Pengumuman Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan membawa impak positif kepada penduduk Langkawi.
Kebanyakan yang ditemui menyifatkan ia masa terbaik Tun Dr Mahathir Mohamad memberi perkhidmatan sebaik mungkin di Parlimen miliknya.
Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Ayer Hangat, Juhari Bulat menegaskan, keputusan itu memberi rahmat bagi penduduk di Langkawi.
“Saya gembira Tun Dr Mahathir dapat masa terluang banyak dan boleh jadi Tun Mahathir akan ada masa panjang di Langkawi, dapat memikirkan apa-apa pembangunan di Langkawi.
“Soal politik itu tidak apa, kalau kita buat kerja elok, rakyat akan pilih, itu tidak payah kita fikir sangat.
“Saya alu-alukan kepulangan Tun Mahathir ke Langkawi untuk menghabiskan perkhidmatan selama tiga tahun lagi di Langkawi... Welcome, Tun,” katanya semasa ditemui di kediamannya pada Sabtu.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Dalam satu kenyataan media, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata baginda berpandangan Muhyiddin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
Dalam perkembangan berasingan, Juhari menjelaskan, pentadbiran di negeri Kedah perlu dikekalkan seperti yang diumum Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir baru-baru ini.
“Di negeri Kedah saya rasa kita perlulah kekal dengan pentadbiran utama dengan Mukhriz sama dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu mentadbir negeri Kedah dan kita tidak ada keperluan untuk menukar Menteri Besar.
“Itu terpulang kepada politik pusat sama ada hendak pindahkan Mukhriz ke Kuala Lumpur dan hendak menggantikan tokoh lain. Kita terima sahaja.
“Saya harap kalau kita kekalkan lebih baik. Saya tidak mahu suhu politik di Kedah sama seperti suhu politik di pusat baru-baru ini. Sama-sama kita berdoa, kita habiskan penggal yang berbaki tiga tahun lagi,” ujarnya.
Mukhriz sebelum ini dilaporkan berkata, pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah kekal dipimpinnya selepas 19 ADUN PH Kedah, bersetuju untuk menyokong kepimpinan beliau meskipun sebarang kata sepakat di peringkat pusat masih belum dapat dicapai.
Menurut Mukhriz, tindakan mewujudkan kepimpinan kerajaan negeri yang berstatus PH dan Bersatu ini adalah bagi menjamin kesepakatan serta proses perjalanan kerajaan negeri Kedah berjalan seperti biasa.
Wan Syamsul Amly
Sat Feb 29 2020
!['Selamat pulang ke Langkawi, Tun Mahathir' - ADUN Ayer Hangat 'Selamat pulang ke Langkawi, Tun Mahathir' - ADUN Ayer Hangat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/81582980269_JuhariBulat.jpg)
Juhari Bulat menegaskan, keputusan itu memberi rahmat bagi penduduk di Langkawi. - Astro AWANI
KDN sediakan memorandum jemaah menteri, pinda Akta
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyediakan satu memorandum Jemaah Menteri susulan keputusan kerajaan untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).
Tiada insiden pukul tahanan SOSMA di Penjara Sungai Buloh
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan Tiada insiden pukul membabitkan tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di Penjara Sungai Buloh, Selangor.
Hidup ikut kemampuan, jangan banding dengan orang senang - KSN
Tiada cara lebih berkesan untuk mengelak rasuah melainkan setiap individu perlu sedar bahawa hukum rasuah adalah berdosa besar.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berharap, orang ramai dapat mendalami tiga pesanan khas beliau ini kerana nasihat itu merupakan erti sebenar kehidupan.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berharap, orang ramai dapat mendalami tiga pesanan khas beliau ini kerana nasihat itu merupakan erti sebenar kehidupan.
Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberapa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi.
![SPRM adaptasi teknologi AI, perkukuh usaha banteras rasuah - Azam Baki SPRM adaptasi teknologi AI, perkukuh usaha banteras rasuah - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739463987_AzamBaki.jpg)
SPRM adaptasi teknologi AI, perkukuh usaha banteras rasuah - Azam Baki
SPRM akan beradaptasi dengan teknologi baharu termasuk menggunakan kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh usaha membanteras rasuah di negara ini selaras dengan iltizam kerajaan.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Februari 2025.
![SPRM jadi tonggak utama kerajaan pertahan sistem tadbir urus berintegriti - PM Anwar SPRM jadi tonggak utama kerajaan pertahan sistem tadbir urus berintegriti - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739463800_AnwarIbrahim.jpg)
SPRM jadi tonggak utama kerajaan pertahan sistem tadbir urus berintegriti - PM Anwar
SPRM menjadi antara tonggak utama kerajaan untuk mempertahankan sistem tadbir urus yang bersih dan berintegriti sekali gus menyelamatkan negara daripada masalah rasuah.
![IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739461001_ZambryAbdulKadir.jpg)
IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry
Institusi pendidikan tinggi (IPT) negara ini perlu mengamalkan konsep perkongsian ilmu serta kepakaran bagi menghasilkan sesuatu yang lebih hebat.
![Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739458025_EmbajadadeCubaen.jpg)
Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan
Kedutaan Cuba di Malaysia menegaskan keakraban persahabatan serta saling menghormati yang menjadi asas kepada hubungan kedua-dua negara sejak ia terjalin pada 6 Feb 1975.
!['Selamat pulang ke Langkawi, Tun Mahathir' - ADUN Ayer Hangat 'Selamat pulang ke Langkawi, Tun Mahathir' - ADUN Ayer Hangat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/81582980269_JuhariBulat.jpg)
'Selamat pulang ke Langkawi, Tun Mahathir' - ADUN Ayer Hangat
Masa terbaik Tun Dr Mahathir Mohamad memberi perkhidmatan sebaik mungkin di Parlimen miliknya.