Hari ini, PKR mengadakan Kongres Nasional yang ke-10, dalam keadaan parti itu dan Pakatan Rakyat diuji dengan krisis politik di Selangor dan juga perihal pemilihan parti yang baru sahaja selesai awal bulan lalu.
Banyak mata memberi tumpuan terhadap Kongres Nasional PKR kali ini kerana isu Menteri Besar Selangor dan kisah-kisah ketika proses pemilihan pucuk pimpinan parti itu yang berlangsung sejak Mac lepas.
Selepas ada kerusi yang melayang, selepas ada ahli yang digantung dan dipecat serta selepas ada pemimpin yang dijangka menang akhirnya tewas pada pemilihan parti baru-baru ini, hari ini perwakilan PKR akan bersidang.
Selain itu, Kongres Nasional PKR ke-10 ini mencuri tumpuan disebalik isu Menteri Besar Selangor yang masih belum selesai, ketika nasib presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masih belum pasti diperkenan atau tidak oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Kisah pemilihan parti yang penuh kontroversi dan isu Menteri Besar Selangor tentunya akan menjadi perkara yang dibangkitkan oleh perwakilan ketika membahaskan ucapan dasar presiden PKR.
PKR sebuah parti yang penuh kontroversi. Dari awal penubuhannya hingga hari ini, PKR tidak pernah lepas dari kontroversi demi kontroversi, hingga ada yang melabelkannya sebagai parti yang penuh 'drama'.
Jika tidak kerana isu Menteri Besar Selangor, tentunya kisah pemilihan parti akan menjadi perhatian utama perwakilan kali ini.
Cerita-cerita pemilihan yang ada kerusi melayang, peti undi dibawa lari dan macam-macam lagi dijangka akan sedikit tenggelam dengan isu Menteri Besar Selangor.
Dalam perbahasan, perwakilan dijangka akan menyentuh isu ini, isu tindakan terhadap Abdul Khalid, isu hanya mahu menamakan seorang calon untuk jawatan Menteri Besar Selangor dan cakap-cakap di kalangan rakyat bahawa PKR lebih mementingkan anak beranak dari orang lain dalam parti biarpun ada individu yang tidak kurang jasanya dalam parti.
Namun, seperti kata Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, krisis menjadikan parti lebih kuat selain dapat menilai tahap semangat sesama ahli ketika menempuh saat-saat getir bersama.
Kata Mohamed Azmin, krisis yang berlaku memberi pengajaran dan pembelajaran dalam pengurusan krisis dalaman Pakatan Rakyat sendiri.
"Kita perlu ada sikap tawadhu’ untuk terima pandangan dan teguran rakan. Tidak ada masalah untuk berbeza pendapat namun kita wajib menyokong keputusan yang dibuat oleh jemaah PR," katanya semasa menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) semalam.
Atas pesanan itu, perwakilan PKR yang akan bersidang bermula hari ini dan esok, perlu bijak dan matang untuk berbahas.
Mereka tidak seharusnya terperangkap dalam permainan musuh-musuh PKR dan Pakatan Rakyat yang berada di luar dan dalam parti.
Irwan Muhammad Zain
Fri Aug 22 2014

Pemilihan penuh kontroversi hingga kerusi melayang dan isu MB Selangor jadi tumpuan Kongres Nasional PKR ke-10

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Remaja perempuan hilang selepas ditegur leka bermain telefon ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas ditemukan selamat di rumah rakannya di Kuala Terengganu.

Wahai 'watak' batu api dalam PKR, ini amaran Saifuddin buat kalian...
Individu yang cuba menabur fitnah bagi membangkitkan kemarahan sesama anggota PKR akan terima padah akibat perbuatan mereka.

Kongres Nasional PKR ke-16 bermula hari ini
Kongres Nasional PKR Ke-16 dengan tema Menjulang Keadilan berlangsung sehingga Ahad ini.

Jangan hirau kekecohan kelompok yang kalah - Rafizi
Kongres Nasional parti itu seharusnya tidak boleh ditangguhkan lagi untuk melayan kerenah segelintir calon yang kalah memandangkan Pilihan Raya Umum (PRU) boleh diadakan pada bila-bila masa.

Pemilihan PKR 22 hingga 29 April, Kongres Nasional 10 hingga 12 Jun - Saifuddin
Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk pemegang jawatan bagi sesi 2022 hingga 2025 akan berlangsung pada 22 hingga 29 April manakala Kongres Nasional dari 10 hingga 12 Jun ini.

PKR juga tidak terlepas miliki ahli yang khianat - Anwar
Anwar menyeru semua ahli supaya terus berpegang dan mempertahankan idealisme perjuangan parti, yang menolak sebarang unsur rasuah, salah guna kuasa dan khianat.

Kongres Nasional PKR Pusat bermula hari ini
Kongres Nasional PKR 2018 yang pertama kali diadakan selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan berlangsung hari ini, dengan tumpuan pastinya terarah kepada ucapan dasar presiden.

Anwar tawar diri jadi Presiden PKR
Beliau menjelaskan, ia sekali gus tanda pembebasannya dari pelbagai sekatan sejak tahun 2007, selain mandat yang akan diperoleh dari akar umbi parti seluruh negara.

Selepas kerusi melayang ketika pemilihan parti, hari ini Kongres Nasional PKR bermula
Kongres Nasional PKR ke-10 ini menjadi tumpuan selepas pemilihan parti yang penuh kontroversi dan isu MB Selangor.

Pindaan perlembagaan PKR beri lebih suara kepada pimpinan Sabah, Sarawak
Seorang perwakilan turut mencadangkan ketua umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan presiden.