawal keselamatan tempat mangsa bekerja untuk meluahkan perasaan cinta kepadanya, namun, hasrat itu ditolak oleh mangsa.
Agong tiba di Brunei sempena lawatan khas
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berangkat tiba di Bandar Seri Begawan, Brunei sempena lawatan khas pada Khamis.

Michelle Trachtenberg meninggal dunia
Pelakon Hollywood, Michelle Trachtenberg dilaporkan meninggal dunia pada usia 39 tahun di apartmentnya di Manhattan.
DBKL pertimbang senarai hitam, batal lesen peniaga jual tapak Bazar Ramadan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempertimbangkan untuk mengenakan tindakan pembatalan lesen dan menyenarai hitam mana-mana peniaga yang didapati menjual tapak sewaan Bazar Ramadan kepada pihak ketiga.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata tindakan yang sama mungkin dikenakan kepada pihak ketiga yang menyewa tapak sewaan daripada penerima lesen tersebut.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata tindakan yang sama mungkin dikenakan kepada pihak ketiga yang menyewa tapak sewaan daripada penerima lesen tersebut.
RUU MMM: Dijangka dapat diwujudkan seawal pertengahan tahun ini
Majlis Media Malaysia (MMM) yang diluluskan Dewan Rakyat hari ini dijangka dapat diwujudkan dan memainkan peranannya bermula pertengahan tahun ini.

Kemenangan di Pelangai bukti rakyat terima baik Kerajaan Perpaduan - Wan Rosdy
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai membuktikan pengundi menerima baik gabungan Kerajaan Perpaduan.

PRK Pelangai: Amizar ikrar jalankan amanah dengan baik
Datuk Amizar Abu Adam berikrar akan memikul amanah yang diberikan pengundi kepadanya dengan baik dan meneruskan legasi Allahyarham Datuk Seri Johari Harun selepas menang dalam PRK DUN Pelangai.

PRK DUN Pelangai: 16,456 pengundi tunai tanggungjawab esok
Parti-parti bertanding memanfaatkan minit akhir sehingga 11.59 malam ini dengan menganjurkan ceramah dan kempen kemuncak dalam usaha mempengaruhi pola pengundian.

Wan Rosdy nafi akan anggotai Jemaah Menteri Persekutuan
Beliau berkata ia hanya khabar angin dan beliau kini fokus untuk memenangkan BN di PRK DUN Pelangai pada 7 Okt ini.

PRK: 'Kenal betul-betul Pelangai' - Amanat terakhir Johari kepada Amizar
Pesanan Allahyarham Datuk Seri Johari Harun menjadi pembakar semangat buat calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam untuk menabur khidmat kepada rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

PRK Pelangai: Amizar tekad tingkat tahap pendidikan masyarakat Orang Asli
Datuk Amizar Abu Adam bertekad meningkatkan akses dan tahap pendidikan masyarakat Orang Asli, jika diberikan mandat oleh rakyat kawasan itu, 7 Okt ini.

PRK DUN Pelangai: Jangan terlalu yakin, pihak lawan telah bermukim - Zahid
Ahmad Zahid berkata, rekod di atas kertas menunjukkan BN, dengan kerjasama Pakatan Harapan (PH), dijangka mampu menang selesa.

PRK DUN Pelangai: Tekanan besar kepada kerajaan negeri jika PN menang - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, ini kerana kemenangan itu akan memberi tambahan kerusi kepada PN di peringkat DUN.

'Saya yakin kemenangan akan berpihak kepada PN kali ini' - Sanusi
Sanusi yakin 100 peratus dengan sokongan pengundi untuk memilih PN di kubu tradisi Barisan Nasional tersebut.

PRK DUN Pelangai bermula hari ini
Semua calon mempunyai tempoh sejam hingga 10 pagi ini untuk menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus pusat penamaan calon.