KUALA LUMPUR:Mesyuarat Sekretariat Muafakat Nasional malam tadi memuji kepimpinan parti Bersatu, UMNO dan Pas di Perak yang berjaya menyelesaikan kemelut politik di negeri itu melalui rundingan.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa ketika ditemui selepas mesyuarat itu berkata, mesyuarat malam tadi menyentuh mengenai penyelesaian masalah di Perak serta beberapa perkara rutin yang lain.
"Mesyuarat hari ini merupakan mesyuarat berkala yang biasa. Selain itu mesyuarat turut membincangkan kerjasama Muafakat Nasional bersama Bersatu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.
Sementara itu Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata mesyuarat malam tadi turut membincangkan persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.
"Mesyuarat ambil maklum mengenai persetujuan yang dicapai ketiga-tiga parti di Perak," katanya.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan pula berkata kemelut yang berlaku dalam kerajaan negeri Perak perlu diambil sebagai pengajaran untuk mendewasakan hubungan politik UMNO, Bersatu dan Pas.
Beliau berkata isu politik di Perak membuktikan rundingan merupakan jalan terbaik untuk menyelesaikan sebarang masalah.
"Ada banyak pengajaran daripada peristiwa di Perak. Kalau berunding, masalah selesai," katanya.
Kemelut politik di Perak sejak minggu lepas menemui jalan penyelesaian apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan Datuk Saarani Mohamad mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini untuk dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.
Saarani, 59, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak akan menjadi Menteri Besar Perak ke-14, menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang meletak jawatan bersama seluruh barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) pada 5 Dis lepas.
Ahmad Faizal, ADUN Chenderiang, meletak jawatan selepas gagal mendapat sokongan menerusi usul 'keyakinan majoriti ahli Dewan terhadap menteri besar' pada Jumaat lepas.
Ahmad Maslan berkata pemilihan Saarani adalah bersesuaian dengan kedudukan Barisan Nasional yang mempunyai kerusi paling banyak dalam DUN Perak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 09 2020

Annuar tiba di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra bagi menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Muafakat Nasional malam tadi. --fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Sekretariat Muafakat Nasional puji penyelesaian kemelut di Perak
Annuar berkata, mesyuarat malam tadi menyentuh mengenai penyelesaian masalah di Perak serta beberapa perkara rutin yang lain.