KUALA LUMPUR:Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub menggesa semua pemimpin pembangkang duduk berbincang bagi mengelak pengisytiharan darurat.
Salahuddin menjelaskan pemimpin pembangkang seharusnya berbincang dengan kadar segera agar boleh mengemukakan pelbagai pandangan konstruktif untuk menyelamatkan negara dari pengisytiharan darurat.
"Saya percaya bahawa Pakatan Harapan pasti boleh berperanan dalam mengemukakan cadangan yang bersesuaian kepada pihak kerajaan agar pengisytiharan darurat ini boleh dielakkan.
"Ingin saya tekankan di sini bahawa pengisytiharan darurat ini harus dielakkan kerana kesannya terlalu besar kepada pelbagai aspek termasuk ekonomi, sosial dan politik," katanya dalam satu kenyataan media pada Ahad.
BACA: LAPOR LANGSUNG: Pertemuan Agong, Raja-Raja Melayu
BACA: 'Sekiranya darurat, kerajaan tidak boleh salah guna kuasa' - Tun Zaki
BACA: Agong ada kuasa elak manipulasi Perlembagaan - Shamrahayu
Sebelum ini, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa semua pemimpin politik agar mengetepikan perbezaan dan bekerja bersama-sama untuk mengatasi cabaran terbesar yang sedang kita hadapi, dan mengutamakan Raja, negara dan rakyat di atas semua masalah lain.
Dalam satu kenyataan, bekas ketua menteri Sabah itu menegaskan, darurat bukan pilihan untuk negara ini sebaliknya perpaduan merupakan penyelesaiannya ketika berdepan detik sukar ini.
BACA: Darurat bukan pilihan, perpaduan adalah penyelesaian - Shafie Apdal
BACA: Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Johor antara yang hadir ke Istana Negara
BACA: Isu darurat: Kerajaan perlu bersifat telus, jelas dan terangkan kepada rakyat - Pensyarah
Astro Awani
Sun Oct 25 2020
Salahuddin percaya bahawa Pakatan Harapan pasti boleh berperanan dalam mengemukakan cadangan yang bersesuaian kepada pihak kerajaan agar pengisytiharan darurat ini boleh dielakkan. - Gambar Fail
Najib mengaku guna bantuan Jho Low
Najib mengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau bergantung kepada Jho Low untuk membantu pegawai khasnya meninjau projek berpotensi menjana kekayaan.
#AWANIRingkas 15 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Januari 2025
1️⃣ Seleweng dana pelaburan awam RM104 juta, lima ditahan
2️⃣ Landasan Maran-Kota Bharu siap lebih awal daripada jadual
3️⃣ TRAVEX 2025 sasar kutipan RM20 juta
#awaniringkas
1️⃣ Seleweng dana pelaburan awam RM104 juta, lima ditahan
2️⃣ Landasan Maran-Kota Bharu siap lebih awal daripada jadual
3️⃣ TRAVEX 2025 sasar kutipan RM20 juta
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Pecah amanah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelancaran UZMA SAT-1 bukti kejayaan Dasar Angkasa Negara 2030 - MOSTI
Kejayaan Uzma Berhad melancarkan satelit penderiaan jauh pertama miliknya UZMA SAT-1 awal pagi tadi, menjadi bukti pencapaian dalam pelaksanaan Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030).
CCAM rayu sokongan orang ramai selamatkan nyawa 14 kanak-kanak kanser
Persatuan Kanser Kanak-Kanak Malaysia (CCAM) merayu kepada orang ramai untuk memberikan sokongan dengan segera bagi menyelamatkan nyawa 14 kanak-kanak yang kini sedang berjuang melawan kanser.
ICQS Bukit Berapit: KDN sedang selesaikan isu berkaitan tanah
KDN kini dalam proses menyelesaikan isu berkaitan tanah bagi pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) baharu di Bukit Berapit, Pengkalan Hulu, Perak.
AWANI 7:45 [15/1/2025] – 35,368 kes tahun 2024 | Pelaburan mata wang tidak wujud | UzmaSAT-1 | 300 Pasangan Malaysia nikah di Thailand
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kerugian lebih RM1 juta, jenayah dalam talian tahun lalu.
- Ditipu lebih 1.5 juta ringgit di laman Facebook.
- Syarikat tempatan cipta sejarah, lancar satelit pemerhatian bumi.
- Tutup laluan pengkalan haram, pernikahan di Thailand jatuh merudum.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kerugian lebih RM1 juta, jenayah dalam talian tahun lalu.
- Ditipu lebih 1.5 juta ringgit di laman Facebook.
- Syarikat tempatan cipta sejarah, lancar satelit pemerhatian bumi.
- Tutup laluan pengkalan haram, pernikahan di Thailand jatuh merudum.
Agenda AWANI: Kemampanan masa depan
Apa peluang Malaysia sebagai pengerusi #ASEAN25 dalam menerajui agenda kemampanan masa depan melalui tiga inisiatif transformasi: penyahkarbonan tenaga, perlindungan biodiversiti dan ketersambungan ekonomi di rantau ini? Diskusi 9 malam.
Saintis Vietnam temukan spesies siput baharu di gua terbesar dunia
Saintis Vietnam telah menemukan spesies siput baharu di Gua Son Doong dalam Taman Negara Phong Nha - Ke Bang di wilayah tengah Quang Binh, dan menamakannya sebagai "Oc non Son Doong".
Uzma Berhad cetus era baharu teknologi angkasa negara dengan pelancaran satelit UzmaSAT 1
Uzma Berhad melakar sejarah dengan pelancaran satelit pemerhatian bumi pertama miliknya, UzmaSAT-1, pada 3.09 pagi waktu Malaysia di Pangkalan Angkasa Vandenberg, California, menggunakan roket Falcon 9 milik SpaceX.
Amanah masih perlukan 'Abang Mat'
Parti Amanah Negara (Amanah) masih memerlukan sentuhan dan ketokohan Datuk Seri Mohamad Sabu sebagai presiden yang disegani lawan dan kawan untuk mengemudi serta menstabilkan parti itu.
Suhaizan kunci mulut isu pelantikan dalam KPDN
Suhaizan Kayat tidak mengesah atau menafikan akan mengisi jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Enam pasar raya tawar diskaun sehingga 40 peratus kepada peniaga Menu Rahmah
KPDN merintis usaha memperkenalkan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah bagi membantu peniaga yang menyediakan menu tersebut.
Lantik segera Menteri KPDN - Muhyiddin
Kerajaan perlu segera melantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan setiap permasalahan yang timbul berhubung isu keterjaminan Makanan dapat diselesaikan segera.
Dilantik sebagai menteri? Ini reaksi Adly Zahari...
Adly Zahari enggan ulas desas-desus beliau akan dinaikkan pangkat, sifatkan lantikan menteri hak prerogatif Perdana Menteri.
Pengganti Salahuddin: "Jika ada cadangan, hantar surat kepada saya" - PM Anwar
Kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan pemergian Datuk Seri Salahuddin Ayub, masih terbuka untuk diisi.
Dewan Rakyat bertafakur, rakam takziah pemergian Salahuddin
Ucapan takziah itu disampaikan Speaker, Tan Sri Johari Abdul pada hari pertama Persidangan Khas Dewan Rakyat pagi tadi.
PRK: PM Anwar ucap tahniah kepada Suhaizan, Nazri
Anwar turut menyatakan penghargaan kepada pengundi yang yakin terhadap usaha Kerajaan Perpaduan dalam membangun negara.
PRK Pulai, Simpang Jeram: Hampir 206,000 pengundi jalan tanggungjawab
Proses pengundian bermula sehingga jam 6 petang ini dan mengikut waktu Pusat Mengundi diwartakan.
PRK: SPR jangka peratusan keluar mengundi lebih 70 peratus
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram esok melebihi 70 peratus.