KUALA LUMPUR: Sebaik-baik perjanjian politik yang termeterai sejak berpuluh tahun adalah pembentukan Muafakat Nasional (MN), kata Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat itu berkata, perjanjian yang dimeterai di Himpunan Perpaduan Ummah (HPU) pada September 2019 itu berjaya menyatukan dua kumpulan besar yang telah bertelagah sejak puluhan tahun.
“Ia perjanjian yang diberkati Allah 'dengan serta merta' dengan kurniaan hujanan air mata rakyat di seluruh negara.
“Ia menyatukan dua kumpulan besar umat Islam yang bertelagah sejak puluhan tahun. Ia meruntuh segala marak kemarahan dan dendam, lalu terbina di atasnya rahmat dan kasih sayang sesama umat,” katanya menerusi posting di Facebook pada Selasa.
Katanya, jika Pas boleh bertahan dengan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) selama lebih tujuh tahun, tidak malukah jika pertikaian sesama pemimpin terus dibiarkan sehingga boleh menyebabkan runtuhnya kerjasama tersebut.
“..tidak malukah kita pada Allah, jika tidak mahu malu pada diri sendiri dan pada rakyat, dengan membiarkan api kepanasan terus mara dan marak sesama pemimpin yang pasti boleh menyebabkan MN runtuh dalam tempoh yang singkat?
“Gembirakah kita untuk kembali menukarkan air mata kasih sayang dan kegembiraan kepada kebencian, dendam dan berburuk sangka sesama umat?” soalnya.
BN membentuk kerajaan di Melaka selepas memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN yang ditandingi kali ini dan meninggalkan Pakatan Harapan (PH) yang mendapat lima kerusi manakala Perikatan Nasional (dua).
Pada PRU Melaka kali ini, Pas buat pertama kalinya bertanding dengan menggunkan logo PN.
Astro Awani
Tue Nov 23 2021
Nik Abduh berkata, perjanjian yang dimeterai di Himpunan Perpaduan Ummah (HPU) pada September 2019 itu berjaya menyatukan dua kumpulan besar yang telah bertelagah sejak puluhan tahun. - Gambar fail/Astro AWANI
Paras plumbum di udara Los Angeles melebihi norma 100 kali ganda akibat kebakaran - Laporan
Paras plumbum di udara Los Angeles melebihi norma sehingga 100 kali ganda akibat kebakaran, manakala paras klorin meningkat sebanyak 40 kali ganda.
Trump tandatangan perintah eksekutif tangguh larangan TikTok
Trump berusaha mencari penyelesaian untuk melindungi keselamatan negara sambil memastikan kelangsungan platform yang digunakan oleh 170 juta rakyat Amerika.
Timbalan pengarah agensi kerajaan antara ditahan bantu siasatan kes rasuah RM600,000
Dua lelaki termasuk timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan direman enam hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM600,000.
Kementerian Komunikasi terus pastikan kebajikan pengamal media terbela - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan terus mengutamakan kebajikan dan keperluan pengamal media, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Syria selepas perang: Sebuah negara dalam mod percubaan
Syria pasca perang bukanlah destinasi pelancongan yang ideal, tetapi, ia adalah bumi yang sarat dengan pelajaran tentang ketahanan manusia.
Umairah kini artis naungan syarikat milik Siti Nurhaliza, SN Legacy
Penyanyi remaja, Ummi Umairah kini artis di bawah pengurusan syarikat milik Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, SN Legacy.
AWANI Ringkas: NACCOL mahu selesaikan isu padi, beras
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jajaran Seksyen 2 WCE dibuka bermula tengah malam ini
Pembukaan jajaran ini dijangka mengurangkan kos operasi sektor logistik, mempermudah penghantaran barangan, dan meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.
Farid Kamil lantik peguam sebagai JKP sebutan kes cerai
Pelakon Farid Kamil melantik peguam sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi sebutan kes penceraian bersama isterinya, Diana Danielle.
Tiada lagi tol percuma musim raya, pertimbang ganti mekanisme baharu
Pemberian tol percuma mungkin akan dilaksanakan sekiranya terdapat pertimbangan lain dan ia akan diumumkan dari semasa ke semasa.
'Sebaik-baik perjanjian politik ialah pembentukan Muafakat Nasional' - Nik Abduh
Sebaik-baik perjanjian politik yang termeterai sejak berpuluh tahun adalah pembentukan Muafakat Nasional (MN), kata Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Isytihar dahulu UMNO Islam, mesej Tun M kepada Pas
Beliau dalam nada sinis berkata sejak dahulu lagi Pas mengisytihar UMNO sebagai kafir dan kenyataan itu dilihat belum ditarik balik oleh parti Islam tersebut.
Perjanjian Pas-UMNO selepas wujud persefahaman
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ia hanya akan dimeterai selepas Pas benar-benar yakin wujud persefahaman antara kedua-dua parti.
Muktamar Pas lulus usul memeterai perjanjian politik dengan UMNO
Usul itu dibentang oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama Mohd Asri Mat Daud, yang kemudiannya dipersetujui sebulat suara oleh perwakilan.