KUALA LUMPUR: Selepas meraikan ulang tahun ke-25 penubuhannya malam tadi, PKR kini berdepan cabaran memastikan parti itu sentiasa relevan dalam setiap generasi khususnya golongan muda.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata masih banyak lagi yang harus diperhalusi dan sambutan ulang tahun ke-25 parti itu hari ini menjadi platform untuk mendapatkan maklum balas daripada orang ramai.
"Saya gembira kita mempunyai venue ini untuk merapatkan jurang antara ahli parti dan kepimpinan yang juga adalah sebahagian daripada kerajaan negeri dan persekutuan.
"Ia adalah satu usaha ke arah sasaran tersebut (dekati orang muda) dan saya fikir itulah antara misi utama kita. Saya berharap pimpinan parti atau orang muda di luar sana juga dijemput untuk bersama memperkukuhkan lagi langkah-langkah ke hadapan dalam menghasilkan dasar dan program yang cakna dengan keperluan rakyat," katanya kepada Bernama pada Sambutan Ulang Tahun PKR ke-25 di Depot Sentul, di sini, malam tadi.
Seorang lagi Naib Presiden PKR, Datuk Seri Aminuddin Harun pula menyifatkan sambutan tersebut menjadi wadah buat semua reformis yang bersama parti itu baik yang lama mahupun baharu dalam perjuangannya.
"Ini sesuatu yang dinantikan semua, sudah 25 tahun kita dalam perjuangan ini, ia bukanlah mudah, kita laluinya dengan pelbagai onak dan duri sepanjang tempoh tersebut.
"Sepanjang perjalanan ini juga, ada yang lebih awal keluar parti tetapi ada juga yang tidak jemu dan terus setia dengan parti sejak 25 tahun lalu... jadi sambutan ini juga sebagai pengiktirafan buat mereka... Kami juga tidak lupa kepada pejuang lama yang ketika ini telah berada di tempat lain namun perjuangan dan jasa mereka masih dikenang walaupun kita kini sudah berlainan," katanya.
Beliau juga berharap kesetiaan dalam parti menjadi pegangan semua ahli dan perjuangan demi kebajikan rakyat kekal menjadi keutamaan.
Hampir 10,000 orang hadir memeriahkan Sambutan 25 Tahun PKR di Depot Sentul di sini yang berlangsung sejak pagi Sabtu.
Terdapat dua sesi diadakan hari ini iaitu 'Pop Up Market' pada sebelah pagi dan kehadiran kepimpinan tertinggi temasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Presiden PKR, pada sebelah malam.
Majlis hari ini adalah acara kemuncak bagi meraikan ulang tahun ke-25 PKR selepas Konvensyen Khas parti itu berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam, Selangor pada 21 April lepas. - BERNAMA
Bernama
Sun May 12 2024
![Selepas 25 tahun, pastikan PKR kekal relevan dalam setiap generasi - Naib Presiden Selepas 25 tahun, pastikan PKR kekal relevan dalam setiap generasi - Naib Presiden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715474374_tbAnwarIbrahim.jpg)
Selepas meraikan ulang tahun ke-25 penubuhannya malam tadi, PKR kini berdepan cabaran memastikan parti itu sentiasa relevan dalam setiap generasi khususnya golongan muda. - Gambar Bernama
Kerajaan Indonesia optimis pertumbuhan perdagangan
Sehingga kini, 19 perjanjian perdagangan telah dilaksanakan, 10 perjanjian perdagangan lain telah ditandatangani atau disahkan,16 sedang dalam proses rundingan, dan enam lagi di luar perjanjian perdagangan bebas dan perjanjian perkongsian ekonomi komprehensif sedang diproses.
UUM terajui program mobiliti pelajar ASEAN
Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menerajui Program Mobiliti Pelajar ASEAN sempena penganjuran Pameran dan Forum Universiti ASEAN 2025 (AEF2025) yang akan berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada 24 dan 25 Feb ini.
Pelaksanaan RCEP, memperkukuh integrasi ekonomi ASEAN
ASEAN perlu menekankan integrasi ekonomi yang lebih mendalam, pengukuhan rantaian bekalan serantau dan sumbangan kepada pembangunan ekonomi global sebagai keutamaan bersama.
Biodiesel: Indonesia kaji campuran 50 peratus biodiesel
Pengeluar minyak sawit terkemuka dunia itu tahun ini meningkatkan campuran mandatori minyak sawit dalam biodiesel kepada 40 peratus (B40) daripada 35 peratus untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api diesel yang diimport.
Pelita Raya: Penyertaan Thailand, Singapura bakal meriahkan acara
Singapura dan Thailand telah bersetuju untuk menghantar wakil bagi memeriahkan program selama empat hari yang dijadualkan bulan depan itu.
Laos berhasrat majukan kawasan gunung berapi jadi tarikan
Usaha menaik taraf tapak gunung berapi yang tidak pernah meletus itu sedang dalam perancangan, dan ia disasarkan menjadi satu daya tarikan pelancongan.
AS kecam tindakan provokasi China ke atas Filipina
Duta Amerika Syarikat ke Filipina, Marykay Carlson mengecam tindakan china yang dianggap mendatangkan bahaya kepada juruterbang dan penumpang dalam pesawat peronda kerajaan Filipina di Laut China Selatan.
Filipina dakwa helikopter China lakukan provokasi
Pengawal Pantai Filipina mendakwa sebuah helikopter milik China melakukan penerbangan secara berbahaya di kawasan terumbu karang yang dipertikaikan di Laut China Selatan pada Selasa.
200 warga China akan dihantar pulang pada Khamis
China akan menghantar pulang 200 warganya yang terlibat dalam sindiket penipuan pekerjaan di sempadan Myanmar-Thailand.
![Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739960155_TBAMINUDDINHARUN.jpg)
Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin
Seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia Isnin lepas, setelah seminggu demam akibat dijangkiti kusta, manakala lapan lagi sedang menerima rawatan.
![Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699939560_ZuraidaKamaruddin.jpg)
Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April
Semua pihak terlibat diarah kemuka hujahan bertulis selewat-lewatnya 2 April dan satu lagi sesi pengurusan kes akan diadakan pada 7 April untuk kemas kini pematuhan kepada arahan mahkamah.
![PKR selar kenyataan Rafidah berkaitan usaha kerajaan bantu rakyat Palestin PKR selar kenyataan Rafidah berkaitan usaha kerajaan bantu rakyat Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41599149037_TanSriRafidahAzi.jpg)
PKR selar kenyataan Rafidah berkaitan usaha kerajaan bantu rakyat Palestin
Amidi berkata, dalam edisi terbaharu perang Hamas-Israel, rejim Zionis serang semua kemudahan awam termasuk masjid, sekolah dan hospital.
![Pengurangan bayaran bon Zuraida: PKR fail rayuan ke Mahkamah Persekutuan Pengurangan bayaran bon Zuraida: PKR fail rayuan ke Mahkamah Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737098497_TBZuraida.jpg)
Pengurangan bayaran bon Zuraida: PKR fail rayuan ke Mahkamah Persekutuan
PKR memfailkan permohonan ke Mahkamah Persekutuan untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang mengurangkan bayaran bon Datuk Zuraida Kamaruddin.
!['Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul 'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724315701_TBZAFRUL.jpg)
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
![UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734255751_mashup.jpg)
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
![Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81696077703_SaraswathyKandasamy.jpg)
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
![Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734244897_AnwarIbrahim.jpg)
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
![PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734238751_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
![Tengku Zafrul akan perjelas spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat Tengku Zafrul akan perjelas spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734238368_TengkuZafrulAziz.jpg)
Tengku Zafrul akan perjelas spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat
Tengku Zafrul akan membuat kenyataan berhubung khabar angin penyertaannya ke PKR dalam masa terdekat.
![Langgar bon parti: PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan Langgar bon parti: PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733987519_TBSaifuddinNasution.jpg)
Langgar bon parti: PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Saifuddin akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar oleh Zuraida daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.