SEREMBAN: Semua pihak dalam Kerajaan Perpaduan ketika ini diminta agar terus memperkukuh parti masing-masing dan tidak hanya bergantung kepada kelebihan berada dalam kerajaan untuk menghadapi pilihan raya akan datang.
Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu berkata ini kerana kekuatan partilah yang akan menentukan kemenangan pada pilihan raya akan datang dan bukannya jawatan yang dipegang oleh mereka dalam kerajaan.
"Parti lain, kerajaan lain, kerana kalau kita bergantung kepada kerajaan untuk menguatkan parti sahaja tak boleh... ambil sejarah UMNO dan Barisan Nasional (BN), partinya kuat tapi bila kemuncak memerintah boleh kalah pada Pilihan Raya Umum pada 2018 dan 2022.
"Ertinya berada dalam kerajaan belum tentu kuat, parti mesti ada identiti sendiri untuk bergerak. Saya sebut tadi kami (Pakatan Harapan) hebat dulu tapi kalah di Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands ketika dalam kerajaan, Semenyih malah di Tanjung Piai juga kalah, itu masa memerintah.
"Jadi janganlah bila kita dah memerintah jadi Menteri, Timbalan Menteri, berada dalam syarikat milik kerajaan, kita dah kurang ambil tahu pasal parti sebab ia berlainan bila hadapi pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Amanah Negeri Sembilan Kali ke-8 di sini hari ini.
Mengenai pemilihan Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah sesi 2023-2026 minggu depan, Mohamad berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada perwakilan untuk menentukan calon yang mereka mahu.
Sejumlah 124 calon bersaing merebut 27 kekosongan sebagai Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah pada pemilihan yang bakal diadakan serentak dengan Konvensyen Nasional Amanah 2023 di Klang, Selangor iaitu pada 23 dan 24 Dis ini.
Terdahulu, Mohamad dalam ucapannya berkata PH perlu menjalin kerjasama erat dengan UMNO sekiranya mahu merampas empat negeri yang ditadbir pembangkang iaitu Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan.
"Pertingkatkan perpaduan kita, kalau campur undi sokongan pada BN dan PH, insya-Allah kita boleh menang beberapa kerusi Parlimen di empat negeri itu," katanya.
Mohammad, yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, juga berkata pihaknya akan membuat bancian jika berlaku kerosakan tanaman akibat banjir di Pantai Timur ketika ini sebelum bantuan disalurkan mengikut kemampuan kewangan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 17 2023
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Mohamad Sabu menjawab pertanyaan wartawan semasa sidang media pada Konvensyen Amanah Negeri Sembilan di sebuah hotel hari ini. - Foto BERNAMA
[TERKINI] Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke kabinet - PM
Usul untuk menyeragamkan beberapa agensi kerajaan bagi menangani isu pertindihan fungsi akan dibentangkan dalam mesyuarat kabinet dalam masa terdekat.
OKU mental tidak mengaku amang seksual remaja lelaki 16 tahun
Dia yang juga jurulatih badminton didakwa menyentuh mangsa dengan cara menyentuh kemaluan, mencium pipi dan meraba bahagian badan mangsa.
Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron
Bagi tahun 2025, Kementerian Perpaduan Negara telah mengangkat konsep negara bangsa dan tema harmoni dalam kepelbagaian sebagai fokus utama.
Jenazah anak Zaquan Adha, Ayu Raudhah selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan, pada pukul 9.22 pagi ini.
[EKSKLUSIF] “Saya masih ada, cuma jauh dari dunia hiburan…” – Mazuin Hamzah
Buat kali pertama selepas lebih 30 tahun menyepi dari publisiti media, Mazuin beri peluang kepada Astro AWANI mewawancara beliau.
AWANI Ringkas 12 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Februari 2025
1️⃣ Kerajaan pertingkatkan usaha
2️⃣ Belajar daripada Singapura
3️⃣ Pelan Washington ambil alih Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Kerajaan pertingkatkan usaha
2️⃣ Belajar daripada Singapura
3️⃣ Pelan Washington ambil alih Gaza
#awaniringkas
Wanita warga emas cedera disamun suspek wanita
Suspek bertindak memukul dahi mangsa menggunakan serpihan batu simen ketika mangsa bergeluk ingin melawan suspek.
Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza
Langkah ini merupakan sebahagian daripada respons kemanusiaan Jordan terhadap krisis di Gaza.
Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui?
Pasaran kerja Malaysia semakin dinamik, namun cabaran seperti ketidaksepadanan pekerjaan, hala tuju pendidikan, dan kebergantungan kepada pelaburan asing terus memberi kesan kepada golongan muda.
“Tidak ada diskrminasi sama ada wanita mahupun lelaki” - Adly
Timbalan Menteri Pertahanan berkata kenaikkan pangkat anggota wanita terbuka berdasarkan keupayaan dan peningkatan pengetahuan yang akan memberi jaminan kepada peningkatan dalam tugas dan juga pangkat anggota wanita tersebut.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Wan Azizah ingatkan ahli PKR bersatu teruskan perjuangan parti
Dr Wan Azizah berkata peringatan tersebut penting kerana perpecahan boleh merosakkan parti yang ditubuhkan dengan semangat reformasi itu.
Semua parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu terus kuat - Mohamad Sabu
Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu berkata ini kerana kekuatan partilah yang akan menentukan kemenangan pada pilihan raya akan datang.
Pemilihan UMNO: Anak MB antara muka baharu terpilih ketuai pemuda bahagian di Perak
Anak Menteri Besar Perak Ahmad Syahir Saarani, merupakan antara tujuh muka baharu Ketua Pemuda UMNO bahagian di Perak, yang menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi sesi 2023-2026.
Anak muda tidak lagi sokong UMNO jika jawatan presiden, timbalan tidak dipertanding - Naib Ketua Pemuda Perlis
Untuk suburkan demokrasi, semua jawatan seharusnya dipertandingkan.
#SuaraMalaysia: Ramai yang anggap kempen PRU15 meriah
Kaji selidik itu kami bincangkan menerusi diskusi bersama wakil politik, penganalisis, dan badan-badan bukan kerajaan.
Kareena Kapoor positif COVID-19 selepas hadir majlis makan malam
Selain Kareena, beberapa selebriti lain turut menjalani ujian saringan sama antaranya Amrita Arora, Seema Khan dan Maheep Kapoor.
UMNO belum bersedia lakukan pemilihan parti - Peguam
Peguam, Rizal Abdullah berpendapat disebabkan mereka masih tidak bersedialah, mereka meminta penangguhan selama 18 bulan sebelum ini.
Pandangan parti tidak membolehkan Parlimen terbubar - Penganalisis
Pandangan parti tidak membolehkan Parlimen terbubar kerana ia mewakili parti, bukannya Ahli Parlimen.
Utamakan kerjasama, rekonsiliasi parti mengatasi budaya persaingan - MDN
Parti politik dan ahli politik beragama Islam perlu meletakkan prinsip kerjasama, rekonsiliasi antara parti, tolong menolong dan baik sangka mengatasi budaya persaingan dan perseteruan yang sengit.
Keputusan semakan kehakiman berpihak kepada Pejuang - Amiruddin
Keputusan permohonan semakan kehakiman berkaitan pendaftaran Pejuang telah memihak kepada parti itu di atas prinsip keadilan undang-undang.